Syor tambang lebih adil

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak meminta supaya kadar baru tambang bagi semua jenis pengangkutan awam yang akan diumumkan pada tahun depan tidak membebankan pengguna selain memberi kelegaan kepada pengusaha perkhidmatan awam.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya berharap kenaikan yang akan diumumkan itu nanti tidak berpihak kepada pengusaha semata-mata.

"Fomca tidak menolak kadar baru jika ia munasabah dan apa yang penting ia tidak membebankan pengguna. Walaupun akur dengan kenaikan itu, pengusaha perkhidmatan awam juga perlu mempertingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan kerana ia belum mencapai tahap memuaskan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

0 comments: