Image
Menaikkan taraf Nusajaya
LOKASINYA terletak di tengah-tengah ASEAN dan berdekatan dengan salah sebuah negara maju di dunia iaitu Singapura.

Pastikan ECER bergerak
Sungguhpun kegawatan ekonomi global turut dirasai oleh negara kita,alangkah baiknya jika dapat dilihat pelaksanaan semua projekpembangunan di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tidakterjejas.

Langkah menjaga kebajikan pekerja swasta perlu dicari
HARIPekerja yang disambut 1 Mei lalu tidak berlalu seperti hari-hari cutibiasa. Dalam Majlis Perhimpunan Hari Pekerja 2009, Sabtu lalu kerajaanakan merangka dua langkah khusus untuk kepentingan sosial pekerja dinegara ini.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
BELUM sempat Pilihan Raya Kecil DUN Penanti berlangsung, sudahkedengaran kemungkinan satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan.Khabarnya ADUN Kota Alam Shah di Selangor mahu meletak jawatan.

Drama Cina bahasa Melayu
"KITAboleh labelkan drama Melayu, Cina atau Tamil. Tetapi kenapa hanya dramaMelayu saja yang bercakap dalam bahasa Melayu? Tidak bolehkah dramaCina dalam bahasa Melayu atau drama Tamil dalam bahasa Melayu?"

Kisah pendakian Obama ke White House
SEJAK secara rasmi menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-44pada 20 Januari lalu, figura Barack Obama tidak pernah sunyi daripadadiperkatakan oleh seantero dunia.

Ulama, kerajaan perpaduan dan SPR
ISU siapa yang layak memegang pucuk pimpinan Pas sama ada golonganulama atau sebaliknya, di samping cadangan kerajaan perpaduan danperkembangan di Penanti telah mendapat ulasan beberapa penulis blog.

Import mampu kawal harga ayam
HARIini, tuntutan pelbagai pihak terhadap kerajaan amat banyak. Media telahmelaporkan dengan pelbagai wajah yang amat menarik untuk diteliti.Tuntutan yang bersifat politik dan ekonomi memang menguji kematangandan kebijaksanaan kerajaan.

Mencorak pemikiran masyarakat membaca
SEGALA-GALANYA sudah berakhir. Sambutan Hari Buku Sedunia dan HariHakcipta yang disambut pada 23 April yang lalu telah juga diakhiridengan jayanya penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.







Seludup manusia sama dengan sistem abdi
WALAUPUNbelum ada bukti tujuh sekeluarga Pakistan yang menjadi mangsa bot karamdi perairan Pengerang Isnin lalu, cuba menyeludup masuk ke kepulauanIndonesia untuk ke Australia, dakwaan bahawa Malaysia sejak beberapatahun kebelakangan ini menjadi transit penyeludupan atau perdaganganmanusia, perlu dilihat secara serius. Penahanan 37 rakyat asingtermasuk dari Afghanistan, Iraq dan Pakistan di perairan Kuala Langatdua hari sebelum kejadian itu, mengukuhkan lagi dakwaan berkenaan.Malah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengakui ada lebihkurang 15 laluan atau �alur tikus� yang sering digunakan penyeludupdari negara ini untuk ke kepulauan Indonesia seperti Pulau Batam, PulauKarimun dan Pulau Bintan. APMM tidak menolak kemungkinan pulau-pulauitu menjadi transit mana-mana pihak yang mahu pergi ke Australia untukmendapatkan suaka politik lantaran dasar negara itu terhadap �pelarian�yang mahukan perlindungan sedemikian.

Keakraban, kemesraan hubungan Malaysia-Brunei mengorak era baru
WALAUPUNringkas dan terpaksa diringkaskan, lawatan kerja dua hari Datuk SeriNajib Razak ke Brunei pada Rabu dan Khamis lalu, jelas memberi impakpositif kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang memangsudah sedia akrab dalam pelbagai bidang. Di sebalik hambatan waktu danberita kembalinya ke Rahmatullah, Puan Sri Laila Taib, isteri KetuaMenteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memaksa lawatan PerdanaMenteri disingkatkan bagi membolehkan beliau menziarah jenazahAllahyarham. Lawatan sulung Najib sejak mengambil alih terajukepemimpinan awal bulan lalu tetap membuka banyak lembaran baru dalamkonteks hubungan Kuala Lumpur-Bandar Seri Begawan.

Minda Pengarang: Sistem pendidikan patut diubah hadapi model baru ekonomi
LANGKAHkerajaan memperkenalkan model ekonomi baru berteraskan peningkataninovasi dan produktiviti pekerja adalah satu lagi usaha jangka panjanguntuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju seperti digariskanmenerusi Wawasan 2020. Seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Razak kelmarin, model baru ekonomi itu akan membolehkan Malaysiamenganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara berpendapatansederhana tinggi kepada berpendapatan tinggi. Memang sepatutnya negarasudah lama bergerak ke arah itu selepas dasar ekonomi negara yangberasaskan pertanian ditukar kepada berasaskan industri, pembuatan danperkhidmatan pada zaman kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun,apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepemimpinan negaradan mengambil kira kedudukan ekonomi ketika itu yang baru pulihdaripada kesan krisis kewangan Asia, beliau memberi tumpuan kepadaindustri berasaskan pertanian dan bioteknologi. Justeru, matlamat modelbaru ekonomi yang diumumkan Najib itu adalah langkah memperkasa ataupenambahbaikan dasar ekonomi yang dipelopori dua perdana menteriterdahulu dengan matlamat utama, menjadikan inovasi dan produktivitipekerja sebagai sumber utama menjana ekonomi negara

Menaikkan taraf Nusajaya


WAN Abdullah Wan Ibrahim berdiri di depan logo UEM Land di Menara UEM, Bangsar, Kuala Lumpur.


LOKASINYA terletak di tengah-tengah ASEAN dan berdekatan dengan salah sebuah negara maju di dunia iaitu Singapura.

Kedudukannya juga hampir dengan lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang, Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura, Pelabuhan Jurong, Singapura dan pelabuhan petrokimia Tanjung Langsat.

Tempatnya juga terletak di kawasan strategik yang boleh menghubungkan tiga bilion penduduk di rantau ini hanya dalam masa lapan jam.

Dengan semua kelebihan itu, bukan rahsia lagi bandar Nusajaya bakal menjadi salah satu mercu tanda kejayaan dan kebanggaan negara di selatan tanah air.

Berkeluasan kira-kira 9,600 hektar, Nusajaya merupakan salah satu daripada lima zon pembangunan utama dalam projek pembangunan di Wilayah Iskandar.

Empat lagi projek ialah Johor Bahru City Centre, Western Gate Development, Eastern Gate Development serta bandar lapangan terbang Senai-Skudai yang merangkumi keluasan kira-kira 2,217 kilometer persegi.

Di Nusajaya sendiri, projek pembangunan yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu melibatkan tujuh komponen utama. Ia termasuk Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (JSNAC), resort bersepadu pesisir pantai Puteri Harbour, hab perubatan Medini dan bandar raya ilmu 'EduCity'.

Projek-projek lain dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM55 bilion itu termasuk kelompok industri dan logistik selatan, kawasan kediaman dan pusat rekreasi.

Sejak mengambil alih projek itu pada 2003, UEM Land menerusi syarikat induk Khazanah Nasional diberi tanggungjawab merealisasikan Nusajaya menjadi sebuah bandar bertaraf dunia terbesar di Asia Tenggara.

Menurut Pengarah Urusan UEM Land, Wan Abdullah Wan Ibrahim, dalam tiga tahun kebelakangan ini, Nusajaya menyaksikan perubahan landskap yang sangat menggalakkan apabila beberapa projek yang dirancang berjaya disempurnakan.

Ia termasuk projek perumahan Horizon Hills yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat Gamuda Berhad yang sudah sedia untuk diduduki. Projek perumahan lain yang sedia diduduki serta rancak dalam pembinaan juga termasuk perumahan kos sederhana Nusa Idaman serta projek rumah mewah Ledang Heights.

Malah, projek pembangunan marina di Puteri Harbour yang bermula pada 2007 juga sudah menerima kemasukan bot pada awal tahun ini. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pusat kesihatan Afiat Healthpark dan sebuah hospital yang dijangka dibuka pada tahun depan.

"Paling membanggakan apabila projek JSNAC iaitu pusat pentadbiran baru Kerajaan Negeri Johor sudah mula beroperasi dan dirasmikan sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail dengan nama Kota Iskandar," ujar Wan Abdullah.

Sebagai sebuah projek pembangunan urban dan bertaraf dunia, Nusajaya tidak hanya menjadi lambang kejayaan negara semata-mata. Paling utama, ia menjadi kayu pengukur kepada kemampuan UEM Land sebagai sebuah syarikat pemaju hartanah tempatan.

Kerana itu juga, UEM Land ujar Wan Abdullah, mengambil pendekatan proaktif menarik pelabur asing menanam modal sama ada sebagai rakan kongsi strategik menerusi usaha sama atau jualan terus.

Ia dijalankan menerusi kempen-kempen dan promosi di seluruh dunia termasuk dalam siri lawatan yang diadakan di China dan Singapura, baru-baru ini. UEM juga sedang menilai pelabur seberang laut seperti Jepun, Korea, India, Vietnam dan Amerika Syarikat untuk membangunkan Nusajaya secara usaha sama.

Sehingga kini, antara syarikat luar yang berminat untuk melabur ialah empat buah konsortium dari negara Arab termasuk Abu Dhabi dan Kuwait khusus dalam projek pembangunan pusat kewangan Nusajaya.

"Secara keseluruhannya, sehingga kini Nusajaya berjaya menarik pelaburan asing berjumlah RM600 juta dari segi nilai harga tanah. Jumlah ini pastinya akan meningkat berdasarkan beberapa lagi perbincangan yang sedang berlangsung ketika ini," katanya.

Mengakui krisis ekonomi turut memperlahankan aktiviti pembangunan di Nusajaya, Wan Abdullah menjelaskan, kesannya lebih dirasai apabila permohonan modal daripada institusi kewangan agak lambat disalurkan.

Bagaimanapun, UEM Land menaruh harapan yang tinggi insentif yang diambil kerajaan untuk merangsang kembali ekonomi turut memberi lonjakan kepada projek pembangunan di Nusajaya.

Pakej rangsangan ekonomi, peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan liberalisasi kewangan misalnya, dilihat bakal memberi manfaat kepada kesinambungan projek berkenaan.

"Saya juga percaya putaran ini akan memberikan kelebihan kepada UEM Land kerana apabila ekonomi pulih sepenuhnya, kami sudah bersedia dengan pelbagai projek di Nusajaya ini," ujar beliau.

Melihat kepada peta pembangunan di Nusajaya, tidak dinafikan ia membabitkan projek dengan nilai yang mencecah jutaan ringgit. Timbul persoalan, sejauh mana syarikat Bumiputera terutamanya milik anak tempatan Johor diberi peluang untuk bersama-sama membangunkan wilayah tersebut.

Menjawab persoalan itu, Wan Abdullah berkata, UEM Land sentiasa meletakkan keutamaan untuk membantu syarikat Bumiputera menerusi peratusan peruntukan tertentu.

Meskipun mengakui pembahagian tender projek adalah ketat, namun syarikat Bumiputera masih mempunyai sedikit kelebihan berdasarkan kemampuan dan kredibiliti syarikat berkenaan.

Menyentuh mengenai tanggungjawab kepada masyarakat setempat juga, UEM Land menerusi projek pembangunan Nusajaya turut melancarkan pelbagai program yang menjurus kepada pembangunan komuniti. Antara yang diberikan tumpuan ialah pembangunan pendidikan di kalangan pelajar sekolah yang turut melangkaui kawasan-kawasan di sekitar Nusajaya.

"Program khidmat komuniti kami yang terbaru ialah projek pintar al-Quran yang dijalankan dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu bertujuan membolehkan anak-anak di Nusajaya khatam al-Quran sebelum memasuki darjah satu," kata beliau.

Pastikan ECER bergerak

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my


Sungguhpun kegawatan ekonomi global turut dirasai oleh negara kita, alangkah baiknya jika dapat dilihat pelaksanaan semua projek pembangunan di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tidak terjejas.

Semua projek yang dirancang patut diteruskan untuk pertumbuhan ekonomi Pantai Timur secara saksama dan berdaya tahan. 

Program pembangunan ECER wajar diteruskan kerana Kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk pelaksanaannya.

Malaysia tidak akan terkecuali daripada masalah ekonomi global. Sebagaimana dijangka oleh Bank Dunia, ekonomi Malaysia akan mengecut 1.0 peratus, ketika pertumbuhan Asia Timur tahun ini akan bergerak perlahan kepada kurang daripada separuh kadar tahun 2007 akibat penurunan permintaan eksport daripada negara maju.

Oleh itu, ada baiknya jika dapat diteruskan pelaksanaan kemajuan dalam projek ECER di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Wilayah ini cukup penting kerana 87 peratus penduduknya adalah Bumiputera dan kawasan tanahnya pula adalah 51 peratus daripada keluasan Semenanjung. Tetapi secara perbandingan ia belum dibangunkan jika dibandingkan dengan kawasan Pantai Barat.

Daripada 107 projek yang diluluskan untuk ECER di bawah RMK-9, 48 projek telah dimulakan pada 2008 sementara 29 projek akan bermula sebelum pertengahan 2009.

Ini bermakna lebih daripada 70 peratus projek ECER sedang berjalan dengan baki 30 peratus lagi dijadualkan akan bergerak sebelum akhir 2010. Projek-projek yang terlibat dalam ECER ialah minyak, gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian dan pelancongan. 

Pada asasnya, projek-projek ECER harus mengurangkan jurang pendapatan di antara kawasan bandar dan luar bandar, mengimbangi pembangunan wilayah timur dan barat Semenanjung dan yang paling utama ialah membasmi kemiskinan.

Dengan strategi ini, ECER dirancang untuk mentransformasikan wilayah Pantai Timur menjadi pusat perdagangan dan perniagaan yang menggelegak, mempunyai infrastruktur kelas dunia, hab logistik dan akhirnya sebagai wilayah yang dimajukan menjelang 2020. 

Bayangkan faedah kepada penduduk kawasan pembangunan koridor ini jika wujud siri penjelajahan mempromosikan wilayah ECER ini.

Khabarnya sasaran untuk mengadakan promosi ke luar negara khususnya Eropah untuk menarik pelabur dari Jerman, Itali dan United Kingdom (UK) kini sudah menggamit pelaburan baru. 

Malaysia merupakan destinasi menarik bagi pelabur asing terutama sektor pembuatan. Negara kita berjaya mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan iaitu kira-kira RM46.1 bilion atau 73.4 peratus pada 2008 berbanding dengan RM33.4 bilion pada 2007. Angka ini menunjukkan pertumbuhan dalam FDI untuk lima tahun berturut-turut. 

Jerman berada di tangga kesepuluh sebagai rakan dagang global Malaysia. Ia adalah sumber penting bagi FDI 2008 dengan pelaburan berjumlah RM4.4 bilion berbanding dengan RM3.7 bilion tahun sebelumnya. Jerman juga adalah sumber FDI yang kedua terbesar pada 2007 dengan RM3.7 bilion berbanding RM232.3 juta pada 2006.

Pada 11 bulan pertama 2008, hubungan dagangan dua hala antara Malaysia dan Itali dianggarkan mencecah AS$2.22 bilion. Itali kekal rakan dagang Malaysia yang kelima terbesar di kalangan Kesatuan Eropah.

Jumlah dagangan kedua-dua belah pihak Malaysia-Itali meningkat daripada AS$1.22 bilion pada 2001 kepada AS$2.41 bilion pada 2007. 

Aliran pelaburan dari Itali ke Malaysia dari 2003 hingga Oktober 2008 berjumlah AS118.07 juta dalam 24 projek yang diluluskan. Bagi 10 bulan pertama 2008, aliran masuk modal berjumlah AS$21.57 juta, meningkat 42 peratus daripada tahun sebelumnya. 

Dalam konteks UK-Malaysia, hubungan kuat diperkukuh oleh rangka kerja perdagangan dan sistem perundangan yang hampir sama dan penggunaan bahasa Inggeris yang meluas menggalakkan lagi semangat hubungan perniagaan. 

Eksport barangan dan perkhidmatan UK ke Malaysia pada 2005 bernilai £1,520 juta dan meletakkan Malaysia sebagai pasaran ekport kedua terbesar UK di Asia Tenggara selepas Singapura. UK juga adalah salah satu pelabur terbesar di Malaysia, dengan jumlah pelaburan lebih £20 bilion sejak 30 tahun lepas.

Ketika pelaburan global kian mengecil, inilah masa sesuai bagi Malaysia menarik para pelabur. FDI turut terkena bahang krisis kewangan global dan perkara utama yang perlu diperhatikan oleh syarikat multinasional ialah suasana politik negara tidak bergolak. Malaysia menyediakan tapak pelaburan yang stabil. Dan ECER menyediakan banyak kemudahan untuk pelabur asing memulakan perusahaan. 

Misalnya, dengan Kawasan Dagangan Bebas ASEAN (AFTA) mula dilaksanakan tahun depan, pengeluar kereta khasnya mungkin lebih berhati-hati dalam mengembangkan operasi di Thailand. Mereka yang mencari peluang untuk masuk pasaran ASEAN akan berfikir dua kali. Malaysia melalui taman automotifnya di bawah ECER bakal menyediakan pilihan yang terbaik.

Kedudukan keseluruhan bagi Thailand sebagai destinasi pelaburan berdasarkan enam jenis risiko (politik, ekonomi, undang-undang, cukai, operasi dan keselamatan) kini berada 2.93 daripada 5 mata. Berbanding dengan Malaysia berada pada 2.47, Filipina 2.72 dan Indonesia bertambah baik dengan 2.94. Data ini daripada World Bank's World Governance Indicators dan IHS Global Insight.

Insentif serta kedudukan ECER yang strategik telah mendapat perhatian daripada pelabur tempatan dan asing untuk melabur di wilayah pembangunan ekonomi itu. 

Melihat kepada kejayaan itu, semua pemimpin kerajaan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor kini perlu lebih agresif untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan di kawasan berkenaan bagi membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

ECER yang bernilai RM112 bilion dalam tempoh 12 tahun akan datang dimajukan untuk menangani ketidakseimbangan ekonomi di wilayah berkenaan. Sebanyak 227 projek akan dilaksanakan bagi mempercepatkan pertumbuhan wilayah itu untuk dinikmati kira-kira 3.9 juta penduduk Pahang, Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing di Johor. 

Antara projek yang sedang dimajukan di bawah pelan pembangunan koridor itu ialah projek berteraskan minyak, gas dan petrokimia seperti Kertih Plastics Park, Gebeng Integrated Petrochemical Complex, Kertih Integrated Petrochemical Complex.

ECER juga menyediakan taman halal iaitu Gambang Halal Park di Pahang dan Pasir Mas Halal Park di Kelantan. Bagi menampung permintaan taman industri dan teknologi, Kemaman Heavy Industrial Park dan Pahang Technology Park mampu memenuhi permintaan pelabur dan penyediaan peluang pekerjaan. 

Industri pembuatan kenderaan turut mendapat tempat di ECER dengan Pekan-Peramu Automotive Industrial Park menyediakan lokasi yang strategik. Banyak lagi projek dirancang untuk manfaat penduduk Pantai Timur.

Projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan secara berperingkat di bawah ECER dijangka mampu menyediakan lebih 560,000 peluang pekerjaan sehingga tahun 2020. 

ECER, hasil inisiatif syarikat minyak dan gas nasional, Petronas, meliputi keluasan 66,736 kilometer persegi. 

Lima teras ekonomi utama - pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian dan pendidikan - akan dimajukan di bawah pelan ECER untuk menggerakkan pembangunan bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi, meningkatkan keupayaan dan pengetahuan serta kualiti hidup kira-kira 3.9 juta penduduk di wilayah berkenaan.
Langkah menjaga kebajikan pekerja swasta perlu dicari

HARI Pekerja yang disambut 1 Mei lalu tidak berlalu seperti hari-hari cuti biasa. Dalam Majlis Perhimpunan Hari Pekerja 2009, Sabtu lalu kerajaan akan merangka dua langkah khusus untuk kepentingan sosial pekerja di negara ini. 

Sebagai mana diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, dua langkah itu ialah penubuhan Tabung Pemberhentian Pekerja dan skim pencen bagi pekerja sektor swasta.

Tabung Pemberhentian Pekerja ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja ekoran kesan kegawatan ekonomi dunia..

Skim pencen pekerja sektor swasta pula dirancang sebagai jaminan keselamatan sosial pada hari tua.

Kedua-dua langkah ini untuk manfaat semua golongan pekerja kini dalam peringkat perundingan. 

Kita mengharapkan perkara yang baik untuk kebajikan golongan pekerja usah dibangkang atau dibantah. Tidak mungkin kerajaan tergamak membuat sesuatu yang akan merugikan rakyat, khususnya golongan pekerja.

Kerajaan perlu mempunyai strategi atau pelan untuk membantu golongan pekerja yang diberhentikan bukan sahaja kerana krisis ekonomi dunia pada masa kini dan akan datang tetapi juga penutupan sesebuah syarikat pada bila-bila masa.

Dalam konteks ini juga ada kewajaran kerajaan perlu memandangkan serius ganjaran yang diterima oleh pekerja selepas bersara khususnya pekerja sektor swasta.

Ini kerana bilangan golongan ini lebih sepuluh kali ganda berbanding dengan jumlah kakitangan sektor awam. Ganjaran yang mereka terima misalnya daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah amat terhad dan tidak mencukupi bagi meneruskan kehidupan. 

Sedangkan sebahagian wang simpanan mereka di dalam KWSP dilaburkan untuk menjayakan projek-projek pembangunan negara.

Justeru jika bayaran dividen KWSP tidak sebanyak seperti lebih sedekad lalu, maka wajar kerajaan mencari jalan bagaimana pencarum yang terdiri daripada pesara sektor swasta memperoleh bayaran secara bulanan bagi menjamin perlindungan hari tua mereka.

Bukan cerita baru lagi bahawa kebanyakan pencarum KWSP menggunakan simpanan mereka dalam tempoh yang singkat sehingga menggagalkan matlamat simpanan untuk hari tua.

Mungkin ramai pekerja swasta sebelum ini yang kecewa dan 'merana' apabila kebajikan mereka selepas bersara tidak siapa peduli. Sedangkan mereka turut menyumbang untuk kemakmuran negara.

Malah, sudah berlaku perubahan sosial yang menyebabkan anak-anak tidak lagi membantu ibu bapa mereka dari aspek kewangan.

Jadi langkah mewujudkan skim pencen untuk pekerja swasta dialu-alukan.

Pada pertengahan Mac lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam memberitahu bahawa laporan cadangan penubuhan Skim Pencen Kebangsaan Untuk Sektor Swasta dijangka siap Julai depan.

Untuk itu kita berharap kerajaan dapat menimbangkan satu skim yang lebih baik walaupun mungkin tidak menyamai skim pencen sektor awam tetapi sekurang-kurangnya mampu menyainginya.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BELUM sempat Pilihan Raya Kecil DUN Penanti berlangsung, sudah kedengaran kemungkinan satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan. Khabarnya ADUN Kota Alam Shah di Selangor mahu meletak jawatan.

Walaupun keputusan M. Manoharan belum muktamad tetapi perkhabaran seperti ini memperlihatkan bagaimana sandiwara pembangkang mahu mewujudkan gelombang pilihan raya kecil.

Amat malang, jika wujud trend pilihan raya kecil semata-mata wakil rakyat meletak jawatan sebelum tempoh mereka berakhir. 

Awang tahu Manoharan berhasrat berbuat demikian kerana kecewa tidak dapat berkhidmat kepada pengundi-pengundi di kawasannya.

Tetapi harus diingat, Manoharan ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007, sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008. Dan beliau dipilih oleh pengundi-pengundi yang bersedia menerima wakil rakyat yang ditahan di Kamunting.

Tempoh tahanan ISA sukar dijangka. Justeru, Manoharan dan DAP tidak harus menjadikan penahanan sebagai alasan untuk meletak jawatan. Sebaliknya, DAP patut menjalankan tugas-tugas wakil rakyat di kawasan berkenaan, bukan memaksa satu lagi pilihan raya kecil.

Awang – Tunggu pilihan raya umum.
Drama Cina bahasa Melayu

"KITA boleh labelkan drama Melayu, Cina atau Tamil. Tetapi kenapa hanya drama Melayu saja yang bercakap dalam bahasa Melayu? Tidak bolehkah drama Cina dalam bahasa Melayu atau drama Tamil dalam bahasa Melayu?" 

Pertanyaan ini dilontarkan oleh seorang teman keturunan Cina. Walaupun Cina tetapi dia menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Katanya lagi, bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu tetapi bahasa semua orang yang mengaku sebagai rakyat negara ini. "Bukankah bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan?" Dia melontarkan lagi tanda soal yang cukup menarik.

Saya sudah lama terfikir dan pernah menulis apabila sebuah drama Cina di RTM 2 beberapa tahun lalu dibuat dalam bahasa Melayu. 

Drama itu mendapat rating penonton yang bagus tetapi tidak tahu kenapa tidak diteruskan. Memang sewajarnya bahasa Melayu ada dalam semua drama - Melayu, Cina dan Tamil.

Kalau stesen televisyen kita diterajui oleh seorang pemikir selain ahli perniagaan, drama Cina dalam bahasa Melayu sudah lama wujud. 

RTM telah membuka laluan tetapi malangnya tidak ada yang menyambut malah drama Melayu (bukan di RTM) yang paling banyak memporak perandakan bahasa Melayu. 

Buktinya bahasa campur aduk Melayu dan Inggeris serta slanga tepi longkang dipopularkan sekali gus dimartabatkan oleh drama Melayu. 

Tidak ada drama Cina yang menghina bahasa Melayu seperti drama Melayu memijak bahasa Melayu digantikan dengan 'bahasa longkang'.

Saya sebenarnya sangat malu apabila ditanya oleh bukan Melayu tentang keperluan bahasa Melayu dalam drama Cina. Bagaimanapun ini tidak sedikit pun memberi malu kepada sebahagian besar penerbit drama Melayu yang bukan pemikir tetapi pencari duit. 

Mereka yang dalam kad pengenalannya seorang Melayu tanpa segan silu 'melongkangkan' bahasa Melayu.

Alasan yang paling meloyakan tentulah untuk menarik sebanyak mungkin penonton. Kata mereka, "Bahasa yang digunakan adalah realiti di luar drama."

Drama Cina bahasa Melayu walaupun sengaja diada-adakan tetapi bukan luar biasa. Ini kerana semua rakyat negara ini boleh berbahasa Melayu, mereka faham bahasa Melayu. Mereka faham makna, "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."

Generasi muda kaum Cina mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik, malah ada yang lebih baik daripada orang Melayu sendiri yang tidak belajar bahasa Melayu sebab mereka dilahirkan sebagai Melayu. 

Jadi, tidak ada masalah untuk membawa bahasa Melayu menjadi perantara dalam drama Cina atau Tamil.

Peneraju stesen televisyen perlu bersikap proaktif dan lebih bertanggungjawab kepada rakyat. Di tangan mereka letaknya mulia atau hinanya bahasa Melayu. Kalau stesen televisyen membuka ruang untuk drama begini, penerbit pasti akan berlumba-lumba untuk mengambil bahagian.

Ini kerana kebanyakan penerbit drama kita hanya mencari duit. Mereka bukan berpegang kepada mana-mana aliran tertentu kerana mereka bukan karyawan. Kalau diberi peluang untuk menerbitkan apa saja bentuk drama, mereka pasti ikut asal saja memberi keuntungan.

Biarlah ada drama Cina yang bertutur dalam bahasa Melayu. Selepas ini kita boleh menilai siapa sebenarnya memijak bahasa Melayu? Semoga ada penerbit drama Melayu yang malu dengan mutu bahasa Melayu dalam dramanya berbanding drama Cina.
Kisah pendakian Obama ke White House

SEJAK secara rasmi menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-44 pada 20 Januari lalu, figura Barack Obama tidak pernah sunyi daripada diperkatakan oleh seantero dunia. 

Kejayaan Obama merubah ‘warna’ White House selepas 232 tahun AS mencapai kemerdekaan, adalah satu pencapaian dan perubahan luar biasa di dalam masyarakat AS. 

Obama juga telah membina persepsi yang menyenangkan di kalangan masyarakat antarabangsa, sesuatu yang semakin terhakis terutamanya sewaktu era pemerintahan George W. Bush. 

Semua itu dilakukan Obama dalam masa yang sangat singkat, iaitu kira-kira tiga tahun selepas beliau dilantik menjadi Senator Illionis. Justeru, adalah sesuatu yang menarik untuk mendalami apakah kekuatan Obama sehingga berjaya mendapat kepercayaan sedemikian rupa, dan buku ini adalah jawapannya. 

Buku dengan tajuk asal The Audicity of Hope ini diterbitkan pada Oktober 2006. Ia dikatakan memberi impak kemenangan yang lebih besar berbanding ucapan dan pidato yang disampaikan oleh Obama. 

Rakyat AS yang pada awalnya mahu memberikan undian kepada Hillary Clinton dalam pemilihan calon Presiden yang akan mewakili Parti Demokrat, berubah memilih Obama selepas membaca buku ini. 

Selepas diterjemahkan kepada lebih 50 bahasa di seluruh dunia, buku ini akhirnya boleh didapati dalam bahasa Melayu hasil usaha keras sekumpulan panel penterjemah di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Ia dilancarkan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah baru-baru ini, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Buku ini sebenarnya lebih kepada sebuah dokumentasi harapan dan hala tuju perjalanan Obama di pentas politik AS. 

Ia menyentuh mengenai teori dan gagasan idea bagi merealisasikan impian rakyat AS selari dengan slogan yang didokong oleh Obama iaitu Change: We Can Believe In. 

Slogan yang di dalamnya terkandung manifestasi perubahan dan pembaharuan yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan rakyat AS. 

Judul buku ini sendiri iaitu The Audicity Of Hope adalah lanjutan daripada ucapan pembukaan beliau pada Konvensyen Demokratik pada 2004. 

Daripada pidato yang sekitar 20 minit itu, dipanjangkan kepada buku setebal 424 halaman ini. 

Tajuk itu juga dipilih Obama berdasarkan khutbah paderi di gereja yang selalu dihadirinya di Chichago. 

Obama memulakan buku ini dengan sejarah pendakian beliau dalam bidang politik. Bagaimana beliau berdikit-dikit daripada seorang peguam hak sivil yang berjaya mewakili dewan perundangan Illionis sehinggalah menjadi Senator Illionis. 

Pengalaman itu dimulakan oleh Obama ketika beliau masih muda, iaitu baru menjangkau usia 35 tahun. 

Begitu juga ketika mengangkat sumpah sebagai Senator Illionis, Obama baru berusia 44 tahun, iaitu umur yang sangat muda untuk seorang ahli politik diterima oleh rakyat AS. 

Namun itulah keunikan Obama, yang tidak hanya berjaya meruntuhkan benteng usia, malah merobohkan tembok perkauman untuk dipilih menjadi Presiden kulit hitam pertama AS. 

Semuanya dilakukan dalam masa hanya tiga tahun selepas beliau dilantik menjadi ahli Senat, iaitu pendakian ke puncak kuasa yang beliau sendiri tidak mempercayainya meskipun sentiasa berharap untuk membuktikannya. 

Bukan rahsia lagi persona Obama di mata rakyat AS adalah kerana kemampuannya berpidato dan meyakinkan orang ramai menerusi ucapannya. 

Lontaran suaranya yang padu serta frasa kata yang asli menghidupkan gagasan-gagasan idea dan pemikiran yang disampaikan beliau. 

Itulah juga yang dibuktikan oleh Obama menerusi buku dengan judul asal The Audicity of Hope ini. Bab-bab terawal dalam buku ini dimulakan dengan penyelusuran sejarah politik terbaru Amerika. 

Obama cuba menjelaskan punca berlakunya kecenderungan memihak yang menyakitkan hati pada hari ini. Sesuatu yang sebenarnya turut berlaku dalam senario politik baru di negara ini. 

Perbincangan itu diimbangkan pula dengan kupasan mengenai nilai-nilai, dasar dan kesepakatan yang boleh dikongsi seluruh rakyat Amerika dalam bab seterusnya. 

Lebih mendalam kupasan mengenai perpaduan itu disorot dengan pengkajian ke atas Perlembagaan yang merupakan sumber hak individu. Malah ia juga sebagai cara untuk menyusun hubungan demokrasi dalam membentuk masa depan. 

Obama seterusnya menyentuh mengenai sesetengah kuasa institusi seperti wang, media, kumpulan berkepentingan dan proses perundangan yang merimaskan ahli politik termasuk mereka yang berintegriti.

Menuju bab-bab terakhir pula, Obama mencadangkan gugusan-gugusan idea dan pemikiran bagaimana beliau dan rakyat AS boleh melangkaui sempadan dalam menangani pelbagai cabaran. 

Antara masalah yang diberikan perhatian khusus ialah kegawatan ekonomi, ketegangan kaum dan agama dalam badan politik. 

Serta ancaman antarabangsa daripada keganasan sehinggalah kepada wabak penyakit berbahaya. 

Kesemua isu ini dibincangkan dalam ruang pemikiran dan pandangan Obama yang sangat sederhana, tetapi sangat mengesankan. Tidak terlalu optimistik sehingga kelihatan retorik, sebaliknya sangat realistik dan penuh harapan. 

Menerusi buku ini, Obama memperlihatkan kepada dunia satu lagi cabang kemahiran beliau yang jarang dimiliki oleh politikus lain, iaitu sebagai penulis berbakat. 

Obama turut membuktikan bahawa AS masih belum ketandusan pemimpin yang bijaksana dan berilmu untuk menduduki Pejabat Oval.

Adalah satu kerugian kepada pembaca di negara ini kerana buku pertama Obama iaitu Dream of My Father tidak turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Buku itu menjadi buku New York Times paling laris terjual selama 142 minggu berbanding buku ini yang bertahan selama 67 minggu.

Judul: Keberanian Menggapai Harapan 

– Gagasan Meraih Kembali Impian Amerika

Penulis: Barack Obama

Penerbit: Institut Terjemahan Negara 

Malaysia (ITNM)

ISBN: 978-983-068-349-2

Harga: RM45

Pengulas: MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
Ulama, kerajaan perpaduan dan SPR

ISU siapa yang layak memegang pucuk pimpinan Pas sama ada golongan ulama atau sebaliknya, di samping cadangan kerajaan perpaduan dan perkembangan di Penanti telah mendapat ulasan beberapa penulis blog.

Shamsul Yunos dalam blognya (marahku.blogspot.com) menulis, desakan agar ulama menjadi pemimpin tertinggi Pas adalah bertepatan dengan matlamat asal penubuhan parti itu.

Katanya, Pas perlu ingat bahawa kesetiaan para penyokongnya adalah disebabkan imej parti itu sebagai sebuah parti berteraskan Islam.

"Pas tahu permainan Anwar dan mereka juga tidak menyenanginya dan begitu juga dengan DAP dan sebab itulah Pas mahu memperkukuhkan kedudukannya dengan meletakkan ulama sebagai peneraju parti," tulisnya. 

Tulis Shamsul, beliau percaya Pas menggerakkan diri untuk menjadi peneraju dalam pakatan pembangkang dan ia perlu dilakukan kerana parti itu nyata lebih konsisten daripada segi polisi dan prinsip.

Bagaimanapun Nasrudin Tantawi (episodeperjuangan.blogspot.com) melihat bahawa perebutan jawatan dalam parti itu adalah amanah di dunia yang akhirnya akan menjadi beban di akhirat kelak jika mengingkarinya.

Tulisnya, "Kita rasa seronok apabila kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jemaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti."

Oleh sebab itu, katanya, menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah di peringkat akar umbi untuk memilih pemimpin berdasarkan penelitian dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi serta meletakkan kepentingan jemaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya.

"Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. 

"Kita harus sedar, setelah diputus oleh jemaah maka kita mesti wala' kepada kepimpinan yang dipilih," tulisnya.

Sementara itu Sheih Azidi (kickdefella.wordpress.com) pada 2 Mei lalu menulis tentang kerajaan perpaduan yang dinilai sebagai kerajaan tanpa pembangkang tetapi bukan sekadar menjurus BN-Pas semata-mata.

"Kalau kerajaan tanpa pembangkang, maka PKR dan DAP perlu diambil kira sama. Bererti PKR dan DAP berhak mendapat posisi lebih kanan dan lebih banyak dalam Kabinet kerana kedudukan kerusi mereka di Dewan Rakyat lebih besar daripada Pas, MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti dari Sabah dan Sarawak.

"Ini bererti, Pas hanyalah parti keempat penting dalam kerajaan perpaduan. Sudikah UMNO menerimanya?" tulis beliau.

Katanya, penentangan terhadap kerajaan perpaduan adalah kerana penjelasan cadangan tersebut amat kabur dan tidak selari dengan konsep kerajaan perpaduan tanpa pembangkang.

"Konsep yang dijelaskan hanyalah seperti satu penjenamaan semula kepada Muzakarah Pas-UMNO. Ia seolah-olah kembali kepada isu mempertahankan hak orang Melayu dan kuasa politiknya," tulisnya.

Di sebalik isu ulama dan kerajaan perpaduan, Dr. Mohamad Khir Toyo (www.drkhir.com) telah mengemukakan cadangan supaya sistem pencalonan bagi pilihan raya kecil diadakan dalam talian (online).

Ini susulan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)yang membuat beberapa cadangan bagi mengurangkan ketegangan dalam pilihan raya kecil. 

"Antara cadangan yang saya fikir tidak logik untuk dilaksanakan ialah usaha mengehadkan jumlah penyokong semasa hari penamaan calon. Cadangan untuk mengehadkan bilangan penyokong semasa penamaan calon bukan sahaja tidak praktikal malah boleh mencetuskan keadaan lebih kacau dan haru-biru," tulisnya. 

Katanya, salah satu cara untuk mengurangkan ketegangan semasa penamaan calon ialah dengan memanjangkan tempoh serahan borang pencalonan. 

"Malahan SPR boleh mengkaji kemungkinan membenarkan penamaan calon secara online. Ini akan mengurangkan lagi penumpuan yang keterlaluan di pusat penamaan calon sekali gus mengurangkan konflik penyokong parti-parti yang bertanding," tulis beliau.

Kelolaan LUKMAN ISMAIL

lukman@utusan.com.my
Import mampu kawal harga ayam

HARI ini, tuntutan pelbagai pihak terhadap kerajaan amat banyak. Media telah melaporkan dengan pelbagai wajah yang amat menarik untuk diteliti. Tuntutan yang bersifat politik dan ekonomi memang menguji kematangan dan kebijaksanaan kerajaan. 

Umpamanya dalam soal tuntutan pengguna agar harga ayam diturunkan, wujud satu dilema untuk melayaninya. Tuntutan pengguna itu telah disanggah pula oleh Persekutuan Persatuan Penternak Ayam Malaysia (PPM) untuk mengekalkan harga ayam di pasaran. 

Maka, yang tersepit dalam keadaan ini adalah pihak kerajaan. Mana satu yang perlu dipertimbangkan, kepentingan pengguna atau kepentingan peniaga. 

Kedua-duanya adalah penting kepada kerajaan kerana kesemuanya adalah rakyat Malaysia. Umum mengetahui bahawa kaedah yang paling berkesan untuk menurunkan harga ayam adalah dengan mengimport ayam dari negara jiran. 

Perkara ini telah berkali-kali terbukti berkesan dapat menurunkan harga ayam walaupun timbul pula soal kesahihan dari sudut jaminan halal dan kualiti. 

Stok ayam yang banyak dari negara jiran membuatkan kita sering tertanya-tanya bagaimana mereka menguruskan sumber protein ini sehingga mampu memenuhi permintaan ad-hoc daripada negara kita. 

Ambil fenomena dari sudut dua keadaan positif. Pertamanya, ketidaktentuan harga ayam ini mungkin timbul kerana Malaysia berada dalam transisi melewati status negara membangun. Perusahaan dalam bidang ini tidak berkembang kerana rakyat menceburi bidang perusahaan lain. 

Keduanya, antara negara jiran yang paling banyak mengeksport bahan makanan termasuk ayam ialah Thailand. Tidak susah sebenarnya untuk mengawal mutu dan status halal ayam dari Thailand kerana negara itu juga wujud gerakan yang amat mengambil berat soal halal haram. 

Berdasarkan dua keadaan ini, satu pengurusan strategik sumber protein halal amat wajar dilakukan. Melihat situasi di negara maju, bahan makanan kebanyakannya diimport dari negara jiran. 

Di United Kingdom umpamanya, sumber protein dan buah-buahan di import dari pelbagai negara Eropah, Amerika Latin dan Asia. Kawalan mutu dilakukan dengan baik. 

Tanah-tanah di negara maju kebanyakannya digunakan untuk tujuan yang lebih produktif. Biarpun ada diusahakan untuk pertanian, produktivitinya amat tinggi. 

Dalam keadaan kerajaan menjaga kebajikan para peniaga untuk pasaran tempatan dan juga kebajikan pengguna umumnya, satu mekanisme kestabilan sumber protein berkualiti amat wajar dipertimbangkan. 

Ia memungkinkan masalah ini dapat diselesaikan dari sudut menang-menang. Kita yakin dalam pertikaian antara peniaga dan pengguna, mewujudkan keputusan menang-kalah adalah satu keputusan yang mengundang persepsi negatif. 

Penyelesaian jangka panjang itu mampu menjadikan masalah ini dapat diatasi. Bagaimanapun, dalam jangka masa pendek rundingan berhemah amat perlu. Atau perlukah konsep subsidi digunakan untuk mengawal harga ayam sebagaimana kerajaan membantu rakyat dalam bebanan kenaikan harga minyak dahulu?

MOHD. MAHZAN AWANG

Scotland, United Kingdom
Mencorak pemikiran masyarakat membaca

Oleh KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM


SEGALA-GALANYA sudah berakhir. Sambutan Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta yang disambut pada 23 April yang lalu telah juga diakhiri dengan jayanya penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Malaysia tidak ketinggalan dalam menyemarakkan gerakan membaca, dengan memasukkan agenda sambutan Hari Buku Sedunia ini ke dalam kalendarnya. 

Negara-negara lain yang juga menyambutnya dengan meriah adalah seperti Australia, Kanada, Ivory Coast, Cuba, Finland, Jerman, Greece, Itali, Madagascar, Maghribi, Mozambique, Puerto Rico, Sepanyol dan Sweden. 

Namun agak berbeza dengan United Kingdom, yang menyambutnya pada 1 Mac setiap tahun.

Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), yang saban tahun dianjurkan pada bulan April, juga adalah berkait rapat dengan aktiviti Hari Buku Sedunia ini. 

Pihak penganjur PBAKL telah menganjurkan pesta ini dengan baik sekali. Ditambah pula dengan slogan-slogan yang sentiasa diubah pada setiap tahun. Seperti misalnya slogan tahun ini ialah "Buku: Lakaran Masa Depan."

Namun satu persoalan penting yang perlu difikirkan bersama ialah sejauh manakah slogan-slogan ini memainkan peranan penting untuk mencorak pemikiran masyarakat bagi merealisasikan matlamat kewujudan masyarakat membaca.

Seharusnya, pada hemat penulis, slogan-slogan yang dicipta itu perlulah dirujuk kepada matlamat akhir sesuatu visi yang besar. 

Misalnya dalam konteks pembinaan negara bangsa, Malaysia sudah mempunyai Wawasan 2020.

Maka, seharusnya setiap visi dan misi tindakan setiap agensi kerajaan, mahupun swasta terarah ke Wawasan 2020. 

Mungkin Wawasan 2020 bukanlah satu wawasan yang sempurna. Malah, tidak ada yang sempurna di dunia ini, kecuali Allah. 

Maka, sebagai sebuah bangsa yang sedang menuju ke arah kejayaan, wawasan ini perlu sentiasa dibincang dan dibaiki.

Begitu juga setiap slogan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur perlu turut menghala ke arah Wawasan 2020.

Kewujudan slogan-slogan ini sudah cukup baik untuk menjadi satu platform bagi menyediakan satu masyarakat yang benar-benar membaca. 

Namun, sejauh manakah kesediaan slogan-slogan ini dapat dipergunakan sepenuhnya oleh institusi-institusi berwajib dalam menjayakan gerakan membaca ini?

Seharusnya, slogan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, "Buku: Lakaran Masa Depan" ini dapat dijadikan juga sebagai slogan sambutan Hari Buku Sedunia di Malaysia, dan seterusnya diterjemahkan pula oleh setiap perpustakaan di negara ini, sehinggalah ia dapat dijelmakan sebagai satu hasilan yang dapat diamalkan oleh setiap warga Malaysia.

Kini sudah tiba masanya untuk masyarakat Malaysia bangkit membaca dan menjelmakan kembali semangat budaya ilmu dengan merealisasikan slogan ini.

PENULIS ialah Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga Setiausaha Agung Komuniti Buku online.org.
Seludup manusia sama dengan sistem abdi
Oleh Manja Ismail

manja@nstp.com.my

KETUA Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Che Hassan Jusoh menunjukkan kawasan laluan penyeludupan pendatang asing yang dikenali 'Alur Tikus'.


Tindakan tegas perlu segera dilaksana untuk bersihkan nama Malaysia 

WALAUPUN belum ada bukti tujuh sekeluarga Pakistan yang menjadi mangsa bot karam di perairan Pengerang Isnin lalu, cuba menyeludup masuk ke kepulauan Indonesia untuk ke Australia, dakwaan bahawa Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi transit penyeludupan atau perdagangan manusia, perlu dilihat secara serius. Penahanan 37 rakyat asing termasuk dari Afghanistan, Iraq dan Pakistan di perairan Kuala Langat dua hari sebelum kejadian itu, mengukuhkan lagi dakwaan berkenaan. Malah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengakui ada lebih kurang 15 laluan atau 'alur tikus' yang sering digunakan penyeludup dari negara ini untuk ke kepulauan Indonesia seperti Pulau Batam, Pulau Karimun dan Pulau Bintan. APMM tidak menolak kemungkinan pulau-pulau itu menjadi transit mana-mana pihak yang mahu pergi ke Australia untuk mendapatkan suaka politik lantaran dasar negara itu terhadap 'pelarian' yang mahukan perlindungan sedemikian. 

Penyeludupan manusia sebenarnya tidak banyak berbeza dengan sistem abdi yang sudah lama diharamkan di seluruh dunia. Tiada negara yang mahu terbabit dalam kancah menjual dan memperdagangkan manusia, walaupun untuk membantu mendapatkan suaka politik. Malaysia, kerana kedudukan geografi dan kemakmuran ekonominya, sudah lama menjadi destinasi pendatang dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Burma, China, India, Nepal, Bangladesh, Pakistan dan kini negara Afrika untuk mencari rezeki. 


Sementara kita memerlukan mereka ketika ekonomi pesat, kehadiran terlalu ramai rakyat asing ini, apa lagi yang masuk secara haram dan melakukan kerja haram seperti pelacuran dan jenayah, menimbulkan masalah besar kepada negara. Dan apabila ekonomi tidak lagi semakmur dulu kesan krisis kewangan global sekarang, kita bukan saja menghadapi masalah dengan pendatang asing sedia ada, malah dibebani dengan persinggahan mereka yang menjadikan Malaysia sebagai transit untuk masuk secara haram ke negara lain. 

Seperti juga masalah lain, kita sudah mempunyai undang-undang untuk menangani kegiatan penyeludupan manusia ini. Selain undang-undang Imigresen, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 misalnya, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun ke atas sesiapa yang menjadi dalang kegiatan penyeludupan pendatang menerusi sempadan negara jiran. Akta itu juga memperuntukkan hukuman terhadap semua yang didapati melakukan kesalahan itu, termasuk mereka yang dikenal pasti menjadi ejen atau perantara seperti pemandu kenderaan atau tekong bot yang membawa pendatang. Bagaimanapun, apa yang sering dilaporkan ialah pihak berkuasa hanya menahan pendatang dan sekali sekala ejen mereka, tetapi amat jarang dapat menangkap dalang sebenar di sebalik sindiket berkenaan. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya sama ada sindiket ini benar-benar licik atau dalangnya membabitkan 'orang dalam' seperti didakwa banyak pihak. Malah ada laporan agensi berita asing sebelum ini mendakwa ada pegawai agensi tertentu memeras ugut wang daripada pendatang Myanmar dan mempunyai hubungan dengan sindiket penyeludupan manusia. Kononnya pendatang Myanmar itu dipaksa memberikan sejumlah wang dan jika enggan, mereka akan diserahkan kepada sindiket penyeludupan manusia di selatan Thailand. 

Laporan seumpama ini, ditambah dengan Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat Bagi Pemerdagangan Orang yang meletakkan Malaysia dalam senarai perhatian, tentunya mencemarkan nama baik negara, sekali gus menjejaskan usaha menarik pelabur asing untuk membantu memulihkan ekonomi sekarang. Bagaimanapun, kita tidak boleh mengatakan bahawa laporan seumpama itu langsung tidak berasas atau sengaja bertujuan memburukkan Malaysia. Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Justeru kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa sebuah jawatankuasa khas membabitkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri akan ditubuhkan bagi menangani masalah ini mencerminkan pendekatan baru kerajaan. 

Sebelum ini, kita sering menafikan atau menyalahkan pihak lain apabila ada badan antarabangsa menyenaraikan Malaysia antara negara yang kurang bersungguh menangani masalah penyeludupan manusia. Mengakui masalah wujud bukan bermakna kita lemah. Malah kementerian itu sudah mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan Australia bagi membentuk kerjasama dalam menangani isu penyeludupan manusia ke negara itu. Kita berharap langkah itu menjadi titik tolak kepada usaha menyeluruh untuk menangani masalah pendatang asing di negara ini, sekali gus membersihkan nama baik negara pada peringkat antarabangsa. Seperti dinyatakan tadi, kita sudah mempunyai undang-undang khusus bagi menangani masalah penyeludupan manusia. Yang perlu ialah penguatkuasaan lebih berkesan serta siasatan dan tindakan tegas terhadap segelintir kakitangan agensi berkaitan yang sanggup digunakan oleh sindiket berkenaan.
Keakraban, kemesraan hubungan Malaysia-Brunei mengorak era baru
Oleh Azizi Othman
bhnews@bharian.com.my

WALAUPUN ringkas dan terpaksa diringkaskan, lawatan kerja dua hari Datuk Seri Najib Razak ke Brunei pada Rabu dan Khamis lalu, jelas memberi impak positif kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang memang sudah sedia akrab dalam pelbagai bidang. Di sebalik hambatan waktu dan berita kembalinya ke Rahmatullah, Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memaksa lawatan Perdana Menteri disingkatkan bagi membolehkan beliau menziarah jenazah Allahyarham. Lawatan sulung Najib sejak mengambil alih teraju kepemimpinan awal bulan lalu tetap membuka banyak lembaran baru dalam konteks hubungan Kuala Lumpur-Bandar Seri Begawan. 

Paling ketara, tentunya pertemuan empat mata antara Perdana Menteri dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang diadakan malam Rabu lalu, di Istana Nurul Iman. Manifestasi keakraban hubungan antara kedua-dua pemimpin berkenaan jelas terbukti apabila pertemuan empat mata yang julung-julung kalinya di antara mereka yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama kira-kira setengah jam, berlarutan sehingga lebih sejam kerana kedua-duanya rancak berbual mesra dan membincangkan pelbagai isu membabitkan kepentingan bersama, mencakupi kerjasama ekonomi, politik, sosial serta agama. 

Memetik sendiri kata-kata Perdana Menteri selepas pertemuan itu, beliau menjelaskan ia berlangsung dalam suasana yang amat mesra serta menggambarkan keakraban hubungan Malaysia-Brunei sejak sekian lama. Tidak hairanlah jika beliau juga yakin bahawa hubungan kedua-dua negara selepas ini bakal memasuki era baru yang menjurus kepada meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang sama ada dari Brunei ke Malaysia atau sebaliknya. Malah dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin sudah mula mengadakan perbincangan mengenai beberapa projek secara khusus. 

 

Mengimbas kembali sejarah hubungan antara kedua-dua negara, umum mengetahui ia sebenarnya sudah wujud sejak berkurun lalu, cuma secara rasminya saja ia kurang daripada separuh abad. Hakikatnya, sejak zaman Kesultanan Brunei lalu, interaksi antara dua negara berjiran ini sudah wujud dan pelbagai kerjasama terjalin. Dengan kekukuhan ikatan bahasa, budaya malah persaudaraan, ia bertambah erat dari semasa ke semasa ditambah pula sokongan padu kepemimpinan kedua-dua negara ketika ini dan pada masa lalu. 

Najib berkata, menyedari potensi untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala itu masih terlalu besar, usaha memantapkannya pada masa depan akan ditumpukan dalam pelbagai bidang khususnya, pelaburan, pembangunan, pelancongan, pendidikan serta infrastruktur. Inisiatif itu diyakini dapat dijayakan kerana dalam pertemuan itu, Sultan Hassanal Bolkiah sendiri memaklumkan Brunei akan berusaha meningkatkan pelaburannya di Malaysia menerusi Agensi Pelaburan Brunei (BIA). 

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua Malaysia dan Brunei juga memberi komitmen untuk segera menyelesaikan rundingan bagi membolehkan perjanjian mengelak cukai berganda (DTA) dimeterai untuk merancakkan lagi kerjasama ekonomi. Pada masa sama, langkah BIA untuk terbabit dalam projek pembangunan sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang di kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC), yang menjadi ikon pelaburannya di sini, pasti menghantar isyarat kerjasama kini sedia ditingkatkan lagi. 

Sebagai timbal balas, Brunei juga kini amat berminat mendapatkan kepakaran Malaysia dalam projek pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan dengan menawarkan tender untuk pelabur Malaysia menyertainya. Jika sebelum ini hanya dua atau tiga syarikat gergasi Malaysia yang melaksanakan projek di negara itu, angka berkenaan dijangka meningkat tidak lama lagi dengan skop kerja yang semakin meluas daripada pembinaan kediaman sehinggalah penyediaan infrastruktur. 

Satu lagi perkara penting dalam konteks keakraban dan kemesraan hubungan antara dua pemimpin berkenaan ialah ia dapat menyediakan asas untuk Malaysia dan Brunei menyegerakan penyelesaian rundingan berhubung isu persempadanan darat serta maritim. Jika sebelum ini, mungkin wujud sedikit kekeliruan mengenai perkara berkenaan, khususnya yang melingkari isu tuntutan bertindih terhadap wilayah Limbang, ia nyata tidak menjadi penghalang kerana kedua-dua pemimpin sudah sepakat bahawa perkara berkenaan akan dilihat dalam konteks persempadanan secara total. Lebih daripada itu, mereka juga sepakat supaya perundingan berkenaan segera dimuktamadkan. 

Selain itu, bagi membuktikan hasrat murni Malaysia memastikan sebarang keputusan berhubung isu sempadan itu tidak dilihat dalam konteks 'yang menang atau yang kalah', Kuala Lumpur jelas menyatakan bahawa pembangunan di wilayah berkenaan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa demi manfaat kedua-dua negara. Perkara itu sudah dinyatakan secara jelas dengan kedua-dua negeri bersempadan dengan Brunei, iaitu Sabah dan Sarawak juga menyatakan komitmen mereka melaksanakan pelbagai usaha ke arah itu. 

Dengan mengambil kira pelbagai usaha gigih sudah diambil kerajaan dan pemimpin tertinggi kedua-dua negara untuk membawa hubungan Malaysia-Brunei ke tahap baru, ia kini terserah kepada sektor swasta untuk menyambut isyarat berkenaan dengan mula meneroka secara lebih agresif peluang menyalurkan modal rentas sempadan kedua-dua negara. Dengan komitmen mempermudahkan pelbagai proses ke arah itu, usahawan dan pelabur perlu melihat potensi melabur di kedua-dua negara dari perspektif baru dan bukan hanya dalam bidang tradisional atau konvensional. 

Sesungguhnya, amanat Najib ketika beramah mesra dengan komuniti Malaysia di Bandar Seri Begawan sejurus sebelum berlepas pulang mengakhiri lawatannya, bahawa mereka perlu melakukan terbaik dan menyumbang kepada keakraban kedua-dua negara perlu dilihat dalam konteks lebih meluas. Bahawa dalam pada pembabitan mereka itu amat penting, ia sebenarnya satu tawaran terbuka kepada seluruh sektor swasta Malaysia untuk berusaha lebih giat mencari peluang pelaburan di Brunei. Hanya apabila itu berlaku, barulah keakraban hubungan antara kedua-dua negara, seperti yang dibuktikan kemesraan Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah akan benar-benar bermakna.
Minda Pengarang: Sistem pendidikan patut diubah hadapi model baru ekonomi


LANGKAH kerajaan memperkenalkan model ekonomi baru berteraskan peningkatan inovasi dan produktiviti pekerja adalah satu lagi usaha jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju seperti digariskan menerusi Wawasan 2020. Seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin, model baru ekonomi itu akan membolehkan Malaysia menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi kepada berpendapatan tinggi. Memang sepatutnya negara sudah lama bergerak ke arah itu selepas dasar ekonomi negara yang berasaskan pertanian ditukar kepada berasaskan industri, pembuatan dan perkhidmatan pada zaman kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepemimpinan negara dan mengambil kira kedudukan ekonomi ketika itu yang baru pulih daripada kesan krisis kewangan Asia, beliau memberi tumpuan kepada industri berasaskan pertanian dan bioteknologi. Justeru, matlamat model baru ekonomi yang diumumkan Najib itu adalah langkah memperkasa atau penambahbaikan dasar ekonomi yang dipelopori dua perdana menteri terdahulu dengan matlamat utama, menjadikan inovasi dan produktiviti pekerja sebagai sumber utama menjana ekonomi negara. 

Selepas 30 tahun terbabit dalam bidang perindustrian, memang sudah sampai masanya kita berubah daripada hanya memasang peralatan import yang kemudian dieksport semula, kepada pembangunan dan penyelidikan (R&D) melalui inovasi dan kreativiti pekerja. Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun sudah lama menggunakan pendekatan ini yang bukan saja menjadikan mereka pengeluar teknologi untuk pasaran dunia, malah meningkatkan taraf hidup rakyat mereka. Industri di negara maju amat menekankan pengurusan terbaik, produktiviti dan inovasi kerana melaluinya mereka dapat menghasilkan barang atau perkhidmatan terbaik yang akhirnya menguntungkan syarikat, pekerja dan negara. Atas alasan peningkatan produktiviti, kreativiti dan inovasi, pekerja di negara terbabit menerima upah tinggi. Malah ketika ekonomi dunia meleset sekarang, syarikat gergasi di Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Amerika Syarikat terus menumpukan perhatian kepada bidang R&D kerana bagi mereka kesempitan yang berlaku sekarang memberi semangat dan dorongan untuk menghasilkan ciptaan terbaru. 

Walaupun usaha ini bukan sesuatu yang mudah, kita percaya pakar ekonomi tempatan dan luar negara dalam Majlis Ekonomi Negara yang bakal ditubuhkan nanti mengambil kira semua aspek supaya model baru ekonomi itu dapat dilaksanakan secara praktikal, bukannya di atas kertas dasar. Kita juga yakin mereka juga memberi perhatian kepada sistem pendidikan sekarang kerana kesan sistem itu memainkan faktor penting dalam menentukan kejayaan model baru ekonomi nanti. Ia penting kerana modal insan dihasilkan menerusi sistem pendidikan bukan saja perlu kreatif, malah inovatif dan bersikap terbuka. Kita harus akui produk pendidikan yang kita hasilkan selama ini, hanya boleh menjadikan mereka pekerja yang baik, tetapi belum mampu bersaing untuk menghasilkan produk setanding dengan keluaran negara maju. Mereka dididik menjadi operator yang baik, bukan sebagai inovator. Justeru, sistem pendidikan sekarang perlu diubah untuk disesuaikan dengan model baru ekonomi yang bakal dilaksanakan nanti.
Kaedah kreatif tarik sokongan
Dari Benut, Pontian ke Putrajaya, mungkin itulah gambaran yang bolehdiberikan dalam menilai kejayaan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslanyang bukan sahaja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, malah turut diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan KetuaPenerangan UMNO.

Cabaran untuk Ahmad Maslan
SEMEMANGNYA,tiada sesiapapun dapat menafikan bahawa dalam usaha UMNO mengukuhkankembali kedudukannya, sokongan daripada generasi muda amat diperlukan.

Siapa gugat Pas?
Panas,panas, panas. Pendedahan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik AbduhNik Abdul Aziz dalam blognya yang disiarkan oleh Utusan Malaysiabaru-baru ini mengundang kesan yang bukan kecil dalam parti itu.

Isu lama dan ‘bom jangka’
Jika ada perkara yang paling menuntut post mortem besar-besaran ia tidak lain daripada isu kebanjiran warga asing.

Melayu masih ketinggalan
Sepertiyang dijangkakan, sekali lagi berlaku kejutan di Minggu Saham AmanahMalaysia (MSAM) 2009. Sejumlah 999 juta unit saham yang diperuntukkankepada masyarakat Cina habis terjual dalam masa 36 jam selepaspelancaran. Situasi yang sama pernah berlaku apabila satu bilion unitsaham kuota bukan bumiputera dibuka dua tahun lalu habis dilanggan olehmasyarakat Cina dalam masa satu hari sahaja.

Image
Kenapa Nik Abduh dikecam?
TIADA nama yang paling popular dalam Pas sekarang selain Nik Abduh NikAbdul Aziz. Walaupun beliau tidak memegang jawatan penting dalamkepimpinan tertinggi Pas selain Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan,namun pendedahan beliau berhubung pandangan sebenar bapanya, Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat telah mencetuskan kontroversi.

Kepimpinan ulama Pas digugat dan tergugat
BEBERAPAbulan lalu, orang Melayu terutamanya mereka yang mengikuti perkembanganpolitik ternanti-nanti siapakah bakal dipilih sebagai Timbalan PresidenUMNO. Ketika itu kedudukan berkenaan dianggap penting kerana Datuk SeriMohd. Najib Tun Razak memerlukan seorang timbalan yang kuat bagimembantu beliau menguruskan parti dan negara. Lanjutan itu, ahli-ahliUMNO yang bersidang pada Mac lalu memutuskan memilih Tan Sri MuhyiddinYassin bergandingan dengan beliau.

PKR perlu BN untuk “menang”
Politikadalah strategi dan psikologi. Maka untuk bertarung di gelanggangpolitik, perlulah ada kebijaksanaan memasang strategi dan menyeranglawan dengan psikologi. Inilah yang sedang berlaku dalam menunggugerbang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di PulauPinang 31 Mei ini.

Memperkasa peranan mahasiswa
Dalammemperbincangkan mengenai peranan mahasiswa kita tidak dapat menolakdari memperkatakan tentang beberapa kekangan dan justifikasi yangdilalui oleh mereka sepanjang bergelar mahasiswa. Pastinya AktaUniversiti dan Kolej Universiti (AUKU) sering dijadikan sasaran tentangkebebasan yang bagi mahasiswa menjadi punca kenapa peranan merekaselama ini dilihat terbatas.

Di sebalik kejayaan Syed Kechik
Apabila hendak mengikuti jejak pelayaran Datuk Senu Abdul Rahman keAmerika Syarikat (AS) dalam tahun 1949, Syed Kechik Syed Mohamed yangketika itu berusia 20 tahun telah mengajak seorang rakannya di AlorSetar, Khalid Abdullah untuk turut bersamanya. Tetapi Khalid yang telahberumahtangga telah ditanya oleh isterinya, “Siapa nak jaga dua anakkita.” Khalid telah membatalkan hasratnya itu.

Menilai nasib umat Islam
ADAKALAulang tahun peristiwa bersejarah mengulangi tuntutan maaf. Demikianhalnya pada 9 April lalu yang dilaporkan antara lainnya oleh akhbarTimes, London. Tajuk beritanya Moors want an apology after 400 years:Expulsion “first ethnic cleansing of Europe.”

Dari layar perak ke politik
INDUSTRIfilem sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan manusiamoden. Semenjak terciptanya filem, manusia telah meletakkan harapantinggi kepada para pelakon yang mewarnai dunia perfileman sebagaitempat untuk lari seketika dari realiti kehidupan.

Sabah destinasi percutian
KALI pertama bercuti ke Sabah seperti berada di luar negara keranasuasana persekitaran yang cukup berbeza. Ini merupakan satu kenanganistimewa buat sesiapa sahaja yang pertama kali menyeberangi Laut ChinaSelatan menuju ke tanah seberang.

Gawat jejas kedudukan bilionair
KESANkegawatan ekonomi yang melanda dunia kini semakin dirasai. Berjuta-jutapenduduk dunia telah hilang pekerjaan akibat krisis ini. Malah ini jugamengakibatkan keadaan panik di kalangan mereka.

Di sebalik pembunuhan bersiri Ryan
S IRI 1 PADA 6 April lalu Mahkamah Depok di Jawa Barat menjatuhkanhukuman mati ke atas Verry Idham Hensyansyah, 31, atau lebih dikenalisebagai pembunuh bersiri Ryan.

Felda Residence Tekam unik
FELDA Residence Tekam mula diperkenalkan sebagai satu destinasi agro-pelancongan sejak tahun 1992 lagi.





Kaca Mata: Keluhan timbalan menteri tidak harus lagi berulang
KELUHAN atau rungutan timbalan menteri terhadap bos masing-masing pada masa lalu, bukan sesuatu yang asing.

Di luar Lingkaran: Malaysia yang bagaimana?
KITAberada dalam waktu yang sukar. Belumpun habis isu kegawatan ekonomiglobal, dunia berdepan dengan ancaman wabak selesema babi yang bermuladari sebuah negara Amerika Latin. Nampaknya tidak ada berita gembirasetakat bulan Mei tahun ini.

Soal Jawab: Islam tak paksa anak pilih agama
KEPUTUSANKabinet bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukaragama, mendapat reaksi berbeza pakar agama dan badan bukan kerajaan(NGO) Islam. Wartawan Berita Minggu, AHMAD NAIM TAHIR dan MOHD AZISNGAH mendapatkan pandangan Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah,Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ProfMadya Dr Ibrahim Abu Bakar.

Soal Jawab: 'Jangan politikkan hukum agama'
KEPUTUSANKabinet bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukaragama, mendapat reaksi berbeza pakar agama dan badan bukan kerajaan(NGO) Islam. Wartawan Berita Minggu, AHMAD NAIM TAHIR dan MOHD AZISNGAH mendapatkan pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, DatukNooh Gadut.
Antara liberalisasi dan selesema babi
Terdapat beberapa isu penting yang berlaku minggu lalu. Malapetakabesar yang melanda dunia ialah selesema babi yang bermula di MexicoCity dan sudah merebak di tujuh buah negara di dunia. 159 orangdikatakan telah mati di Mexico City dan penutupan perniagaan di sanadikatakan telah menyebabkan kerugian sebanyak AS$57 juta sehari.

Gelombang di Afrika Selatan
JIKA tiada aral melintang, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) hariini akan diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya umumkeempat Afrika Selatan. Presidennya, Jacob Zuma pula akan dilantiksebagai Presiden Afrika Selatan yang ketiga pada 7 Mei ini apabilaparllimen negara itu mula bersidang.

Teras kukuhkan kewangan Islam
PENGUMUMANenam teras pakej liberalisasi kewangan oleh Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Tun Razak pada hari Isnin lalu menggambarkan kepentinganliberalisasi atau keterbukaan kewangan dalam era globalisasi.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
DI Malaysia pengguna bukan raja. Di negara Barat peniaga takut denganpengguna. Di sana pengguna adalah raja dan peniaga tidak boleh main-main.

Doktor cuma 'berdiam' bila rakyat kritik khidmat mereka
PENDEDAHANberhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital KualaLumpur (HKL) 'mencuri tulang' oleh Timbalan Menteri WilayahPersekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masihmenunggu dalam kesakitan - memang menghangat.

Mengendali media Indonesia
BARU-BARU ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakanlawatan ke negara ASEAN. Indonesia menjadi pilihan pertama memandangkannegara berkenaan merupakan jiran paling rapat dari segi geografimahupun sejarah.

Sikap sepi Barat terhadap satelit pengintip India
NEWDelhi sememangnya hebat dalam setiap perkara yang mereka laksanakanwalaupun masyarakat antarabangsa sangsi kemampuan negara tersebutkerana masih ramai rakyat India berada dalam keadaan yang begitu daifsekali.

Image
Keadaan masih sesak, lewat
APA jadi dengan khidmat pengangkutan awam kita terutama komuter KTM?Kenapa ia sering bermasalah dan tidak pernah menepati keperluan dankehendak pengguna?

Penumpang berpanas di dalam tren
KUALALUMPUR 1 Mei - Panas! Itu reaksi penulis sewaktu menaiki komuterbaru-baru ini. Namun penulis masih boleh menerima suasana tidak selesaitu memandangkan penumpang ramai pada waktu puncak (pukul 5 petang)sehingga menenggelamkan kesejukan pendingin hawa.

Image
Bekas polistirena punca barah?
ISUpencemaran alam sekitar seharusnya tidak boleh dipandang remeh olehgenerasi pada hari ini kerana bumi yang didiami kita pada hari inisemakin tenat dengan longgokan sisa-sisa domestik, sampah sarap danpelepasan gas hijau ke udara.

Orang ramai tidak kisah tambah kos asal selamat
KUALALUMPUR 1 Mei - Generasi muda berharap kerajaan dapat melakukan sesuatubagi mengurangkan penggunaan polistirena di negara ini kerana ia bukansahaja mencemarkan alam sekitar tetapi juga kesan kepada kesihatan.







Kesedaran menabung rakyat Malaysia masih rendah
BARU-BARUini saya terbaca laporan akhbar tempatan memaparkan berita mengenaitabiat menabung rakyat Malaysia. Laporan itu dikeluarkan oleh Citi'sFinancial Quotient (Fin-Q), Citibank Berhad untuk 2008.

Minda Pengarang: Pekerja tempatan mesti diutamakan zaman kegawatan
LAPORANiklim ekonomi semakin pulih di luar negara dan kadar pemberhentianpekerja di dalam negara menurun mewarnai sambutan Hari Pekerja,semalam. Ketika semua pekerja, terutama di sektor swasta semakinbimbang dengan masa depan masing-masing, beberapa laporan positiftermasuk penurunan kadar pemberhentian pekerja daripada 27,000 kepada24,000 orang bagi Februari seperti diumumkan Kementerian SumberManusia, sedikit sebanyak melegakan kita.

Beza budi bahasa orang kita, Barat
PENGALAMANmenggunakan kemudahan awam di United Kingdom (UK) banyak bezanyaberbanding dengan pengalaman di tanah air sendiri. Perbezaan bukanhanya dari segi kemudahan yang disediakan tetapi juga dari segi amalanyang jelas mencerminkan mentaliti mereka.
Kembalikan perpaduan umat
Adakah 'kerajaan perpaduan' akan menjadi satu realiti apabila MursyidulAm Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan agar semua pihakmengetepikan perbezaan dan meredakan perbalahan, duduk bersama danmelahirkan sebuah kerajaan perpaduan yang dicita-citakan oleh semuapihak itu?

Pateri 'ikatan persaudaraan'
RINGKAS tapi bermakna. Itu kesimpulan lawatan dua hari Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ke Brunei Darussalam. Biar pun kunjungan keBandar Seri Begawan bukan sesuatu yang asing bagi Perdana Menteri,namun lawatan yang berakhir semalam membawa makna tersendiri.

Kerja amal Laila untuk rakyat Sarawak
JAMESRitchie menggambarkan Allahyarham Puan Sri Laila Taib pada awalpertemuan seperti 'terasing' atau kelihatan sombong, sinonim denganlabel 'orang mat saleh' yang berada di negara Dunia Ketiga pada tahun1960-an.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SEMALAM,lalu lintas di Kuala Lumpur sesak teruk. Kenderaan merangkak dijalan-jalan utama masuk dan keluar ibu negara sejak waktu pejabatsehingga malam.

Hari memperlihatkan kualiti, kecemerlangan
SABANtahun, 1 Mei disambut sebagai Hari Pekerja, dan hari tersebut menjadicuti umum kepada rakyat di negara ini. Kebiasaannya hari ini berlaludengan tiada apa-apa yang istimewa atau kegiatan yang memperlihatkankehebatan seorang pekerja melainkan ia diisi dengan bersiar-siar,membeli-belah, balik kampung atau apa-apa amalan yang lebih bersifatkekeluargaan atau kemasyarakatan.

Lawatan, majlis rasmi patut dimansuhkan
PASTIramai rakyat negara ini angkat tabik, serban, kopiah, songkok dan topidengan langkah terbaru kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razakyang menetapkan majlis-majlis yang melibatkan pemimpin perlu diadakansecara berhemah dan tidak melebihi 10.30 malam.

Polemik letak jawatan, kerajaan perpaduan
ISUpeletakan jawatan M. Manoharan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Alam Shah serta polemik kerajaan perpaduan Barisan Nasional(BN)-Pas mendapat perhatian penulis-penulis blog beberapa hari ini.






Hari Pekerja ketika gawat tuntut pengorbanan
SAMBUTANHari Pekerja yang disambut di negara ini hari ini bermula 37 tahun laluapabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail AbdulRahman, mengumumkan 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja pada1972.

Malaysia kena kikis imej pusat transit seludup pendatang
ISUMalaysia dijadikan tempat transit penyeludupan manusia bukan perkarabaru, malah Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat baru-baruini, mengaitkan pegawai kita dengan kegiatan penyeludupan manusia disempadan Malaysia-Thailand.

Modal insan mampu tingkat produktiviti
DALAMkeadaan ekonomi dunia yang sedang parah dilanda krisis kewangan,penularan wabak selesema babi yang semakin membimbangkan danketidaktentuan iklim global dengan pelbagai tragedi, maka semua pihak,termasuk golongan pekerja pelbagai sektor perlu bersifat lebih terbukadan rasional bagi memberi ruang kepada kerajaan dan agensi swastamerangka dan melaksanakan pelan pemulihan secepat mungkin
Oleh Amirullah Andi Nur dan Nahar Tajri

KUALA LUMPUR: Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, 27, cedera tangan kiri selepas ditetak dua lelaki bersenjata tajam yang dipercayai cuba merompaknya di hadapan rumahnya di Cheras, di sini, malam kelmarin.

Kejadian pada tengah malam itu berlaku sejurus selepas beliau turun dari kereta rakannya dan sedang melangkah masuk pintu pagar rumahnya apabila didatangi secara tiba-tiba dua lelaki dipercayai bersembunyi tidak jauh dari situ.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang mengesahkan kejadian itu, berkata Dr Faiz cedera ketika cuba mempertahankan diri daripada serangan seorang daripada lelaki terbabit.

Katanya, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Gleneagles di Jalan Ampang, di sini oleh keluarganya.

“Dr Faiz menerima rawatan lanjut di pusat perubatan itu bagi merawat kecederaannya. Sehingga malam ini (malam tadi), keadaannya dilaporkan stabil dan dia diminta berehat,” katanya ketika dihubungi.

Berita Harian difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit berhenti menyerang Dr Faiz selepas menyedari kejadian itu disedari keluarganya yang mendengar bunyi bising di luar rumah mereka. Kedua-dua lelaki itu melarikan diri tanpa mengambil sebarang barang berharga daripada mangsa.

Dr Faiz baru-baru ini diiktiraf sebagai Angkasawan Negara, bersama-sama dengan pakar bedah dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Dalam pada itu, usaha menghubungi Dr Faiz melalui telefon bimbitnya malam tadi bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian itu gagal.

Sebaliknya, ibunya, Mazenah Mohamad, 53, yang menyambut panggilan itu selepas beberapa kali dihubungi Berita Harian memaklumkan anak lelakinya sedang berehat dan tidak mahu diganggu.

“Tunggulah esok (hari ini), kita akan maklumkan perkembangan beliau,” katanya tanpa memberi ulasan lanjut.

perompak

Oleh Tan Ming Wai


Faiz Khaleed.

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed cedera diserang dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba merompaknya di hadapan rumahnya di Taman Mawar, Cheras di sini awal pagi ini.

Ibunya, Maznah Mohamad berkata, dalam insiden pada kira-kira pukul 2 pagi itu, anaknya cedera di tangan kiri ketika cuba menepis serangan tersebut.

Katanya, sebelum kejadian itu anaknya keluar untuk makan lewat malam bersama dua rakan pada kira-kira pukul 11 malam dengan menaiki kereta rakannya.

Katanya, mereka balik ke rumah pada kira-kira pukul 2 pagi dan sebaik sampai di hadapan rumah, Dr. Faiz yang memandu kereta itu keluar dari kenderaan tersebut.

“Pada masa itu dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dan bersenjatakan parang menghampiri Dr. Faiz dan terus menolaknya sehingga terjatuh.

“Melihat Faiz terjatuh, lelaki itu terus mengugut rakan Faiz yang berada di dalam kereta dan meragut rantainya sebelum Faiz bangun untuk melawan.

“Pada masa itulah lelaki itu cuba menetak Faiz dan Faiz cuba menahan serangan itu menyebabkan tangan kirinya tercedera,’’ katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang di sini malam ini.

Maznah berkata, tindakan Dr. Faiz membuka pintu pagar automatik rumah telah mengejutkan dua lelaki itu menyebabkan mereka terus melarikan diri.

Katanya, rakan Dr. Faiz tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka telah menghantar Dr. Faiz ke hospital sejurus selepas kejadian.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu.

Difahamkan, beberapa pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang telah mengambil keterangan daripada Dr. Faiz kira-kira pukul 11 malam ini.

Oleh Zaharuddin Mohd. Ali dan Marhaini Kamaruddin

SINGAPURA 21 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Proton Holdings Berhad (Proton) yang mula menunjukkan perubahan positif diberi peluang untuk meneruskan program pemulihannya sendiri.

Menurut beliau, berikutan perkembangan yang baik dalam syarikat kereta nasional itu, kerajaan berpendapat Proton harus dibiarkan meneruskan usaha tersebut.

‘‘Proton kini telah pulih dan saya yakin ia berada di landasan yang betul untuk benar-benar pulih,” kata beliau.

Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Ketiga sebagai acara sampingan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 yang diadakan di sini hari ini.

Semalam, Khazanah Nasional Bhd. mengumumkan tidak akan meneruskan sebarang rundingan dengan Volkswagen AG (Volkswagen) dari Jerman dan General Motors Corporation (GM) dari Amerika Syarikat berhubung pakatan strategik dengan Proton.

Menurut Khazanah, keputusan itu dibuat selepas kerajaan membenarkan Proton beroperasi secara bersendirian berikutan perkembangan positif dalam syarikat kereta nasional itu dari segi jualan domestik dan eksport.

Perdana Menteri berkata, keputusan yang dibuat oleh Khazanah untuk menamatkan perbincangan dengan Volkswagen dan GM dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Proton tidak bercadang mengadakan sebarang perbincangan untuk mewujudkan pakatan strategik dengan mana-mana pihak pada masa ini,’’ jelasnya.

Pada masa yang sama, menurut beliau, tidak timbul soal kerajaan akan menyelamatkan syarikat automotif itu jika ia berdepan dengan masalah kewangan pada masa akan datang.

Menurut Abdullah, dengan pencapaian Proton yang semakin baik, kerajaan mahu memberi peluang kepada syarikat itu meneruskan program pemulihannya kerana kedudukan Proton pada masa ini tidak sama seperti beberapa tahun lalu.

‘‘Kita mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak sebelum ini kerana berpendapat Proton harus mempunyai rakan pakatan strategik untuk membantu syarikat itu.

‘‘Bagaimanapun, pihak pengurusan Proton telah berjaya menunjukkan keupayaan mereka untuk memulihkan syarikat berkenaan dan mereka harus diberi peluang,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, pihak pengurusan Proton telah memaklumkan kepada kerajaan mengenai program pemulihan yang sedang dijalankan termasuk keupayaan syarikat tersebut untuk mengeksport kereta keluaran Malaysia itu ke luar negara.

Proton juga, kata Abdullah, akan mengeluarkan model terbaru tidak lama lagi.

Dengan kesemua program pemulihan yang dijalankan itu, katanya, kerajaan mahu melihat Proton kembali pulih.

Ditanya sama ada kerajaan menetapkan sebarang tempoh masa untuk Proton kembali pulih, Abdullah yang juga Menteri Kewangan menegaskan, proses pemulihan itu telah pun bermula.

Menjawab satu soalan lain, kata Perdana Menteri, ada kemungkinan Proton akan mempunyai rakan pakatan strategik pada masa depan tetapi buat masa ini pihak pengurusan syarikat itu perlu diberi peluang membuktikan keupayaan mereka.

Khazanah, syarikat pelaburan kerajaan, memegang kepentingan majoriti dalam syarikat pengeluar kereta nasional itu.

Khazanah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur berkata, kerajaan berpendapat pengurusan Proton perlu dibenarkan untuk meneruskan rancangannya bagi mengukuhkan syarikat kereta tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu taklimat di Putrajaya semalam berkata, keputusan berkenaan diambil memandangkan pelan pemulihan syarikat automotif kebangsaan sudah mula membuahkan hasil yang menggalakkan.

‘‘Tanggapan awal bahawa Proton memerlukan rakan strategik asing untuk terus kekal relevan dalam industri automotif tidak boleh diguna pakai buat masa ini kerana keadaan Proton sudah berubah sekarang,” katanya.

Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 mula mengeksport 30,000 unit model Gen.2 ke China mulai bulan ini dan merancang untuk mengeluarkan 80,000 unit Gen.2 di kilangnya di China menjelang 2012 dalam urus niaga bernilai RM4 bilion.

Proton juga berusaha mengeluarkan dua model baru bagi pasaran China melalui kerjasama dengan anak syarikat kereta ‘sport’ Britishnya, Lotus.

Di Indonesia, Proton kini menetapkan sasaran untuk menguasai agihan pasaran automobil tempatan kepada 40 hingga 50 peratus daripada 31 peratus sekarang ini melalui pengenalan model baru.

Satu model bagi menggantikan Saga dijangka dilancarkan pada Januari 2008, manakala kenderaan pelbagai guna (MPV) juga sedang diusahakan bagi pelancaran pada Januari 2009.

Proton turut diminta menggunakan lebih banyak kepakaran teknologi pengeluaran kenderaan di Lotus mulai sekarang.

Proton mengalami kerugian RM591 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007 dan dijangka mencatat kerugian kecil dalam tahun kewangan semasa.

– Utusan

Daripada Mutazar Abdul Ghani dan Johan Affendi di Singapura


RAKAN SEJAWAT: Abdullah bersama Perdana Menteri Thailand, Surayud Chulanont pada Sidang Kemuncak Asean ke-13 di Singapura, semalam.

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Proton Holdings Bhd melaksanakan pelan pemulihan seperti dilakukan Penerbangan Malaysia (MAS) berikutan keputusan pemegang saham terbesarnya, Khazanah Nasional Bhd, menamatkan rundingan bagi mengadakan pakatan strategik dengan General Motors Corporations (GM) dan Volkswagen AG.

Perdana Menteri berkata, Proton seharusnya diberi peluang melaksanakan pelan pemulihan dan pada masa ini pengurusannya juga sudah menunjukkan keupayaan untuk memulihkan syarikat itu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tidak timbul soal menyelamatkan Proton kerana kedudukan pengeluar kereta nasional itu kini dalam keadaan baik.


"Apa yang saya tahu, Proton memperoleh janji niaga untuk mengeksport keretanya ke India, China, Asia Barat dan Indonesia.

"Proton juga akan mengeluarkan model baru... saya fikir inilah pemulihan yang dicapai Proton pada masa ini dan kami telah meminta Proton melaksanakan pelan pemulihan seperti yang dilakukan MAS.

"Inilah sesuatu yang kita perlu tahu, orang ramai dan pelabur mesti tahu apa yang mereka (Proton) cuba lakukan," katanya pada sidang media pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-13 di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Khazanah Nasional menghentikan rundingan dengan General Motors dan Volkswagen AG berhubung cadangan mengadakan pakatan strategik dengan Proton.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Khazanah yang memegang 43 peratus

kepentingan dalam Proton menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa perkembangan positif yang berlaku dalam syarikat itu sejak kebelakangan ini, terutama pemulihan jualan di pasaran domestik dan eksport.

Abdullah berkata, mengikut apa yang dipersetujui oleh Khazanah, buat masa ini tidak ada lagi perbincangan dengan pihak terbabit.

"Ya, tiada lagi perundingan. Ini dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kita mahu beri peluang kepada Proton untuk laksanakan pemulihan.

"Pengurusan Proton telah menunjukkan keupayaan untuk pemulihan dan situasi Proton pada masa sekarang tidak sama dengan keadaannya ketika memulakan rundingan dengan syarikat terbabit dua atau tiga tahun lalu," katanya.

Mengenai sebarang tempoh yang ditetapkan bagi pemulihan Proton, Perdana Menteri berkata, Proton sudah memulakan usaha pemulihan dan mereka mempunyai program yang baik.

Ditanya kemungkinan Proton mencari rakan kongsi strategik tempatan berikutan penamatan rundingan dengan GM dan Volkswagen AG, beliau berkata: "Kita tidak berbincang untuk mempunyai sebarang rakan kongsi pada masa ini dan kini perhatian sepenuhnya diberi untuk menjadikan pemulihan (Proton) benar-benar berjaya."

Bagaimanapun, katanya, Proton mungkin berada dalam kedudukan baik pada masa depan untuk mempunyai rakan strategik.

"Sebelum ini, ketika menimbang untuk mencari rakan strategik, ia (Proton) berada dalam kedudukan yang tidak baik, tapi sekarang pengurusan telah membuktikan mereka sedang dalam pemulihan. Saya percaya pemulihan ini adalah pemulihan yang berjaya," katanya.

Mengulas perkembangan terkini penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes video V K Lingam, Abdullah berkata, satu lagi perbincangan mengenai perkara itu akan diadakan minggu depan.

"Saya diberitahu tadi, mereka (Kabinet) telah bincang dan buat keputusan bahawa perkara ini akan dibincang sekali lagi minggu depan apabila saya balik dari lawatan ke luar negara," katanya.