Globalisasi virus H1N1

Globalisasi virus H1N1

Oleh Zin Mahmud

DI radio dan televisyen, penyakit H1N1 dalam bahasa Melayu disebut H one N one. Mengapa tidak H satu N satu? Dikatakan ada peraturan bahawa angka perlu disebut dalam bahasa Inggeris ketika digandingkan dengan sesuatu huruf bagi merujuk pada istilah.

Umpamanya istilah negara-negara G8. Jadi G8 itu di sebut G eight, tidak pula G lapan. Mengapa menggunakan bahasa Inggeris? Peraturan mana yang menyuruh pengguna bahasa Melayu menyebut angka dalam bahasa Inggeris bila merujuk pada sesuatu istilah antarabangsa yang ada berangka.

Sedangkan pendengar dan penonton radio dan televisyen di Malaysia adalah dari kalangan rakyat negara ini. Bukannya untuk memahamkan orang luar. Maka seharusnya H1N1 disebut H satu, N satu, dan bukannya H one N one.

Cuba dengar berita bahasa Cina di televisyen. Mereka menyebut H1N1 sebagai H e N e. E itu maksudnya satu. Tidak pula disebut H one N one ketika membaca berita bahasa Cina.

Wabak seperti H1N1 ini sememangnya sudah lama dijangka sejak manusia mengenal apa itu virus. Bidang virologi sudah berkembang besar dan pengalaman manusia mengenai perkara ini agak jelas. Lebih-lebih lagi sudah ada pemahaman mengenai mutasi serta evolusi para virus itu.

0 comments: