ISU-ISU AKHBAR CINA

ISU-ISU AKHBAR CINA

AKHBAR: Sinchew Jitpoh
Perkara: Isu perkauman
Ruangan: Dalam negeri (ms 12)
Tarikh: 17 Ogos, 2009 (Isnin)
Tajuk: Orang Melayu anggap surat khabar Cina timbul isu perkauman

TIMBALAN Presiden Gerakan, Datuk Chan Ko Youn berkata, ketika orang Cina beranggapan surat khabar Utusan Malaysia memainkan sentimen perkauman dan isu sensitif keagamaan, orang Melayu pula berpendapat surat khabar Cina turut memainkan isu yang sama. Contohnya isu kematian Teoh Beng Hock dan isu kesultanan Perak.

Beliau berkata, pada zaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, kebanyakan berita di surat khabar dikawal. Tiba zaman Tun Abdullah, banyak kelonggaran diberi kepada pihak media. Apabila ada orang kritik surat khabar Melayu, ada pula orang mengatakan ia kebebasan bersuara.

Beliau yang mewakili Tan Sri Koh Tsu Koon pada mesyuarat Gerakan di Negeri Sembilan berkata, tidak kira surat khabar apa pun, isu agama dan perkauman tidak sepatutnya mempersendakan.

Jika ada yang mengeluarkan kata-kata fanatik, ia tidak semestinya mewakili parti dan kerajaan

Beliau berkata, ada sesetengah orang kerana kepentingan peribadi, telah bersikap fanatik tetapi itu semua tidak mewakili sesuatu parti dan kerajaan.

Begitu juga kata-kata yang dikeluarkan oleh ahli UMNO, tidak mewakil pandangan Datuk Seri Najib. Sebab itu pihak akhbar sepatutnya berfikir isu yang dikeluarkan adakah ia mempunyai nilai-nilai berita atau boleh memudaratkan.

Katanya, dahulu akhbar Cina jarang keluarkan berita tentang parti pembangkang tetapi sekarang ini laporan pihak pembangkang lebih banyak yang dilaporkan daripada berita Barisan Nasional.

Ko Youn menegaskan, ahli politik tidak sepatutnya menggunakan isu perkauman dan agama sebagai pentas untuk mencapai matlamat peribadi. Dan tidak sepatutnya menggunakan isu itu untuk menaikkan semangat orang ramai untuk hancurkan pihak lawan, jika ia berlaku maka pihak lawan juga akan gunakan taktik yang sama.

Terjemahan AH CHUA

Akhbar: China Press

Ruangan: Dalam Negeri (ms. A3)

Tarikh: 18 Ogos 2009 (Selasa)

Tajuk: Erti perpaduan

Nota: Tulisan ini bukan pandangan China Press

OLEH kerana bulan ini adalah bulan kemerdekaan, maka slogan “Satu Malaysia” dihebahkan di dalam berita, iklan, televisyen, surat khabar. Tanda “1” pasti berada di mana-mana sahaja.

Perdana Menteri menyeru dan peniaga-peniaga menerima, bekerjasama di antara satu sama lain, khuatir rakyat tidak nampak apa yang diuar-uarkan.

Dalam bulan kemerdekaan ini satu kajian tentang perpaduan rakyat telah dilakukan. Sememangnya sepadan dengan tema kemerdekaan, tetapi hasil kajian tidak semesti serupa dengan andaian Kementerian Dalam Negeri.

Kajian yang tamat pada 13 Ogos, telah menunjukkan keputusan bahawa 74 peratus tidak bersetuju Malaysia merupakan contoh negara berbilang kaum; 79 peratus pula bersetuju perpaduan negara ini boleh dimusnahkan dengan mudah.

Sementara itu, 40 peratus kurang pasti hari apa yang dapat membayangkan perpaduan negara kita. Hanya 31 peratus yang berpendapat bahawa Hari Kemerdekaan adalah hari perpaduan rakyat.

Tetapi, sesetengah perkara tidak perlu dilakukan melalui kajian untuk mengetahui keinginan rakyat. Hanya dengan membaca akhbar sahaja sudah boleh diketahui kehendak mereka.

Jikalau inginkan semua orang bersatu hati, laras senjata haruslah menghala ke luar. Tetapi melihat setiap parti politik dan persatuan, pertelingkahan dan rebutan kuasa sesama sendiri sudah menjadi kebiasaan.

Sejak zaman dahulu, apabila sesuatu kemalangan berlaku atau ketibaan musuh, barulah hendak bersatu.

Adakah kita tidak mempunyai musuh dari luar? Sebab itulah semuanya tidak bersatu (ketika ini)?

Musuh memang ada, tetapi cuma kita sahaja yang tidak pandang ke luar dan asyik bertelingkah sesama sendiri.

Kita tidak perlu membincangkan hal yang terlalu jauh, cuba kita lihat negara serantau yang sedang membangun. Tidak usahlah kita membuat perbandingan dengan Singapura, begitu juga dengan China, Vietnam telah lama berikhtiar untuk memajukan negara. Begitu juga Kemboja pun sudah maju ke depan.

Negara-negara ini bersaing menarik pelabur asing, cuma dikhuatiri ahli politik tidak mengambil berat tentang hal-hal yang sedemikian.

Jika ingin berbincang tentang perpaduan rakyat, seharusnya dibuang semua soal perkauman yang menjadi alat yang paling hina dalam arena politik.

Selama 52 tahun negara kita telah merdeka, kita memang berharap seperti huruf “1” juga, hendak menjadi yang “pertama”. Kami pun inginkan perpaduan di antara rakyat, kami juga berharap ahli politik pun begitu juga!

Terjemahan CHAI LI LING

Akhbar: China Press

Perkara: Ahli Parlimen DAP

Ruangan: Dalam negeri (ms C14)

Tarikh: 18/08/09 (Selasa)

Tajuk: Neo Kho Meng mahu Chong King Seng umumkan pemimpin yang terima wang

DERMA wang politik sebanyak RM10 juta kepada Presiden MCA, Ong Tee Kiat. Menurut apa yang didakwa oleh Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tiong King Sing, bukan Ong Tee Kiat seorang yang ambil wang, ramai pemimpin negara ini ambil duit daripadanya. Dia kata jangan ugut dia lagi, jika tidak akan dedahkan semuanya.

Berkaitan perkara ini, bagi perjuangan untuk mencapai kerajaan yang cekap dan bersih, diharap King Sing bertanggung jawab untuk mendedahkannya kepada orang ramai.

Sebagai semangat BN, bantu MCA melaksanakan piagam peraturan parti iaitu “menjadi kerajaan bersih dan menjadi manusia yang jujur”.

Beliau juga sarankan pemimpin UMNO jangan cuba menutup perkara yang sebenar, supaya King Sing dapat umumkan kepada semua.

Terjemahan AH CHUA

0 comments: