SEHARI SEBUAH BUKU

SEHARI SEBUAH BUKU

BUKU seumpama ini barangkali merupakan yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia, malah mungkin juga di dunia. Kandungannya membincangkan mengenai teknologi maklumat dan Internet berkaitan lawan web dan buku berbahasa Arab.

Di susun dalam 20 bab, kandungan buku ini memuatkan pautan kepada laman web akhbar berbahasa Arab. Ia termasuk akhbar yang diterbitkan di negara seperti Algeria, Yaman, Palestin, Libya, Arab Saudi dan banyak lagi.

Selain dimuatkan paparan sebenar akhbar-akhbar tersebut, buku ini juga disertakan penerangan yang ringkas bertujuan memudahkan pembaca ketika melayari akhbar itu secara atas talian (online).

MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

Judul: Pencarian Laman Web Akhbar & Majalah Arab Dan Islam
Penulis: Dr. Abdul Rauf Hassan
Penerbit: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-5065-53-8

0 comments: