BISIK-BISIK

BISIK-BISIK

SELAKU anak Melayu, Awang amat tersentuh hati apabila Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kelmarin bercakap mengenai perpaduan umat Islam di negara ini.

Sambil mengaitkannya dengan keadaan politik semasa yang menyaksikan perpecahan umat Islam berlaku, beliau berpendapat ia tidak harus terjadi kerana ajaran Islam menyarankan supaya semua penganutnya bersatu padu.

Semalam pula akhbar Awang sekali lagi melaporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat. Beliau menegaskan akan tetap mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berceramah atau menyampaikan kuliah.

Awang percaya para pembaca dapat menilai sekali lagi realiti Tok Guru Nik Aziz apabila berhujah tentang Islam, yang juga diwakili oleh banyak orang lain sebenarnya.

Pada masa yang sama, Awang percaya ramai yang tertarik dengan pandangan dan nasihat Mufti Perak itu, yang juga bercakap tentang Islam dan perpaduan umatnya seperti mana Rukun Islam yang berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.

Awang tetap menghargai Tok Guru Nik Aziz tetapi pada masa yang sama Awang amat menyayangi Islam.

Awang – Hidup Melayu!

0 comments: