Empat kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Kreh

KEPALA BATAS: Empat kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di kawasan rumah pam Sungai Kreh, Lahar Tambun, Tasik Gelugor di sini jam 1.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Wan Abdullah Tengku Said berkata, operasi mencari kanak-kanak yang belum dikenali itu sudah digerakkan.

Maklumat lanjut mengenai kanak-kanak itu dan bagaimana kejadian itu berlaku belum dapat diperoleh. — Bernama

0 comments: