Usaha penjajah rendahkan undang-undang Islam

Usaha penjajah rendahkan undang-undang Islam

Ada sebahagian pembaca memberikan respon tidak menyukai saya membuat analisis seperti mana dua minggu lalu. Mereka hanya mahukan kisah sebenar yang berlaku di sekitar Natrah. Sebaliknya sebahagian yang lain yang menghantar e-mel dan melayari blog saya menyukai analisis.

Bagi saya secara peribadi, oleh kerana terlalu lama berada dalam isu Natrah, dan seringkali melayani nostalgia Natrah, saya fikir kali ini biarlah saya tampil dengan membuat analisis. Analisis penting bagi saya kerana itu adalah hasil pemikiran dan tanggapan terhadap sejarah lalu untuk kebaikan sejarah akan datang, agar sejarah pahit tidak berulang dek kebodohan kita sendiri.

Bagaimanapun demi kebahagiaan pihak yang inginkan kisah sebenarnya, saya persembahkan mengikut kronologi. Kepada pembaca yang inginkan analisis, bersabarlah kerana saya akan bersama anda apabila selesai kisah sebenarnya di perihalkan.

Perbicaraan Pertama Natrah

Natrah bersama dengan Che Aminah terpaksa ke Singapura dari kemaman Terengganu atas tuntutan saman yang dikemukakan Jacob Van Der Gaag, yang menjadi pemangku konsulat Belanda di tanah jajahan. Van der Gaag memohon Mahkamah Tinggi Singapura mengeluarkan perintah di bawah Ordinan Kanak-Kanak mengarahkan supaya Che Aminah menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda.

0 comments: