China terajui kebangkitan

China terajui kebangkitan

Oleh AZNAN BAKAR

DALAM temu bual ringkas dengan CNN baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Asia akan mengambilalih sebagai kuasa ekonomi daripada Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada ekonomi Asia yang pulih lebih pantas berbandung rantau lain ekoran krisis ekonomi global.

Ketika Eropah dan AS bergelut untuk pulih daripada krisis yang berpunca daripada kegagalan pengurusan kewangan mereka, negara-negara Asia kini mula menikmati pemulihan yang agak konsisten.

Mungkin kegawatan ekonomi pada tahun 1997 telah memberi pengajaran berguna kepada rantau ini yang membolehkan mereka mengambil langkah-langkah perlu mengatasi krisis yang berpunca daripada keruntuhan sektor kewangan AS dan Eropah.

Menerajui kebangkitan ini sudah tentulah China. Pakar-pakar ekonomi antarabangsa meramalkan keluaran dalam negara kasarnya (GDP) dijangka tumbuh 9.4 peratus tahun ini.

Ramalan itu jauh lebih tinggi daripada unjuran kerajaan China sendiri iaitu hanya 8.3 peratus.

Berdasarkan kepada momentum sekarang ekonomi negara Komunis itu diramalkan tumbuh 11.9 peratus pada tahun depan.

Dalam keadaan negara-negara kuasa ekonomi lain masih lagi bergelumang dengan pelbagai langkah dan dasar baru, kemampuan China mencatatkan pertumbuhan dua digit pada tahun depan bakal meletakkannya sebagai kuasa ekonomi baru.

0 comments: