BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

PERSEMBAHAN Jamal Abdillah bertaraf dunia, tegas seorang rakan selepas menyaksikan Konsert Jamal... Kembara Seniman di Istana Budaya beberapa malam lepas. Pernyataan beliau itu bukan dibuat-buat. Malah beliau mempelawa rakan-rakannya pergi menyaksikannya.

Malam tadi, setelah lima hari berlangsung, ia berakhir dengan satu kepuasan yang sukar dilupakan oleh para peminatnya.

Namun di sebalik kehebatan Jamal, kita harus mengangkat topi dan memberi penghormatan tertinggi kepada Istana Budaya (IB) dan ketua pengarahnya, Mohammed Juhari Shaarani. IB telah berjaya menepati misinya dengan membawa konsert teaterikal itu ke taraf antarabangsa.

IB yang disenaraikan sebagai antara 10 panggung tercanggih di dunia – sama taraf dengan Royal Albert Hall di London juga mempamerkan ia begitu fleksibel sebagai sebuah gedung teater yang elit.

Walaupun Jamal gagal mendapat sebarang penajaan, IB masih mahu menerimanya. IB berjaya melepasi objektifnya bagi mengangkat karyawan seperti Jamal ke seni pentas berkualiti tinggi, melebihi asas komersial.

Akhir kata, Utusan Malaysia sebagai media rasmi konsert itu mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat.

(Nota kaki: Walaupun tanpa tajaan, 70% tiket habis dijual pada malam pertama dan kedua dan tiga malam terakhir sold-out!)

Awang – Terima kasih.

0 comments: