AS tewas dengan obesiti

AS tewas dengan obesiti

Walaupun ia sesuatu yang membimbangkan, rakyat Amerika mengambil sikap acuh tak acuh terhadap epidemik obesiti.


PEMILIHAN makanan juga penting untuk menangani obesiti.


TAHUN lalu Amerika Syarikat (AS) tewas dalam perjuangan membanteras berat badan berlebihan dalam kalangan penduduknya apabila tahap obesiti negara itu meningkat hampir 50 peratus.

Tetapi ia tidak menunjukkan sebarang penurunan seperti yang dilampirkan dalam laporan tahunan kesihatannya, baru-baru ini.

Walaupun ia sesuatu yang membimbangkan kerana dua pertiga daripada rakyat Amerika mengalami obesiti, mereka tetap mengambil sikap acuh tak acuh terhadap epidemik tersebut.

Ini kerana mereka percaya dengan kata-kata pakar bahawa obesiti masih boleh diatasi.

Seseorang itu dikategorikan sebagai obes apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) mereka melebihi daripada perkiraan yang ditetapkan. Perkiraan BMI adalah dengan membahagikan berat seseorang dalam unit kilogram dengan ketinggian dalam meter.

Dari sudut kesihatan, mereka yang obes terdedah kepada penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan strok. Khabarnya, obesiti antara tekanan dan bebanan besar kepada sistem kesihatan di negara tersebut.

Menurut laporan itu lagi, obesiti dijangka menyebabkan perbelanjaan meningkat sebanyak satu dolar dalam setiap enam dolar untuk penjagaan kesihatan menjelang tahun 2030.

Rekod obesiti

Penulis bersama F as in Fat dari Yayasan Robert Wood Johnson, James Marks berkata, obesiti adalah ramuan kritikal yang perlu penyamarataan jika mahu AS mengurangkan perbelanjaan penjagaan kesihatan.

Laporan itu juga menyebut, dalam 31 negeri, lebih daripada suku golongan dewasa di AS obes.

Hanya di Colorado menunjukkan peratusannya kurang daripada 20 peratus, namun jumlah keseluruhannya pada tahun lalu tetap meningkat.

Selatan Mississippi memegang rekod sebagai kawasan yang mempunyai paling banyak kes obesiti iaitu sebanyak 32 peratus golongan dewasa dan 44 peratus bagi kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, remaja yang berusia di antara 10 hingga 17 tahun pula sedang sengsara melawan masalah kegemukan melampau itu.

Mississippi yang merupakan kawasan termiskin daripada 50 negeri di AS juga dikatakan mempunyai pertalian yang kuat antara kemiskinan dan obesiti. Golongan berpendapatan rendah di AS menganggap restoran makanan segera adalah kedai serbaneka mereka.

Kedai-kedai itu tidak menjual barang-barang segar dan makanan sihat, namun ia adalah perkara biasa di kawasan itu berbanding kawasan elit.


OBESITI ancaman terbesar Amerika Syarikat (AS).


Kemiskinan

Keluarga miskin di AS tidak mampu membeli makanan yang berkhasiat. Secara amnya, ia lebih mahal berbanding makanan di kedai serbaneka dan kawasan itu turut mempunyai kadar jenayah yang tinggi.

Satu kawasan yang tidak selamat bermakna kanak-kanak kurang bermain atau melalui kawasan tersebut.

Laporan menunjukkan, peratusan kanak-kanak yang obes berumur di antara 10 tahun hingga 17 tahun dan ia melebihi 30 peratus untuk 30 buah negeri.

"Pada tahun 1970-an dan 80-an, apabila piawaian dilakukan, lima peratus kanak-kanak adalah obes.

"Kini, ia menjangkau 15 peratus. Apabila anda menggabungkan kanak-kanak yang obes dan memiliki berat badan berlebihan, tiga orang kanak-kanak akan tergolong dalam kumpulan ini," kata Marks.

Pendek umur

Kanak-kanak obes berisiko mendapat penyakit jantung, tinggi kolesterol dan kencing manis jenis 2.

Jika tiada kawalan, apabila dewasa mereka juga akan menjadi obes dan menghidap penyakit-penyakit berbahaya.

Ada fakta mengatakan, jangka hayat kanak-kanak AS lebih pendek dan menjalani tahap kesihatan yang jauh lebih rendah daripada ibu bapa mereka.

"Kanak-kanak AS hari ini adalah jauh lebih berat apabila mereka dewasa kelak jika dibandingkan dengan orang dewasa," katanya.

Tambahnya, terdapat tanda-tanda yang AS boleh memenangi pertempuran obesiti.


OBESITI boleh ditangani dengan kesedaran gaya hidup bukan bergantung kepada perubatan semata-mata.


Marks memberitahu, rakyat Amerika mula memahami penyelesaian bagi masalah obes bukan daripada dunia perubatan tetapi perubahan gaya hidup mereka sendiri.

"Penyelesaiannya adalah penyediaan makanan untuk kanak-kanak di sekolah, sama ada mereka membenarkan kanak-kanak untuk cergas ataupun tidak.

"Selain itu, kanak-kanak juga harus mengambil makanan yang berkhasiat, bermain atau bersenam di kawasan yang selamat dan menarik atau kurang menghabiskan masa menonton televisyen tetapi lebih kerap melakukan aktiviti luar," katanya.

Jika penyelesaian di luar bidang perubatan dilakukan, kanak-kanak AS dapat menangani masalah obesiti.

"Anda dilahirkan dengan gen yang menjadikan anda menjadi tinggi atau rendah, tetapi ia tiada kena mengena dengan wabak ini.

"Obesiti memang wujud dalam persekitaran, polisi dan amalan-amalan kita," katanya yang percaya AS dapat menangani obesiti menjelang tahun 2015.- AFP

0 comments: