BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG sangat bersetuju apabila kerajaan membuat keputusan mengehadkan calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mengambil maksimum 10 subjek sahaja selain memperkemaskan sistem pengredannya.

Kesan langsung yang sudah pasti daripada langkah mengehadkan jumlah subjek yang diambil itu ialah pelajar mahupun guru dapat memberi tumpuan lebih khusus kepada mata pelajaran yang terlibat.

Ia dilihat lebih praktikal ketika kita berdepan dengan kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran serta masalah keseimbangan guru mengikut kawasan bandar dan luar bandar selain soal taburan guru berdasarkan subjek.

Dalam skala lebih besar, langkah tersebut akan turut membantu melekaskan usaha merapatkan pencapaian jurang di luar bandar dengan pelajar di bandar.

Sejarah pendidikan negara telahpun membuktikan tahap keupayaan dan pencapaian pelajar sudah boleh diukur sekalipun mereka mengambil sekitar 10 subjek sahaja di semua peringkat pengajian dan peperiksaan.

Lagipun, pencapaian akademik pelajar perlu digandingkan dengan penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum dan seumpamanya dalam melihat kehebatan sebenar pelajar kita untuk berdepan dengan realiti kehidupan.


Awang – Sentiasa belajar.

0 comments: