Pendekatan agama tangani mat rempit

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
pengarang@utusan.com.my


MEMBACA tentang gejala mat rempit yang semakin berleluasa di negara kita bukanlah sesuatu untuk dibanggakan.

Adalah 'rahsia terbuka' bahawa majoriti remaja yang terlibat dalam kegiatan ini adalah Melayu dan beragama Islam. Inilah yang mencemaskan kita.

Rasulullah SAW bersabda yang antara lain bermaksud, Apabila melihat kemungkaran, hendaklah kamu tegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu tegah dengan lidahnya dan jika tidak mampu hendaklah membenci dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim)

Oleh itu, adalah tanggungjawab umat Islam untuk sama-sama mencari penyelesaian isu ini yang jika dibiarkan ibarat barah yang semakin serius.

Golongan mat rempit dilaporkan turut terbabit dalam jenayah seperti pergaduhan, rompak, ragut dan rogol. Malah, bagi yang lebih ekstrem sanggup membunuh.

Persoalannya, sampai bila masalah ini akan berlarutan. Undang-undang sudah ada, cuma barangkali ia belum cukup menggerunkan mat-mat rempit. Justeru pendekatan keagamaan boleh diguna pakai sebagai jalan keluar masalah ini.

Tugas utama tentunya terletak kepada ibu bapa. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (muttafaqun alaih).

Para pendakwah perlu turun padang untuk sama-sama menyinsing lengan membantu menangani gejala ini.

Ketika ini, nasihat atau kuliah agama di masjid dan surau tidak lagi berkesan. Sebabnya, majoriti mat rempit ini bukan 'melepak' di kawasan tersebut.

Sebaliknya, lokasi atau port mereka adalah di kawasan seperti Dataran Merdeka di Kuala Lumpur atau Dataran Espanade di Kuantan, Pahang. Memanglah kematian itu pasti akan berlaku kepada manusia. Tetapi melibatkan diri dalam kegiatan merempit, ibarat menjemput kematian dalam keadaan yang mengerikan.

Kalau terus mati akibat kemalangan tidak mengapa. Ini tidak. Ada mangsa yang terus merana akibat kecacatan kekal seperti kudung kaki atau tangan akibat kemalangan jalan raya.

Justeru, para pendakwah termasuk pertubuhan bukan kerajaan harus berganding bahu menyusun strategi agar mampu menembusi kelompok terbabit.

Golongan ahli politik tanpa mengira ideologi yang sayangkan bangsa dan agama juga perlu turut serta dalam usaha ini. Bukan hanya pandai 'berkokok' di atas pentas retorik.

Pada masa yang sama, usaha seperti menyediakan litar lumba bagi 'menghalalkan' kegiatan remaja ini perlu diusahakan. Mana tahu, ada di kalangan mereka yang mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa persis pelumba profesional Itali, Valentino Rossi.

Masjid-masjid juga perlu 'meraikan' golongan remaja begini. Para imam dan pegawai masjid mesti mempunyai kaedah hikmah dan psikologi.

Gunakan 'jarum suntikan' secara halus untuk menarik mereka kembali ke pangkal jalan.

Jika perlu adakan siri bimbingan fardu ain khas kepada golongan ini terutama tentang kepentingan solat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kekayaanmu sebelum kemiskinanmu". (Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi).

PENULIS ialah Pengarang Agama Utusan Malaysia.
MBM patut bantu masalah anak muda

Oleh EZARUDDIN ABD. RAHMAN


SEKALI lagi Dataran Merdeka terus mendapat perhatian. Perhatian pada kali ini bukan kerana acara kebudayaan, majlis rasmi kerajaan tetapi sebaliknya operasi mencegah kegiatan lumba haram dan kesalahan lalu lintas di Dataran Merdeka. Lebih 500 mat rempit diperiksa. Ini adalah satu fenomena yang biasa dilihat di hujung minggu.

Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi kegiatan lumba haram tetapi ia terus membiak dalam masyarakat muda mudi. Kemelut isu lumba haram terus berpanjangan dan seolah-olah isu ini tiada jalan penyelesaiannya. Kegiatan lumba haram adalah bukti pergerakan belia di negara ini masih lemah dan lesu.

Peranan Majlis Belia Malaysia (MBM) seperti hilang pedoman dan tiada apa yang ingin dibanggakan kepada mencetuskan minda yang positif di kalangan belia. Program belia dirancang untuk ahli-ahlinya semata-mata dan golongan belia yang lain tidak dijemput kerana program mereka langsung tidak menarik minat para belia.

Banyak program belia yang dianjurkan seperti 'syok sendiri' yang hanya mendidik golongan yang telah sedar tetapi golongan yang kurang sedar tidak dijemput.

Kegiatan rempit telah mencetuskan kegelisahan di negara ini kerana ia dikaitkan dengan jenayah dan pergaulan bebas. Dalam kegiatan belia di negara ini, MBM dilihat tidak lagi mewakili belia dan hanya mencari aktiviti berbaur politik demi menjaga periuk nasi masing-masing.

Pemimpin belia tidak pandai berjiwa belia sebaliknya apabila mereka telah mempunyai jawatan sudah mula mewujudkan perbezaan kerana menjaga imej.

Operasi memberkas mat rempit di Dataran Merdeka bukan hanya membuktikan belia hilang pedoman tetapi membuka pekung di dada program anjuran MBM tidak lagi relevan. MBM bukan lagi simbol kemegahan kepada suara belia sebaliknya telah menjadi medan untuk menonjolkan pemimpin belia semata-mata.

Pemimpin belia tidak boleh hanya sembang di kedai Starbuck sebaliknya bercampur gaul di mana-mana sahaja tempat golongan belia berkumpul. Pendorong utama yang menjadi nafas kepada memperkasakan golongan belia adalah dengan cara sentiasa berjumpa dengan golongan belia.

Ia bukan dengan cara menganjurkan program-program seperti konvensyen di hotel mewah dan menjemput cendekiawan tersohor.

Kadangkala cendekiawan bukan memahami masalah belia sebaliknya berdasarkan kajian dan pengumpulan data dan tidak mencerminkan masalah sebenar.

Pihak MBM perlu bekerjasama dengan pihak PDRM untuk turun padang bersama mendidik golongan muda. Sikap malas turun padang dan melepaskan usaha membanteras masalah sosial kepada pihak berkuasa tidak akan membantu golongan belia.

MBM sepatutnya membuka kaunter dan mengambil biodata golongan rempit untuk menjalankan aktiviti pada masa akan datang.

Masalah belia bukan soal sambil lewa dan remeh sebaliknya merupakan masalah rakyat kerana mereka adalah generasi untuk masa depan. Siapakah akan merubah nasib golongan belia sekiranya MBM tidak mampu menjadi pertubuhan yang prihatin terhadap belia?
Cari punca asas masalah mat rempit

PELBAGAI pihak telah menyuarakan kebimbangan dan kerisauan mereka mengenai isu mat rempit, peragut, perompak dan pelbagai aktiviti jenayah yang melibatkan remaja termasuk yang terjerumus ke dalam kancah perlumbaan haram.

Boleh dikatakan saban hari terdapat berita yang melaporkan orang awam menjadi mangsa kepada golongan penjenayah termasuk mat rempit.

Terdapat beberapa individu yang telah menulis kepada media menyatakan kemarahan mereka mengenai perkara tersebut, terutamanya mereka yang pernah menjadi mangsa kepada golongan remaja yang ganas tersebut.

Sungguhpun pihak polis telah meningkatkan operasi 'berbahaya' terhadap mat rempit - dengan beberapa anggotanya mendapat cedera - tetapi badan penguat kuasa ini dilihat belum lagi dapat menghentikan atau menghapuskan kegiatan tersebut.

Kebanyakan mat rempit adalah daripada kalangan remaja yang berumur di antara 15 ke 19 tahun. Soalan yang timbul ialah apakah yang terjadi terhadap bimbingan ibu bapa kepada remaja tersebut?

Kerajaan, terutamanya pihak Kabinet perlu mengambil langkah-langkah berpatutan dan berkesan untuk menangani dan menghentikan kegiatan negatif ini.

Pada pandangan saya, kita perlu mencari punca asas kepada masalah mat rempit ini. Adakah kerana mereka berasal daripada keluarga yang bermasalah dan tidak mendapat bimbingan daripada ibu bapa?

Atau mereka tidak ada tempat yang sesuai untuk beriadah daripada tekanan atau untuk melampiaskan tenaga mereka? Sekiranya benar, pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak kemudahan sukan atau rekreasi untuk kegunaan remaja dan anak-anak muda kita.

Kita memerlukan lebih banyak padang bola, gelanggang badminton dan bola keranjang, kemudahan sukan yang termampu oleh golongan remaja. Di bandar dan pekan kita perlu ada lebih banyak kemudahan bersukan dan beriadah.

Dalam hal ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan juga semua kerajaan negeri perlu memastikan pihak berkuasa tempatan menyediakan kemudahan bersukan dan rekreasi yang mencukupi di bandar, pekan dan daerah.

Tujuannya untuk membantu membangunkan golongan remaja yang sihat tubuh badan dan mentalnya dan supaya mereka tidak menjadi mat rempit atau melakukan aktiviti yang negatif.

Kerajaan juga perlu menyemak semula semua peruntukan undang-undang yang relevan untuk memperkuatkan penguatkuasaan undang-undang dan membendung gejala mat rempit dan perlumbaan haram.

Di antara cadangan lain yang patut dipertimbangkan termasuklah mengklasifikasikan mat rempit yang melakukan kesalahan berulang sebagai 'remaja bermasalah' yang kemudiannya dihantar ke sekolah pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney, di mana mereka akan diberikan kaunseling dan latihan kemahiran.

Kepada ibu bapa yang gagal melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak yang masih di bawah jagaan mereka, mungkin terdapat alasan yang munasabah untuk mengenakan bon jaminan kepada ibu bapa tersebut terhadap perilaku anak-anak mereka.

TAN SRI LEE LAM THYE

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan

Jenayah Malaysia (MCPF)
Persengketaan kuasa di Perak, jangkitan H1N1

LAPORAN nanyang.com pada 5 Mei 2009 yang bertajuk Persengketaan Kuasa Pemerintahan Negeri Perak menyiarkan berita Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mempersembahkan surat kepada Sultan Perak untuk merayu ditangguhkan Sidang DUN yang dijadual pada 7 Mei 2009.

Pengerusi DAP Negeri Perak, Ngeh Koo Han pula mencadangkan sidang itu jangan menukar Speaker DUN dahulu tetapi tangguhkan sidang DUN ke bulan Jun dengan alasan demi meredakan ketegangan politik Perak sekarang.

Nanyang.com juga menyiarkan perjumpaan pemimpin pakatan pembangkang dengan pihak polis, dan menafikan gabungan parti itu akan mengadakan perhimpunan besar.

Berkaitan dengan perkara tersebut ChinaPress dotCom. pada 4 Mei 2009 petang menyiarkan berita bertajuk Pakatan rakyat bertemu Ketua Polis Perak nafikan rancangan perhimpunan besar.

Satu perjumpaan antara pihak polis dengan wakil-wakil dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti Pas, Parti Keadilan Rakyat dan Barisan Nasional telah diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Perak.

Lima orang pemimpin pakatan pembangkang tidak termasuk DAP hadir dalam pertemuan khas dengan Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah.

Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar yang ditemu ramah akhbar China Press menjelaskan mereka telah menerima surat daripada polis bertarikh 30 April 2009 yang meminta mereka menghadiri pertemuan khas Ketua Polis Perak dengan ADUN dan wakil parti politik.

Beliau berkata, Ketua Polis Perak dalam pertemuan itu meminta mereka memberi kerjasama dan menasihati mereka jangan mengadakan perhimpunan besar kerana Sultan Perak akan berangkat ke Bangunan Kerajaan Negeri bagi merasmikan sidang DUN.

Selain itu, pihak polis turut menawarkan perlindungan andainya ADUN daripada pakatan pembangkang berasa keselamatan mereka terancam.

Bagaimanapun, mereka semua menafikan ada rancangan mengadakan perhimpunan raksasa.

Malaysia masih tiada kes jangkitan H1N1

Pada 4 Januari 2009 di halaman muka hadapan Guang Ming Daily dengan tajuk beritanya, Malaysia masih tiada kes jangkitan H1N1 melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai menyeru rakyat jangan bimbang dan menegaskan Malaysia selamat daripada kes jangkitan H1N1 atau penyakit yang dikenali influenza jenis A.

Jika berlaku kes jangkitan yang disyaki sah, pihak kerajaan tidak akan berlengah-lengah melaporkan terus kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tiong Lai menerangkan, pada masa ini 16 negara diisytihar berlaku kes jangkitan itu dan kerajaan Malaysia telah mengambil langkah pencegahan menjauhi jangkitan penyakit itu.

Dalam berita nanyang.com tajuknya, Menteri Pertanian: hanya 19 pusat khinzir melaporkan kerajaan mula melakukan pemeriksaan pencegahan jangkitan H1N1 terhadap 775 buah pusat ternakan khinzir di seluruh negara.

Jabatan Haiwan yang diberi tanggungjawab menjalankan pemeriksaan itu telah memeriksa sebanyak 205 pusat setakat ini.

Sebanyak 19 buah pusat ternakan khinzir di kawasan sekitar negeri Selangor dan Melaka hanya dijangkiti penyakit selesema biasa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, khinzir juga sekali-sekala boleh terkena selesema, tetapi pihak kerajaan tetap mengambil tindakan mengatasinya.

Bagaimanapun khinzir yang merupakan sasaran pemeriksaan, hidungnya akan diperiksa dan darahnya juga diambil untuk diuji. Beliau menambah lagi, dalam menangani kes jangkitan H1N1 ini, pihak kerajaan menganggar kos tidak kurang RM1 juta untuk membiayai gaji petugas perubatan secara kontrak dan sewa pusat-pusat pemeriksaan swasta.

Kelolaan HAFIZAH MOHD. YUSOF
Usah sampai Bumiputera jadi mangsa liberalisasi
Oleh Mohd Ayop Abd Razid
ayob_60@yahoo.com


MASIH ramai peniaga Bumiputera yang memerlukan bimbingan dan
pemantauan daripada kerajaan supaya mereka dapat membina perniagaan
yang teguh dan berdaya saing.


Sistem ekonomi terbuka jika tidak diurus dengan baik mewujudkan jurang ekonomi, pendapatan lebih lebar

EKONOMI negara tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada sektor pembuatan berorientasikan eksport. Justeru, untuk cabaran jangka panjang, kerajaan mula melakukan transformasi ke arah pembangunan ekonomi berteraskan kreativiti dan inovasi. Di bawah model baru ekonomi ini, kerajaan akan membangunkan sektor perkhidmatan menjadi peneraju pertumbuhan dan pembentukan kekayaan baru masa depan negara. Pada masa sama, kerajaan akan terus menggalakkan sektor pembuatan bergerak ke rantaian nilai lebih tinggi.

Mengenai pemikiran kreatif dan inovatif, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora baru-baru ini menyebut: "Kita mesti berani keluar daripada kotak pemikiran konvensional. Bagi menangani krisis, kita tidak sesekali mampu bersifat dogmatik dan menolak secara awal sebarang opsyen. Semua opsyen mesti dipertimbangkan demi kepentingan negara". Justeru, syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengusaha perusahaan kecil sederhana (PKS) perlu menjadi pengeluar yang kompetitif bagi memastikan kelangsungan produk mereka kekal dalam pasaran.

Mereka harus menjadi peserta dan pemain aktif yang kreatif dan inovatif dalam pasaran tempatan dan global. Kejayaan Proton dalam mengeluarkan Exora dengan menggunakan hampir 90 peratus komponen dan alat ganti tempatan serta dihasilkan sepenuhnya rakyat tempatan baik daripada konsep, reka bentuk hingga kepada sistem kejuruteraan dan pengeluarannya harus dijadikan contoh kepada syarikat pengeluar barangan tempatan.

Satu lagi transformasi utama dilakukan kerajaan ialah melaksanakan proses liberalisasi kepada 27 subsektor perkhidmatan dan kewangan untuk tujuan meningkatkan kemasukan pelaburan asing. Tindakan kerajaan meliberalisasikan sektor terbabit memang kena pada masanya. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, negara turut berdepan persaingan dari negara serantau yang kebanyakannya sudah melaksanakan dasar liberalisasi ekonomi.

Justeru, adakah kita mahu terus berada di takuk lama atau turut serta dalam persaingan itu? Jika kita mahu terus menarik pelaburan asing langsung (FDI) dan menjadi pemain utama dalam sektor tertentu, maka kita tiada pilihan lain kecuali turut serta dalam persaingan. Negara perlu mempertingkatkan promosi perdagangan dan menarik masuk FDI.

Tindakan kerajaan meliberalisasikan sektor perkhidmatan dan sektor kewangan mampu membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana pelbagai peluang pekerjaan. Liberalisasi sektor kewangan negara dilihat mampu menjadikan sektor itu lebih berdaya saing sama ada dalam sektor kewangan konvensional mahu pun sektor perbankan Islam. Pastinya pemberian dua lesen perbankan Islam kepada pelabur asing mampu menjadikan sistem muamalah berasaskan syariah berkembang dan membudaya di negara kita.

Pembangunan sistem kewangan Islam dan sistem takaful juga akan menjadi faktor penarik kepada pelabur asing dari Asia Barat kerana mereka lebih mesra dengan sistem perbankan dan takaful Islam. Kemampuan dan prestasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal selia sistem kewangan negara memang tidak dapat diragukan. Penguasaan 70 peratus bank-bank tempatan ke atas sistem kewangan domestik membuktikan keupayaan bank pusat itu mengawasi dan mengurus sistem kewangan negara dengan cekap. Perbankan domestik memiliki modal kukuh dengan nisbah modal wajaran risiko (RWCR) pada 12.5 peratus dan purata saiz aset RM91.6 bilion.

Ini sekali gus meyakinkan kita bahawa bank tempatan mampu bersaingan dengan pelabur asing dalam sektor kewangan. Sejauh mana liberalisasi akan membawa kemakmuran kepada ekonomi negara adalah sesuatu yang perlu dipantau dari masa ke semasa. Unit Perancangan Ekonomi, BNM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri harus membina mekanisme bersama dalam memantau kesan liberalisasi terhadap sektor perkhidmatan dan kewangan terbabit. Perlu diingat, dalam skala global, liberalisasi ekonomi lebih banyak memberi keuntungan kepada kapitalis Barat melalui pelbagai perjanjian perdagangan bebas.

Bagaimanapun, pada satu pihak lagi sering dibelenggu ketidakadilan yang akhirnya menyebabkan pengagihan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi isu. Liberalisasi ekonomi yang tidak diurus dengan baik boleh melebarkan lagi jurang pendapatan antara kaya dan miskin. Ia juga boleh menyebabkan wujud segelintir ahli korporat yang kaya semakin bertambah kaya. Selain itu, isu berkaitan dengan gaji dan kebajikan pekerja tempatan juga perlu diberi perhatian supaya mereka menerima upah yang sewajarnya hasil dari keuntungan yang dinikmati majikan.

Dalam konteks negara kita, perbezaan jurang pendapatan yang ketara antara kaum boleh menjadi kekangan terhadap usaha menyatupadukan rakyat di bawah konsep '1Malaysia'. Justeru, kita berharap liberalisasi ekonomi yang kini dijadikan polisi negara jangan sampai menyebabkan 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Masih ramai usahawan Bumiputera yang tidak mampu bersaing berasaskan meteriokrasi. Walaupun hari ini semangat kita meluap-luap dengan konsep '1Malaysia', jangan kita lupa hak Bumiputera berasaskan Perlembagaan dan akar umbi sejarah bangsa Melayu itu sendiri.

Apa pun kita yakin kerajaan mempunyai kebijaksanaan dalam hal ini. Kerajaan mempunyai cara tersendiri dalam melaksanakan dasar liberalisasi. Walaupun kerajaan mensasarkan peningkatan sumbangan sektor perkhidmatan sehingga 70 peratus kepada pelabur asing, namun segmen yang mempunyai kepentingan negara seperti lapangan terbang dan pelabuhan akan terus dilindungi.

Kerajaan juga memberi jaminan bahawa liberalisasi terbabit tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan serta menjejaskan usahawan Bumiputera. Dasar 30 peratus pemilikan Bumiputera akan terus dipertahankan. Untuk itu, kerajaan menetapkan dua pendekatan ke arah meningkatkan penyertaan Bumiputera.

Pertama, bagi menjana pertumbuhan, kerajaan menggalakkan golongan terbabit menyalurkan dana pelaburan mereka melalui saham-saham amanah yang diurus secara profesional. Kedua, kerajaan akan menggunakan pendekatan memberi galakan khususnya melalui kewujudan komuniti industri komersial Bumiputera dengan menumpukan sekurang-kurangnya pada 13 kluster utama. Kerajaan akan memberi tumpuan kepada Bumiputera untuk menjayakan perniagaan, bukan saja dari segi pemilikan tetapi pelaksanaan pengurusannya dan sokongan pengembangan perniagaan seperti dalam sektor automotif dan dalam sektor minyak dan gas.

Akhirnya, kita berharap lapan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang dibubarkan dan diserapkan ke beberapa kementerian akan benar-benar dapat membantu menjayakan pembentukan masyarakat industri Bumiputera yang teguh dan berdaya saing. Peranan mereka harus terus dipantau oleh kerajaan.

Penulis adalah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Minda Pengarang: Penangguhan kata putus PPSMI untuk kebaikan bersama


KABINET yang kurang berpuas hati dengan hasil laporan Persidangan Meja Bulat Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sekali gus menolak cadangan yang dikemukakan Kementerian Pelajaran baru-baru ini seperti diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, tentu mengundang persoalan baru berkaitan masa depan dasar berkenaan. Isu PPSMI mendapat perhatian banyak pihak, bukan saja ibu bapa dan ahli akademik, malah pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sama ada mereka yang menyokong atau membantah pelaksanaan dasar itu. Mereka menunggu dengan penuh minat kerana ingin mengetahui apakah langkah bakal diputuskan Kementerian Pelajaran selepas Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengambil alih portfolio itu, yang sebelum ini diterajui Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Harapan mereka untuk melihat satu keputusan muktamad mengenainya dibuat dalam waktu terdekat masih belum menjadi kenyataan. Kita bersetuju dengan pandangan Muhyiddin yang tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan berhubung pelaksanaan dasar itu kerana apa juga keputusan yang dibuat harus mengambil kira semua sudut kerana ia bakal menentukan masa depan pelajar serta modal insan yang akan dilahirkan. Bagaimanapun, keputusan Muhyiddin yang membawa kepada penangguhan dasar PPSMI, kita harap tidak akan membuka ruang kepada pihak tertentu meneruskan polemik mengenainya sehingga mencetuskan satu lagi episod hitam dalam pendidikan dengan mengheret isu itu ke demonstrasi jalanan. Ada yang melihat pengumuman Muhyiddin agak bertentangan dengan janji serta jaminan Hishammuddin sebelum ini, bahawa sebarang keputusan mengenainya bergantung kepada input yang diperoleh daripada persidangan meja bulat membabitkan wakil pelbagai pihak, termasuk ahli akademik tempatan, yang pernah menjalankan kajian mengenai kesan pelaksanaan dasar PPSMI.

Pengumuman Muhyiddin itu juga sekali gus menolak hasil persidangan meja bulat lima sesi yang menggariskan tujuh cadangan untuk dipertimbangkan Kementerian Pelajaran serta kelulusan Kabinet sebelum ini. Mungkin ada pihak yang kecewa dengan keputusan Kabinet itu kerana banyak masa dihabiskan dengan mengadakan perbincangan demi perbincangan, termasuk kajian yang dijalankan ahli akademik. Bagaimanapun, kita berharap mereka yang terbabit, sama ada dalam menjalankan kajian, perbincangan mahu pun persidangan meja bulat supaya menerimanya dengan hati terbuka. Kita yakin keputusan Kabinet tidak bermakna cadangan yang dicapai sebelum ini tidak bernas atau relevan, tetapi seperti yang dikatakan Muhyiddin ia tidak memberi gambaran menyeluruh prestasi sebenar pelajar untuk dijadikan penanda aras tepat menentukan dasar PPSMI, sama ada boleh diteruskan, dihentikan atau diubah suai. Sebab itulah Kabinet mengarahkan Kementerian Pelajaran menjalankan satu kajian semula yang lebih menyeluruh bagi menyokong segala saranan yang dicapai dalam persidangan meja bulat sebelum ini. Kita harus memberi sedikit waktu kepada Muhyiddin kerana beliau baru mengambil alih kementerian berkenaan agar satu keputusan tepat dapat dibuat. Biarlah dasar yang bakal dilaksanakan itu tidak menjejaskan masa depan mana-mana golongan pelajar, lebih-lebih lagi di pedalaman dan luar bandar, sebaliknya ia benar-benar mampu melahirkan modal insan berkualiti yang bertaraf dunia seperti dihasratkan kerajaan.
Analisis: Adun Perak perlu hormati sidang DUN, jangan emosi
Oleh Ridzuan Yop
ridzyob@bharian.com.my

AKHIRNYA Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditetapkan esok dan dijangka berlangsung selama lima hari sehingga 13 Mei ini, selepas tercetus pelbagai kontroversi politik berikutan peralihan kuasa yang berlaku awal Februari lalu.

Jika sebelum ini pihak Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang hanya bertemu di gelanggang media dan mahkamah, sidang DUN ini buat kali pertama mereka bersemuka. Pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti mudah 31 kerusi pada Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu, tetapi hanya sempat memerintah 11 bulan sebelum BN kembali menguasai kerajaan negeri dengan majoriti sama berikutan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang mengisytiharkan diri sebagai Adun bebas dan menyokong BN.

BN dan pakatan pembangkang tentunya amat sedar sebenarnya mereka sama-sama merasai betapa pahit dan sengsaranya apabila kehilangan kuasa – gagal menguasai kerajaan negeri bermakna mereka juga kehilangan segala keistimewaan.

Persoalannya sekarang adakah sidang DUN Perak kali ini mampu merungkai sepenuhnya segala permasalahan dan kemelut politik Perak yang dihadapi ketika ini serta meredakan ketegangan politik yang berlaku?

Timbul juga kebimbangan di kalangan banyak pihak, sidang DUN Perak kali ini bakal menjadi 'medan perang' kedua-dua pihak, terutama pakatan pembangkang bagi meluahkan segala perasaan tidak puas hati mereka berhubung isu peralihan kuasa.

Jika itu berlaku, sudah pasti sidang DUN Perak akan menjadi gelanggang 'maki hamun' yang akan menjejaskan kewibawaan dewan itu sendiri yang sepatutnya menjadi tempat untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan tempat bagi memenuhi kepentingan kumpulan atau individu tertentu.

Yang jelas kedua-dua pihak sudah menyusun strategi masing-masing bagaimana untuk berhadapan dengan situasi sebenar pada persidangan DUN kali ini yang pastinya sama sekali berbeza daripada sidang DUN yang pernah mereka lalui sebelum ini.

Bagi BN, tentunya sukar apabila mereka yang mempunyai majoriti dalam dewan, tetapi ketika yang sama mempunyai Speaker mewakili pembangkang yang tidak langsung memihak kepada mereka.

Apapun, keadaan ini berlaku kerana pakatan pembangkang sehingga ini masih tidak dapat menerima hakikat yang mereka kehilangan majoriti di dewan dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, sudah memperkenankan BN yang diketuai Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar untuk menerajui negeri.

Sehingga ini, pakatan pembangkang masih mempertikaikan kesahihan sidang DUN Perak dan tidak mahu ia diadakan walaupun ia sudah mendapat perkenan Sultan Azlan Shah.

Bagi pakatan pembangkang, jika mereka berjaya melengahkan persidangan yang sepatutnya diadakan dalam tempoh enam bulan sejak November tahun lalu, bermakna mereka boleh membubarkan DUN kerana kegagalan bersidang dalam tempoh itu untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh pakatan pembangkang, terkini Speaker, V Sivakumar memohon kepada Sultan Perak supaya sidang DUN Perak ditangguhkan dengan alasan kedudukan Dr Zambry sebagai Menteri Besar masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain itu, Sivakumar turut melahirkan kebimbangan akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari itu kerana kedua-dua pihak akan bertikam lidah kerana mempertahankan pendirian masing-masing.

Apapun, pakatan pembangkang tidak sewajarnya mempertikaikan kuasa Sultan Perak yang sudah memperkenankan bahawa sidang DUN Perak akan berlangsung pada tarikh ditetapkan.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, berkata pakatan pembangkang mungkin tidak sedar bahawa agenda pertama setiap kali DUN bersidang setiap tahun adalah untuk membahaskan titah ucapan Sultan Perak.

Beliau berkata, perasmian sidang DUN oleh Sultan Perak adalah penting kerana selain mendapat perkenan Tuanku, ia juga bagi membolehkan setiap Adun mengambil bahagian membahaskan titah ucapan baginda pada hari berikutnya.

"Oleh itu, sidang DUN yang diadakan di bawah pokok pada 3 Mac lalu adalah tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak, manakala sidang pada 7 Mei ini sudah disahkan akan dirasmikan oleh Sultan Perak.

"Jika Tuanku Sultan Perak tidak dimaklumkan bahawa sidang DUN akan diadakan seperti yang berlaku di bawah pokok itu, bermakna ia adalah tidak sah," katanya.

Tajol Rosli berkata, sidang DUN yang diadakan selepas mendapat perkenan Sultan Perak adalah prosedur betul dan wajar dipatuhi oleh semua Adun bagi memastikan persidangan yang diadakan berjalan dengan baik tanpa sebarang kekecohan.

Katanya, desakan pakatan pembangkang di Perak yang mahu DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan juga tidak berasas kerana mereka tidak lagi mewakili majoriti dalam dewan.

Beliau berkata, ketika ini BN mempunyai majoriti 31 Adun dengan masing-masing 28 Adun BN dan tiga Adun Bebas yang menyokong BN.

Katanya, adalah tidak kena bagi pakatan pembangkang yang tidak mempunyai majoriti tetapi mahu mendapat perkenan Sultan Perak bagi membubarkan DUN untuk diadakan pilihan raya semula.

"Mereka (pakatan pembangkang) kena faham bahawa pilihan raya semula hanya boleh dipohon oleh Menteri Besar yang mempunyai kerusi majoriti dalam dewan kepada Tuanku Sultan Perak.

"Bukan sewenang-wenangnya Tuanku boleh mengarahkan diadakan pilihan raya, kerana ia hanya atas permohonan Menteri Besar yang mewakili majoriti dan terpulang kepada Sultan Perak untuk perkenan atau sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu, Tajol Rosli mempersoalkan kenapa ketika pakatan pembangkang yang mempunyai majoriti 31 kerusi selepas pilihan raya umum lalu tidak memohon untuk membubarkan DUN bagi diadakan pilihan raya semula, sebaliknya hanya mahu berbuat demikian selepas kehilangan majoriti.

"Saya sendiri ada memohon agar diadakan pilihan raya semula selepas pilihan raya umum lalu, tetapi BN akur bahawa kita tidak lagi mempunyai majoriti dalam dewan ketika itu," katanya.

Apapun, sidang DUN Perak, Khamis ini perlu berjalan lancar dan semua pihak perlu memastikan ia berlangsung tanpa sebarang kekecohan dengan mengikut peraturan yang ada, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan tindak tanduk mereka akan dinilai oleh rakyat.

Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian Perak.
Kegelisahan ulama Pas
Pas membantah keras keputusan Kabinet mengenai kedudukan agama anakmualaf. Pendirian Pas itu disuarakan oleh Ketua Penerangan Mahfuz Omar.Pendirian Pas itu diselar oleh Karpal Singh, Pengerusi DAP, rakannyadalam pakatan pembangkang.

Perubahan strategik Pemuda
MENELITIkeputusan pilihan raya umum yang lalu serta siri pilihan raya kecilselepasnya, semua telah maklum UMNO kini berdepan dengan satu cabaranbesar untuk menawan kembali sokongan pengundi generasi muda.

Kempen membanteras gejala mat rempit perlu serius
DALAMkesibukan menangani polemik politik dan cabaran ekonomi, jangandiabaikan masalah sosial yang melanda di sekeliling masyarakat kita.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
TIDAKketerlaluan jika dikatakan gejala mat rempit sudah menyerang budayamasyarakat negara ini. Lantaran gerakan bersepadu pihak berkuasaterutama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan membanteras aktivititerbabit kena pada masanya.

Semua negara bertindak bendung virus H1N1
DUNIAkini gempar dengan merebaknya penyakit selesema babi yang dibawa olehvirus A (H1N1), sejak ia mula dikesan di Mexico lebih 10 hari lalu.

Bank Idea Rakyat - pelengkap Satu Malaysia
DALAMsuasana politik dan ekonomi Malaysia yang kian mencabar, tanggungjawabuntuk memikul tugas negara tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepadaPerdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta 69 ahli Kabinet sahaja.Ia juga adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh setiaprakyat yang ingin terus hidup aman makmur di tanah air tercinta,Malaysia.

Bahaya lewat urus harta pusaka
TANGGAPANdi kalangan masyarakat Melayu bahawa pengurusan harta pusaka hanyaboleh diselesaikan melalui hukum faraid sahaja adalah antara penyebabutama berlakunya kelewatan pembahagian yang membawa kepadapertelingkahan sesama waris.

Khayalan penerbit drama, filem Melayu kena dipantau
SUDAHsaban kali penerbit drama dan filem Melayu dikritik kerana gagalmemartabatkan slogan 'Filem kita wajah kita'. Terbaru, dalam UtusanMalaysia 4 Mei yang lalu mereka ditegur lagi kerana kegagalanmemartabatkan bahasa Melayu yang baik. Sebaliknya mereka memilihmenggunakan 'bahasa longkang' (meminjam ungkapan Ku Seman Ku Hussain)sebagai medium persembahan mereka.

Dasar liberalisasi biar terkawal
KITApada masa ini berdepan dengan keributan kemelesetan ekonomi dunia yangdapat ditandakan dengan tumbangnya kapitalisme ala-Amerika.







Bersemuka: Membina negara-bangsa menerusi penerangan
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim

Aliran songsang buku politik fitnah bentuk budaya penulisan tidak sihat
PENGHASILANbuku politik yang lebih terarah untuk menyerang personaliti dengankaedah mengaibkan serta berbaur fitnah bukan saja menimbulkankebimbangan di kalangan rakyat, malah mendapat perhatian seriusinstitusi Raja-Raja Melayu.

Minda Pengarang: Strategi betul, berkesan mampu pikat semula belia sertai Pemuda
PERUBAHANyang dilakukan Pergerakan Pemuda Umno bagi mengubah persepsimasyarakat, selain menarik golongan muda bersama dengan sayap itu perlumendapat dokongan padu seluruh ahli Umno daripada pucuk kepemimpinantertinggi sehinggalah ke akar umbi. Sokongan itu penting bagimembolehkan pergerakan yang kini dipimpin Khairy Jamaluddin keluardaripada kemelut yang dihadapi sekarang, iaitu kehilangan sokongangenerasi muda yang lebih bersikap kritikal terhadap kepemimpinannegara. Selepas lebih setahun berdepan pelbagai isu dan cabaran,terutama selepas kegagalan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoritidua pertiga pada Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu, Pemuda Umno mengoraklangkah untuk berubah secara menyeluruh dengan mengambil pendekatanlebih terbuka dan dinamik. Lima rukun diperkenalkan iaitu Pemudaberprinsip, �inclusive� (merangkum semua), proaktif, relevan danbersatu, meletakkan anjakan paradigma baru Pemuda yang perludilaksanakan secara menyeluruh bagi menarik sokongan generasi mudamerentasi kaum. Ia selaras dengan pendekatan yang diambil PresidenUmno, Datuk Seri Najib Razak untuk merealisasikan 1Malaysia. Denganmengambil kira lima pendekatan strategi itu, Pemuda Umno perlu berusahakeras untuk menarik golongan muda menyertai atau bersimpati dengan Umnokerana masa yang ada cukup singkat menjelang pilihan raya umum akandatang. Kita sedar Khairy berdepan dengan laluan sukar bagi menarikminat golongan muda yang sejak kebelakangan ini semakin menjauhkan diridaripada pergerakan itu, selepas kumpulan pembangkang menggunakanpendekatan sederhana untuk mempengaruhi mereka, terutama ketika diinstitusi pengajian tinggi. Malah, suasana politik yang semakin terbukasekarang menyulitkan lagi usaha mendekati kumpulan berkenaan
Kegelisahan ulama Pas

Oleh HAMZAH SIDEK


Pas membantah keras keputusan Kabinet mengenai kedudukan agama anak mualaf. Pendirian Pas itu disuarakan oleh Ketua Penerangan Mahfuz Omar. Pendirian Pas itu diselar oleh Karpal Singh, Pengerusi DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang.

Perkembangan ini menyerlahkan lagi ironi Pas berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR. Ia memperkukuhkan lagi pertanyaan, berapa lama Pas boleh bertahan dalam muafakat yang sangat rapuh itu.

Jika pun ada titik-titik keserasian dalam pakatan tersebut, ia adalah lebih kepada DAP dan PKR, dua buah parti sekular. Pas amat janggal dalam muafakat tiga parti itu.

Seperti yang pernah dikatakan, jika ada ruang keserasian antara parti, kemungkinan yang lebih besar adalah antara Pas dan UMNO. Ada banyak titik yang boleh dijuruskan kepada persamaan.

Pas lahir daripada UMNO. Majoriti ahli mereka adalah Melayu dan lubuk kuasa politik mereka juga adalah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Kedua-dua parti itu juga meletakkan kedaulatan Islam sebagai amanah besar dalam perjuangan. Hanya pendekatan terhadap proses memartabatkan Islam itu sahaja yang berbeza.

Pendekatan itulah yang menyebabkan kerenggangan yang kadang kala muncul sebagai permusuhan paling sengit sehingga mereka tidak boleh duduk semeja dan bertentang muka.

Namun jika ada keinsafan tentang mala petaka yang boleh menimpa orang Melayu dan Islam, sejarah telah menunjukkan bahawa kedua-dua parti Melayu itu boleh mengetepikan permusuhan dan bermuafakat dalam sebuah gabungan sebagai mana yang dilakukan di bawah pimpinan Datuk Asri Muda dan Tun Abdul Razak pada 1970-an.

Bagaimanapun, permuafakatan itu berakhir dengan perpecahan yang menyebabkan luka lama berdarah semula dan lebih banyak pula darah yang keluar. Sebab itulah orang lama dalam Pas seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agak keberatan untuk menyokong muafakat baru Pas dan UMNO yang dianjurkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong kuat oleh timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Hadi mulai nampak bahawa permusuhan antara Pas dan UMNO hanya akan merugikan orang Melayu dan Islam jika berpanjangan. Sebaliknya kedudukan sekarang yang banyak berpunca daripada putar muslihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengejar cita-cita yang terkulai untuk menjadi Perdana Menteri, terlalu memberi kelebihan kepada kepentingan bukan Melayu dan bukan Islam.

Betapa kumpulan bukan Melayu dan bukan Islam membuat pelbagai tuntutan dan desakan melalui parti-parti politik, NGO serta pertubuhan yang tidak sah. Tuntutan-tuntutan itu kelihatan pada mulanya hanya bersifat untuk keadilan bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi akhirnya ia mengasak ke tepi kepentingan Melayu dan Islam pula.

Siapa pernah terfikir gereja Katholik Wilayah Persekutuan berani menuntut penggunaan perkataan Allah. Begitu juga isu-isu mualaf dijadikan bahan kritikan terbuka terhadap kerajaan sehingga mendorong kepada keputusan terbaru.

Tetapi sejak Anwar mengatur muslihat dan akhirnya berjaya 'meyakinkan' Pas dan DAP untuk menyokongnya menjadi Perdana Menteri, kedudukan Melayu dan Islam sudah tidak stabil seperti dulu lagi walaupun ada peruntukan jaminan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selepas Pilihan Raya Umum 2008, UMNO dilihat banyak beralah. Pas tidak boleh menyalahkan UMNO jika Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak mualaf hanya boleh menukar agama selepas berusia 18 tahun kerana Pas sendiri yang menyebabkan UMNO terdesak.

Secara jujur eloklah Pas bertanya kepada diri sendiri, adakah bukan Islam akan berani membuat tuntutan seumpama jika UMNO dan Pas bersatu hati dalam soal-soal yang melibatkan kedudukan Melayu dan Islam.

Sayangnya Pas telah menjual roh perjuangan Islam mereka kepada Anwar dan Lim Kit Siang. Apakah seluruh pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berasa 'perjuangan akhirat' mereka sudah tercapai hanya dengan kemampuan menubuhkan kerajaan pimpinan Menteri Besar dari Pas di Kelantan, Kedah dan seketika di Perak?

Percayalah bahawa jika Pas terus bergembira dengan kedudukannya dalam pakatan pembangkang, bukan Islam akan terus membuat tuntutan demi tuntutan. Percayalah bahawa bukan Islam tidak akan berpuas hati selagi kedudukan Islam tidak sama rata dengan kedudukan agama-agama lain.

Betapa pejuang-pejuang Katholik yang menuntut penggunaan perkataan Allah telah menjadikan Indonesia sebagai hujah mereka. Di Indonesia yang nisbah majoriti penganut agama Islam dikatakan melebihi 90 peratus, kedudukan agama-agama lain adalah setaraf.

Barangkali, atas kesedaran inilah terdetik hati Hadi Awang untuk mengusulkan kerajaan perpaduan BN-Pas, tapi syor tersebut ditentang kuat oleh Nik Aziz. Dan ia tidak berakhir setakat itu sahaja.

Kini wujud dua kem dalam Pas. Satu kem menyokong cadangan untuk mewujudkan semula rundingan dengan UMNO dan satu lagi menentang. Mereka yang menentang mahu Pas terus bersama Anwar, PKR dan DAP kerana mereka melihat melalui pakatan itu sahaja Pas boleh terus memerintah Kelantan, Kedah dan barangkali beberapa negeri lagi selepas pilihan raya umum akan datang.

Jelas sekali pemimpin Pas yang cukup kuat keyakinan untuk meneruskan pakatan dengan Anwar, Kit Siang, PKR dan DAP ialah Datuk Husam Musa, Naib Presiden Pas dari Kelantan. Di kalangan pemimpin Pas, Husam dilihat paling akrab dengan Anwar.

Husam yang lulus dari Universiti Sains Malaysia bukanlah golongan ulama. Kemunculan Husam serta Mohamad Sabu dan Datuk Hassan Ali untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Pas daripada Nasharuddin Mat Isa dalam muktamar Jun ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan golongan ulama Pas.

Sebab itulah Dewan Ulama Pas baru-baru ini menyatakan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dipegang oleh golongan ulama.

Nasharuddin yang fasih bertutur dalam banyak bahasa termasuk Inggeris, dianggap dari golongan ulama kerana turut mendapat pendidikan agama. Istilah ulama dalam Pas ialah seseorang yang berpendidikan sekolah dan pusat pengajian tinggi agama Islam.

Oleh sebab Nasharuddin juga mempunyai latar belakang pengajian bukan agama, beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang ideal bagi Pas. Beliau dianggap memiliki ciri-ciri ulama dan teknokrat.

Husam, Mohamad Sabu dan Hassan Ali tidak dianggap golongan ulama walau sepandai mana sekalipun mereka berceramah mengenai agama. Ini kerana mereka tidak memiliki kertas kelulusan agama.

Dalam keadaan biasa sudah pasti Husam, Mohamad Sabu atau Hassan Ali tidak akan berani menampilkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.

Tapi apabila Pas berada dalam keadaan yang tidak jelas lagi 'identitinya' kerana semakin tunduk kepada PKR dan rapat sangat dengan Malaysian Malaysia DAP, maka golongan bukan ulama melihat ini adalah peluang untuk mereka mendaki tangga dalam Pas.

Di antara mereka, Husam yang paling akrab dengan Anwar adalah paling bercita-cita tinggi. Cita-citanya mungkin tidak berakhir dengan sekadar menjadi Timbalan Presiden Pas (jika menang).

Mungkin dengan bantuan Anwar dan penyokong-penyokong kuat Anwar dalam Pas (termasuk Kamarudin Jaafar), Husam melihat bahawa satu hari nanti bukan golongan ulama juga boleh menjadi Presiden Pas. Dan bagi mereka detiknya semakin hampir.

Penulis ialah mantan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan
Perubahan strategik Pemuda

Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my


MENELITI keputusan pilihan raya umum yang lalu serta siri pilihan raya kecil selepasnya, semua telah maklum UMNO kini berdepan dengan satu cabaran besar untuk menawan kembali sokongan pengundi generasi muda.

Walaupun banyak sebab dan punca digariskan sebagai penyumbang kepada situasi tersebut namun apa yang pasti ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap biasa sebaliknya ia senario yang cukup mendesak bagi UMNO.

Apatah lagi kekalahan Barisan Nasional (BN) pada beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini banyak dikaitkan kerana kegagalan menawan sokongan pengundi di saluran empat dan lima yang mewakili generasi muda.

Justeru sebagai mewakili generasi berkenaan, Pemuda UMNO pastinya memikul amanah besar untuk memastikan UMNO kembali menjadi pilihan pengundi di saluran berkenaan demi kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sesungguhnya bagi mencapai matlamat tersebut, Pemuda UMNO di bawah kepimpinan ketuanya yang baru, Khairy Jamaluddin memerlukan perubahan serta pendekatan baru yang sesuai dengan keperluan semasa.

Ini terutama persekitaran yang ada pada hari ini cukup berbeza dengan dekad sebelumnya kerana peranan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan pengaruh besar membentuk pemikiran generasi muda.

Justeru Pemuda UMNO harus mempunyai pendekatan yang sentiasa segar dengan tuntutan semasa yang membentuk sikap dan kehendak pengundi muda.

Mengambil kira semua itu, Pemuda UMNO kelmarin mengumumkan penstrukturan kepada biro, sekretariat dan unit sebagai satu pendekatan perubahan strategik pergerakan itu bagi menarik sokongan pengundi muda.

Pendekatan baru itu juga bukan sahaja untuk menarik sokongan golongan muda Melayu tetapi juga merentasi batasan kaum untuk memastikan kejayaan BN.

Dalam pengumuman selepas Majlis Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO itu, Khairy menggariskan bahawa pendekatan tersebut adalah berdasarkan lima rukun Pemuda iaitu Berprinsip, Inklusif (merangkumi semua), Proaktif, Relevan dan Bersatu.

Menurut Khairy, Pemuda berprinsip bermakna Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO, agama, bangsa dan negara serta mempertahankan Perlembagaan, Rukun Negara, kontrak sosial dan perkongsian kuasa.

"Pemuda 'inklusif' adalah dengan memberi fokus kepada usaha bukan saja pada ahli UMNO tetapi juga generasi muda tanpa mengira kaum yang tidak berparti dan tidak menyokong kita," katanya.

Beliau berkata, Pemuda yang proaktif bermaksud tidak perlu menunggu sebarang arahan untuk menyelesaikan masalah dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan berkesan sebelum ia menjadi krisis yang besar.

Katanya, bagi menjadikan Pemuda relevan, semua programnya diubah suai mengikut cita rasa golongan muda dengan menggunakan saluran komunikasi seperti media baru, facebook dan lain-lain.

"Dan yang terakhir (rukun kelima) adalah Pemuda yang bersatu. Pemuda tidak boleh berpuak-puak dan terikut-ikut dengan politik pecah-belah kerana ia akan menggagalkan usaha BN untuk memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Mengenai penyusunan semula biro, sekretariat dan unit Pemuda UMNO, sebanyak 28 biro baru sekretariat dan unit ditubuhkan dengan lapan daripadanya baru diwujudkan.

Khairy mewujudkan lapan yang baru iaitu Sekretariat Hal Ehwal Bandar; Profesional Muda; Pekerja Muda; Perhubungan Kerajaan; Pemuda BN dan Satu Malaysia; Unit Pidato dan Penghujahan Umum; Media Baru dan Perang Saraf.

Jika diselusuri satu per satu biro dan sekretariat baru yang diwujudkan itu, Pemuda UMNO dilihat berada pada landasan yang tepat untuk merealisasikan harapan parti kepada sayap tersebut.

Sememangnya menjadi keperluan untuk Pemuda mendampingi dan memfokuskan beberapa isu yang dilihat dekat dengan kelompok muda seperti soal pekerjaan, profesional muda, kehidupan di bandar serta peranan media baru melalui biro atau sekretariat yang diwujudkan.

Pemuda UMNO tidak boleh sama sekali dilihat terkebelakang dalam isu-isu berkenaan hingga membiarkan parti pembangkang menjuarai isu yang berkaitan.

Selain itu, Unit Media Baru, Pidato dan Penghujahan Umum antara beberapa unit yang dilihat punya peranan besar untuk memperkasakan parti dalam konteks mematahkan serangan pemimpin pembangkang.

Walaupun hujah pembangkang hanya berkisar tanpa asas dan kebenaran namun bagi kebanyakan golongan muda, mereka tidak mempedulikan semua itu.

Maka mahu atau tidak UMNO perlu menyediakan barisan pemimpin seawal di peringkat Pemuda lagi yang petah bercakap bagi menyaingi pembangkang kerana jika tidak, persepsi yang telah berjaya dibentuk pembangkang akan terus menyukarkan UMNO.

Selepas selesai pengumuman barisan peneraju negeri dan biro, maka kini masanya untuk Pemuda UMNO bergerak ke hadapan memberi khidmat kepada rakyat bagi membantu memperkasakan parti.

Sebagai sayap utama, Pemuda UMNO tidak boleh menoleh ke belakang sebaliknya mereka perlu bersatu memikul amanah yang cukup besar untuk mengembalikan sokongan pengundi muda.

Maka mereka yang dipilih untuk menerajui 28 biro, sekretariat dan unit perlu melakukan yang terbaik untuk kelangsungan parti.

Hanya dengan khidmat bakti yang berkesan dan dirasai rakyat, maka segala persepsi yang dilemparkan kepada sayap itu khususnya sebagai kelompok elitis boleh dihakis.

Dan paling mustahak dalam berusaha mencapai cita-cita ini, Pemuda UMNO harus dilihat benar-benar mewakili aspirasi dan kehendak golongan muda.
Kempen membanteras gejala mat rempit perlu serius

DALAM kesibukan menangani polemik politik dan cabaran ekonomi, jangan diabaikan masalah sosial yang melanda di sekeliling masyarakat kita.

Operasi besar-besaran bagi membanteras gejala lumba haram di Kuala Lumpur kelmarin menunjukkan gejala mat rempit masih gagal ditangani, walaupun begitu banyak perhatian diberikan terhadapnya selama ini.

Polis juga belum dapat melumpuhkan kegiatan mat rempit meskipun ada anggotanya yang terkorban dan cedera parah.

Jika dadah diisytihar sebagai musuh nombor satu negara maka tidak ada salahnya jika mat rempit dikategorikan sebagai musuh utama pengguna jalan raya.

Isunya sekarang, merempit hanya kegiatan sampingan tetapi ada gejala lebih besar tersembunyi di belakang tabirnya.

Dadah, minah rempit dan wang taruhan adalah tiga segmen yang menjadi candu kepada mat rempit.

Malah mat rempit yang sebelum ini hanya dikaitkan dengan kegiatan lumba motosikal secara haram sahaja, kini sudah semakin berani apabila sesetengah mereka terlibat dengan kegiatan jenayah sehingga berani mencederakan orang lain dan memusnahkan harta benda awam.

Fenomena mat rempit itu dapat dilihat apabila ada yang berani menyerang balai polis, merompak dan merogol.

Sesetengah daripada kita sudah tentu tahu punca kenapa ramai remaja dan belia berumur 16 hingga 25 tahun terbabit dalam kumpulan mat rempit.

Bagi menangani isu mat rempit, pelbagai saranan dalam bentuk meminda peraturan dan undang-undang jalan raya hendak dilakukan. Tetapi akhirnya, apa guna segala undang-undang yang digubal jika tidak ada penguatkuasaan dilakukan.

Walaupun mungkin sesetengah anggota masyarakat sudah bosan dan letih dengan karenah mat rempit, tetapi kerajaan harus terus berusaha dan serius mewujudkan kesedaran dan membina akhlak mulia di kalangan remaja agar tidak terjebak dengan gejala ini.

Kempen membanteras gejala mat rempit selama ini hanya sia-sia kerana tidak mendapat sokongan ibu bapa serta masyarakat.

Kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka sanggup menggadai nyawa di jalan raya.

Kerajaan perlu terus serius mengadakan kempen berterusan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda supaya sayangkan diri dan tidak menggadaikan nyawa di atas jalan raya.

Selain pendekatan lembut, pendekatan keras juga perlu dilakukan. Tiada istilah kompromi untuk menangani golongan mat rempit yang menunggang motosikal secara berbahaya.

Mereka tidak boleh jadikan jalan raya untuk berlumba atau menyebabkan orang lain cedera kerana keghairahan untuk beradu kelajuan dan kemahiran melakukan whellie.

Operasi polis mencegah lumba haram yang sering dilakukan pada hujung minggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad termasuk cuti am patut diadakan sekerap mungkin.

Lokasi tumpuan memburu mat rempit ini bukan sahaja di jalan raya persekutuan mahupun negeri tetapi juga di kawasan taman-taman perumahan.

Tujuannya supaya penunggang tidak bermoral ini dihalang daripada terus berkuasa di jalan raya.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

TIDAK keterlaluan jika dikatakan gejala mat rempit sudah menyerang budaya masyarakat negara ini. Lantaran gerakan bersepadu pihak berkuasa terutama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan membanteras aktiviti terbabit kena pada masanya.

Jika tidak diatasi seberapa segera, Awang khuatir ia akan menjadi nanah dalam masyarakat kita kelak.

Ini kerana masalah mat rempit biasanya tidak berhenti setakat lumba haram sahaja. Ia akan melarat menjadi masalah sosial yang lain serta jenayah.

Rata-rata mereka yang diberkas dalam operasi bersepadu malam minggu lepas adalah generasi belasan tahun. Merekalah yang kelak akan menjadi tunggak negara.

Tetapi jika begitulah keadaan mereka, sudah tentu tiada apa yang boleh diharapkan daripada golongan terbabit. Produktiviti mereka sudah tentu merudum.

Awang percaya pihak berkuasa akan bertindak membanteras masalah ini secara agresif dan berterusan.

Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa dalam memantau aktiviti anak-anak juga amat perlu. Dan Awang percaya masyarakat terbanyak mahu melihat bumi Malaysia akhirnya bebas daripada mat rempit.


Awang – Harap yang terbaik.
Semua negara bertindak bendung virus H1N1

Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI


DUNIA kini gempar dengan merebaknya penyakit selesema babi yang dibawa oleh virus A (H1N1), sejak ia mula dikesan di Mexico lebih 10 hari lalu.

Penyakit tersebut bukan sahaja mencetuskan panik di seluruh dunia tetapi juga kebimbangan bahawa penyakit itu akan merebak menjadi wabak dan membunuh ramai manusia, jika ia tidak dibendung segera.

Di Mesir, penternak babi di negara itu telah bertempur dengan polis apabila pihak berkuasa bertindak memusnahkan ternakan mereka kerana bimbang penyakit itu merebak di negara berkenaan.

Di Iraq, sebuah zoo di Baghdad telah membunuh tiga ekor babi hutan kerana bimbang gejala yang sama.

Hubungan China dan Mexico pula menjadi tegang apabila negara kuasa besar komunis itu bertindak mengasingkan lebih 50 rakyat Mexico yang kini berada di negara itu atas tiket melancong dan perniagaan. Selain itu akibat bimbang virus tersebut merebak, China menggantung penerbangan dari Mexico ke negara itu.

Tindakan China itu ada asasnya kerana negara berkenaan sudah melalui pengalaman pahit sebelum ini apabila berdepan dengan wabak SARS dan selesema burung beberapa tahun lalu, sehingga menjejaskan industri pelancongan dan penerbangan negara itu.

Sedikit sebanyak istilah yang digunakan untuk penyakit itu sendiri telah menimbulkan kekeliruan apabila ramai yang menjangka selesema babi itu berpunca daripada babi, sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan bahawa penyakit itu bukan berpunca daripada babi.

Malahan di Alberta, Kanada, satu kes dikesan di mana ternakan babi di bandar itu telah dijangkiti penyakit itu daripada manusia yang menghidap virus H1N1 setelah pulang dari lawatan di Mexico.

Ini bukan kali pertama dunia dilanda wabak penyakit, setelah dunia dikejutkan dengan virus JE di Malaysia, dan kemudian SARS di China dan beberapa negara Asia serta selesema burung yang melanda benua Asia dan Eropah.

Dalam tempoh hampir 100 tahun, dunia juga telah mengalami lebih tiga kes wabak penyakit besar akibat influenza yang membunuh berjuta-juta manusia.

Situasi sekarang adalah membimbangkan tetapi setakat ini keadaan adalah terkawal. Semua negara telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan wabak tersebut merebak ke negara mereka.

Langkah tersebut adalah wajar kerana penyakit tersebut jika merebak boleh menjejaskan ekonomi dunia yang kini berdepan krisis ekonomi yang agak buruk, terutama boleh menjejaskan sektor perdagangan, industri pelancongan dan penerbangan.

Pihak berkuasa Mexico telah dipersalahkan sejak wabak itu mula tercetus apabila ia gagal membendung virus tersebut daripada merebak.

Pasukan kesihatan kini telah dihantar ke Mexico bagi mengenal pasti punca utama influenza A dan merungkai misteri wabak tersebut yang merupakan gabungan komponen selesema babi, burung dan manusia.

Tahap amaran kini diletakkan pada fasa lima, menunjukkan wabak itu kini berada di ambang bahaya. WHO sedang berusaha mengelakkan ia meningkatkan ke fasa enam yang membawa maksud jangkitan telah merebak ke peringkat global, suatu keadaan yang cuba dielakkan daripada berlaku.

Dalam situasi sekarang, setiap negara tidak ada pilihan selain bekerjasama dan bertindak segera bagi mengelakkan wabak tersebut daripada merebak dan membunuh lebih ramai penduduk dunia.
Bank Idea Rakyat - pelengkap Satu Malaysia

DALAM suasana politik dan ekonomi Malaysia yang kian mencabar, tanggungjawab untuk memikul tugas negara tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta 69 ahli Kabinet sahaja. Ia juga adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh setiap rakyat yang ingin terus hidup aman makmur di tanah air tercinta, Malaysia.

Tatkala mencari jigsaw terakhir supaya rakyat dapat terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara, Bank Idea Rakyat dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekilas pandang seperti cadangan yang simple (ringkas) namun secara praktikalnya, boleh diterima pakai sebagai mekanisme pelengkap serta mampu membuat perubahan 180 darjah terhadap senario politik dan ekonomi negara.

Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan hasratnya untuk mewujudkan sebuah kerajaan beraspirasikan di bawah konsep 'Satu Malaysia,' 'Rakyat Didahulukan,' Prestasi Diutamakan,' puas saya memikirkan pelbagai kaedah dan tatacara bagaimana konsep tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Struktur perwakilan baru UMNO yang akan diputuskan dalam mesyuarat khas pada akhir tahun ini bakal menyaksikan jumlah perwakilan UMNO ditambah menjadi 60,000 orang dan kuota pencalonan dikecilkan.

Ini sudah cukup menggambarkan bahawa hala tuju parti tersebut mulai Perhimpunan Agung UMNO ke-59 nanti ditentukan menurut keperluan semasa rakyat, khususnya Melayu di dalam UMNO.

Mengikut penganalisisan saya, walaupun perwakilan seramai 60,000 orang itu adalah jauh lebih ramai berbanding jumlah asal lebih kurang 5,000 orang, ia hanyalah 1.5 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli UMNO yang kini sudah mencecah 4.0 juta orang.

Jika jumlah ini benar-benar mewakili 100 peratus suara ahli UMNO sekalipun, belum tentu ia mewakili 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU-13 nanti.

Walaupun demikian, saranan Najib-Muhyiddin adalah murni kerana struktur UMNO baru juga memberikan kuasa menghukum secara langsung kepada rakyat untuk tidak memanjangkan tempoh pentadbiran mana-mana pemimpin yang dirasakan gagal melaksanakan amanah secara berkesan.

Hakikatnya, sejauh manapun kita berhujah mengenai jumlah perwakilan baru UMNO, ia hanya bersangkut-paut dengan kaedah pemilihan pemimpin Melayu dari parti UMNO sahaja. Persoalan pemilihan pemimpin Melayu dan bukan Melayu dari parti-parti komponen BN yang lain serta kualiti perkhidmatan menteri-menteri Kabinet masih belum lagi terjawab.

Mungkin itu adalah antara alasan mengapa Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dilantik dan dipertanggungjawabkan ke atas pengurusan prestasi Kabinet Najib-Muhyiddin dalam mencapai objektif sebenar konsep 'Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan'.

Demi memperkukuhkan lagi struktur pentadbiran kerajaan, saranan seperti Bank Idea Rakyat perlu dilihat sebagai 'jantung utama' dalam pentadbiran yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi.

Ia bukan hanya bertindak sebagai jambatan di antara kerajaan dan 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU-13 nanti, malahan ia adalah bukti keterbukaan kerajaan dalam menerima pandangan, cadangan dan kritikan yang dibawa rakyat dalam pelbagai isu termasuk ekonomi, pendidikan, perhubungan kaum, kebajikan serta pentadbiran kerajaan secara keseluruhan.

Ternyata Bank Idea Rakyat ini tidak boleh disamaertikan seperti tabung pengaduan awam yang dianggap sudah lama wujud sejak zaman 'dinasour' kerana ia bukan hanya mengambil kira aduan rakyat semata-mata tetapi juga pandangan serta cadangan rakyat terhadap sesuatu isu secara khusus.

Dunia hari ini yang berorentasikan kecanggihan ICT pasti boleh menampung cadangan Bank Idea Rakyat itu dalam bentuk sistem pungutan suara seperti Public Relations System atau Sistem Perhubungan Rakyat yang melibatkan dua komponen utama iaitu, rakyat yang memberi cadangan dan pandangan secara tulus ikhlas; dan kerajaan yang menangani cadangan dan pandangan rakyat secara telus dan terperinci.

Malaysia yang rakyatnya semakin bijak dan peka dengan ehwal semasa perlu diberi hak sama rata untuk bersuara.

Menurut statistik Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia pada Disember 2008, jumlah pengguna internet adalah lebih kurang 10 juta orang manakala jumlah telefon bimbit berdaftar pula adalah sebanyak 26.5 juta orang.

Dengan kedua-dua kekuatan ini, infrastruktur Sistem Perhubungan Rakyat dan jaringan rakyat-parti-kerajaan sebenarnya sudah sedia terbentuk. Bagi rakyat yang bukan pengguna internet mahupun telefon bimbit, di ruang inilah wakil-wakil rakyat memainkan peranan untuk bertindak selaku ejen kerajaan yang efektif dengan menganjurkan kaedah sistem pungutan suara rakyat secara manual.

Memang benar bahawa cadangan Bank Idea Rakyat akan menjadikan setiap unit struktur kerajaan kembali peka kepada jeritan suara rakyat. Namun, tunggak kejayaan kepada saranan mekanisme pelengkap itu juga bergantung kepada keberkesanan tindakan susulan yang akhirnya akan diterjemahkan oleh rakyat dalam keputusan PRU-13.

Dengan penuh keyakinan dan harapan, semoga kerajaan sempat membuktikan keberkesanan tindakan susulan memandangkan PRU-13 bakal menemui kita kurang atau lebih tiga tahun dari sekarang.

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)
Bahaya lewat urus harta pusaka

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my


TANGGAPAN di kalangan masyarakat Melayu bahawa pengurusan harta pusaka hanya boleh diselesaikan melalui hukum faraid sahaja adalah antara penyebab utama berlakunya kelewatan pembahagian yang membawa kepada pertelingkahan sesama waris.

Kelewatan urusan pembahagian harta pusaka itu bukan sahaja akan mendorong berlakunya krisis dalam institusi kekeluargaan tetapi ia akan menyebabkan harta itu terutamanya hartanah akan menjadi statik dan tidak memberikan pulangan ekonomi yang sepatutnya.

Keadaan akan menjadi lebih serius lagi apabila pihak-pihak yang bertelagah mengambil jalan singkat dengan mengambil keputusan menjualkannya bagi membolehkan hasil jualan diagih-agihkan sesama mereka.

Apabila perkara ini berlaku, ia sebenarnya tidak akan menyelesaikan permasalahan utama malah ia akan membawa kepada masalah jangka masa panjang yang lebih serius, bila mana hak milik harta itu berpindah ke tangan pihak ketiga dan wujudnya salah faham sesama mereka yang tidak berpuas hati dengan ganjaran yang diperoleh.

Segala kemelut ini mampu ditangani dengan berkesan sekiranya masyarakat Melayu itu sendiri membuat perancangan awal dengan mengurus tadbir harta mereka secara teratur dan sistematik sebelum meninggal dunia.

Mengimbas kembali apa yang telah berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu, secara asasnya terdapat tiga mekanisme utama yang diguna pakai apabila menyentuh soal pengagihan harta pusaka iaitu hukum faraid, hukum adat dan wasiat.

n Hukum faraid - pembahagian harta mengikut syariat Islam berdasarkan kepada hierarki waris.

n Hukum adat - amalan tradisi sejak berzaman lamanya yang ditentukan kepada konsep tolak ansur dan persefahaman antara waris.

n Wasiat - yang paling jarang diamalkan dan ia berdasarkan kepada peraturan tertentu.

Perlu diakui walaupun pahit, isu pembahagian harta pusaka merupakan suatu perkara yang amat sensitif kerana lazimnya terdapat dua tabiat buruk di kalangan Melayu Islam iaitu tabiat membolot kesemua harta pusaka dan tidak menghiraukan urusan pewarisan harta pusaka itu sendiri.

Gejala buruk ini wajar dihentikan kerana ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada para warisnya, walaupun sekelumit.

Lebih menakutkan lagi apabila pemilik asal harta yang sedang bersemadi akan terus terseksa selama mana urusan pembahagian yang sepatutnya selesai secara aman dan harmoni, tidak menemui penyelesaiannya sehingga bertahun-tahun dan warisnya pula asyik bergaduh sesama sendiri.

Masalah tersebut tidak akan timbul sekiranya masyarakat sedar kepentingan menulis surat wasiat tetapi hakikatnya ramai orang Islam menganggap bahawa mereka tidak memerlukan wasiat kerana kewujudan hukum faraid - tanggapan ini ternyata silap.

Kaedah penulisan wasiat juga sebenarnya mampu mengatasi semua permasalahan itu kerana ia mampu membezakan antara harta pusaka dan pemberian atau hibah. Ini kerana wasiat pengagihan harta ditentukan semasa pemilik masih lagi hidup.

Kelebihan menulis surat wasiat antara lain mampu mempercepatkan proses surat kuasa pusaka, mengelak persengketaan antara waris di samping dapat melantik wasi atau pentadbir yang diyakini bertanggungjawab, amanah dan berkesan.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat Melayu yang beranggapan apabila harta-harta diagihkan terlebih dahulu sebelum mereka meninggal dunia akan menyebabkan kebarangkalian untuk anak-anak mengabai dan menyisihkan mereka.

Jadi, dalam usaha memastikan kedudukan mereka daripada terkena sindrom dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anak yang tidak berperasaan dan tidak mengenang budi.

Mereka kebanyakannya akan memilih jalan penyelesaian popular iaitu menyerahkan bulat-bulat kepada waris masing-masing untuk menyelesaikan segala kemelut sesama sendiri apabila mereka meninggal dunia kelak.

Para ibu bapa perlu bertanggungjawab mengelak waris-warisnya daripada pergaduhan sesama sendiri.

Pada masa inilah, perlunya peranan Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai badan bebas untuk mengendalikan dan menguruskan harta pusaka.

ARB, syarikat milik penuh kerajaan, dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1921 dan diperbadankan pada tahun 1995.

Selain menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti pentadbiran harta pusaka, pentadbiran harta amanah dan pemegang amanah bagi tabung-tabung harta amanah, ARB juga menawarkan khidmat nasihat dan panduan mengenai pembahagian dan pengurusan harta.
Khayalan penerbit drama, filem Melayu kena dipantau

SUDAH saban kali penerbit drama dan filem Melayu dikritik kerana gagal memartabatkan slogan 'Filem kita wajah kita'. Terbaru, dalam Utusan Malaysia 4 Mei yang lalu mereka ditegur lagi kerana kegagalan memartabatkan bahasa Melayu yang baik. Sebaliknya mereka memilih menggunakan 'bahasa longkang' (meminjam ungkapan Ku Seman Ku Hussain) sebagai medium persembahan mereka.

Sebahagian penerbit drama dan filem Melayu memang buta hati. Mereka terlalu asyik dengan fatamorgana pandangan mata sehingga mereka terkeliru dan gagal membezakan khayalan dengan kenyataan.

Sebagai karyawan yang duduk di 'alam bawah sedar', mereka gagal melihat sesuatu kenyataan itu secara objektif. Beberapa tahun lalu, seorang produser Melayu mempertahankan gambaran aksi gadis Melayu berbikini di pantai kerana katanya itulah realiti masyarakat Melayu apabila berkelah di pantai. Benarkah begitu? Jika benar begitu, di manakah pula letaknya falsafah 'seni sebagai cerminan hidup masyarakat'?

Berdasarkan intipati 'cerminan', bukankah falsafah itu bermaksud; jika 'kanan dalam realiti, maka ia akan menjadi kiri dalam seni'? Jika bukan demikian, maknanya drama dan filem itu bukanlah karya seni yang sebenarnya dan tidak seharusnya mendapat apa-apa pengiktirafan kecuali barangkali pencapaian box office sahaja.

Soal penggunaan bahasa Melayu dalam drama dan filem Melayu memang telah lama memualkan pencinta bahasa Melayu.

Bahasa yang ditegur oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai 'sekerat ular sekerat belut', bukan semakin diperbaiki tetapi sebaliknya semakin menjadi-jadi. Jika menonton drama-drama Melayu di mana-mana rangkaian televisyen sekalipun, adakalanya kita keliru sama ada yang ditonton itu drama Melayukah atau soap opera-kah! Soalnya, realitikah itu?

Para produser sebenarnya cuba 'memaksa' masyarakat supaya menerima bentuk bahasa Melayu yang sedemikian kerana itulah bahasa yang mereka gunakan dalam kalangan karyawan.

Dalam keadaan masyarakat yang memang mudah terpengaruh, bahasa longkang itulah yang menjadi ikutan dan akhirnya bahasa Melayu tercemar dengan begitu teruk sekali. Ingat lagikah kita dengan isu istilah 'Sure Heboh' dahulu?

Dengan kembalinya Dr. Rais menerajui kementerian yang pernah beliau ketuai dahulu, wajar beliau melihat semula pemikiran lapuk yang masih melingkari sebahagian karyawan drama dan filem kita.

Bersesuaian dengan semangat Satu Malaysia, slogan 'Filem kita wajah kita' wajib dihayati supaya drama dan filem kita tetap relevan dan terus berfungsi mengikut arus perubahan yang bakal melanda masyarakat.

Jika hal ini gagal dilakukan, industri drama dan filem kita akan kembali menempuhi zaman malap seperti di era 1970-an dan awal 1980-an dahulu.

Selain isu bahasa, satu lagi isu yang saya fikir wajib ditangani oleh Dr. Rais ialah drama dan filem tahyul yang sangat menular dalam kalangan penerbit.

Jika filem-filem Barat berusaha mencipta wirawan baru seperti menerusi siri filem X-men dan wirawan revival seperti siri televisyen Smallville dan siri filem Spiderman, penerbit drama dan filem Melayu sibuk pula mengangkat semula hantu jembalang Melayu untuk dijual kepada penonton.

Maka lahirlah semula hantu, puntianak, polong, pelesit, pocong, di samping watak baru seperti ceplos dan sebagainya.

Persoalan berat seperti akidah dan persoalan 'industri perbomohan' perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa kerana sudah kembali menular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Utusan Malaysia 4 Mei turut melaporkan bahawa Menteri Besar Perak dituduh 'membenarkan dewan persidangan dimasuki bomoh untuk menjampi kerusi Speaker'!

Satu waktu dahulu, seorang wakil rakyat terkorban secara sadis akibat amalan khurafat itu. Itukah yang kita mahu kembalikan?

Persoalan anak-anak tidak mahu dipisahkan tempat tidur mereka daripada ibu bapa, juga harus diberi perhatian kerana Islam mengingatkan supaya anak-anak yang berusia tujuh tahun ke atas perlu dipisahkan tempat tidur mereka daripada ibu bapa.

Lebih jauh daripada persoalan-persoalan itu, orang Melayu yang sememangnya sedang dilanda krisis politik dan ekonomi, diburukkan lagi oleh para karyawan drama dan filem yang menampilkan kelemahan orang Melayu dari segi roh dan semangat.

Betapa lemahnya orang Melayu sehingga digambarkan mereka terpaksa 'membeli mimpi' dan 'bergantung idealisme palsu pemikiran bawah sedar melalui alam tahyul' itu.

Wahai orang Melayu! Sudah-sudahlah membuka pekung di dada.

DR. SHARIFUDIN LUBIS

Universiti Putra Malaysia
Dasar liberalisasi biar terkawal

Oleh MOHD. ARIF ATAN


KITA pada masa ini berdepan dengan keributan kemelesetan ekonomi dunia yang dapat ditandakan dengan tumbangnya kapitalisme ala-Amerika.

Sehubungan itu, Malaysia wajar sekali mengambil pendekatan yang diharapkan mampu mengurangkan impak daripada kemelut tersebut terhadap kira-kira 27 juta rakyatnya.

Hakikat ini telah disuarakan dengan jelas oleh Perdana Menteri kita dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesepuluh (MAPPA X) pada 28 April lalu.

Liberalisasi dilihat sebagai strategi yang dapat menyelamatkan negara ini. Bermula daripada liberalisasi dalam sektor perkhidmatan awam seperti dasar pintu terbuka jawatan-jawatan utama dan penting kepada sektor swasta seterusnya liberalisasi dalam 27 subsektor perkhidmatan.

Namun, adakah tindakan liberalisasi ini benar-benar akan, sedang dan telah diperhalusi, dirancang dengan teliti serta sentiasa dalam kawalan agar tidak wujud situasi "lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya" pula?

Usaha memberi fokus kepada sektor pertumbuhan ekonomi dengan mengutamakan kemasukan pelabur asing secara bebas wajar sentiasa dipantau agar tidak melampaui had.

Aspek jangka panjang terhadap sesuatu tindakan atau dasar yang hendak dilaksanakan perlu diambil kira.

Rakyat juga tidak mahu berlaku lagi senario menang sorak tetapi kampung tergadai akibat sikap enggan belajar daripada sejarah atau pengalaman sendiri atau dari negara lain.

Sebagai contoh perlu ditetapkan had atau tahap campur tangan pihak swasta dalam perkhidmatan awam. Tidak semua, apatah lagi peringkat tinggi jawatan kerajaan boleh diserah begitu sahaja kepada mereka yang tidak tahu falsafah dasar dalam budaya kerja perkhidmatan awam.

Begitu juga jangka masa untuk pemodal asing melabur. Adakah ada jaminan bahawa jawatan kosong yang ada akan diisi oleh anak-anak tempatan seperti yang sering diuar-uarkan jika mahu membawa masuk pelabur asing ke negara ini?

Sememangnya kita mesti berani menerima perubahan tetapi usahlah manfaat perubahan itu tidak dikecapi oleh rakyat apalagi mendatangkan kerugian pula.
Bersemuka: Membina negara-bangsa menerusi penerangan
Oleh Jami'ah Shukri
jamia@bharian.com.my





1Malaysia objektif utama rangka perancangan pastikan pelbagai kaum bersatu menerusi Piagam Malaysia

SELEPAS Datuk Seri diumumkan menerajui gabungan tiga kementerian iaitu Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, apakah yang bersarang di kotak fikiran untuk memastikan kecemerlangannya?

Pada awalnya saya hanya menganggap dua kementerian saja digabungkan, iaitu Penerangan dan Komunikasi. Tetapi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menambah dengan memasukkan portfolio Kebudayaan, ia memperlihatkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui gabungan tiga kementerian dalam satu bumbung. Ini saya percaya dapat memudahkan perancangan membina negara-bangsa. Membina negara-bangsa bukan sesuatu yang mudah. Justeru, saya berazam untuk dapat menggarap apa yang diperlukan di bawah ketiga-tiga kementerian. Serentak itu, saya juga mahu supaya 1Malaysia, menjadi objektif utama dalam rangka perancangan bagi memastikan pelbagai kaum bersatu menerusi Piagam Malaysia dan kebajikan yang disajikan mampu mendidik serta memberi maklumat tepat ke arah kesatuan di negara ini. Saya juga akan gabungkan kebudayaan dan menggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 supaya semua stesen radio dan televisyen patuh dalam urusan membina negara-bangsa.

Bagaimana misi Datuk Seri untuk merealisasikan pembinaan negara-bangsa?

Untuk membina negara-bangsa, kita perlu lihat apa yang ada di kementerian ini. Senjata yang paling berkesan ialah menerusi penerangan. Saya dapati sebahagian daripada asasnya sudah mencukupi, cuma sebahagian metadologinya saja perlu diwujudkan. Kita perlu memastikan penduduk berusia lingkungan 20-an dan 40-an terangkum dalam perancangan berkenaan. Setakat ini, tidak ada segmen dalam perjuangan itu di situ. Oleh itu, kita perlu mewujudkan program dan jangkauan untuk sampai kepada populasi dan kumpulan generasi terbabit.

Pengisian program televisyen swasta dilihat lebih bersifat komersial dan berasaskan keuntungan berbanding menyediakan program membina negara-bangsa. Bagaimana peranan kementerian untuk menangani isu ini?

Apa yang dilihat sekarang seolah-olah hanya Kementerian Penerangan dan RTM diwajibkan membina negara-bangsa. Sebenarnya semua pihak perlu lakukan perkara sama, tetapi dilihat stesen radio dan televisyen swasta lebih mementingkan keuntungan komersial dan kandungan membina bangsa terlalu terhad. Oleh itu, saya mahu menyatakan dengan konsep 1Malaysia, pendirian mereka harus berubah. Dalam hal ini, jika stesen swasta tidak melakukan perubahan, saya akan menggunakan kuasa undang-undang yang ada dalam Akta Komunikasi dan Multimedia dan fungsi tertentu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Setakat ini, kuasa itu tidak digunakan lagi. Sekarang sudah sampai masanya saya bertemu dengan semua pemilik stesen terbabit dan berterus-terang meminta mereka menyediakan program membina negara-bangsa serta memuatkan mesej 1Malaysia ke arah kebaikan kita bersama. Peraturan sekarang, setiap jam disiarkan tiga minit perlu diperuntukkan untuk faedah dan kebaikan masyarakat. Saya nampak peraturan itu belum lagi dipenuhi. Oleh itu, misi pertama saya supaya mereka juga memainkan peranan utama bersama membina negara-bangsa.

Jika stesen televisyen swasta gagal mematuhi misi membina negara-bangsa, apakah tindakan akan dikenakan?

Sekiranya stesen televisyen tidak mematuhi peraturan itu, kita akan laksanakan undang-undang sedia ada. Kita akan mengenakan syarat, iaitu dalam tempoh dua minggu, mereka perlu bertindak dan menunjukkan mereka memberi penekanan terhadap negara-bangsa. Saya akan adakan pertemuan dengan semua stesen televisyen tidak lama lagi. Ketika ini, kita sedang menyusun jadual dan kemudian menentukan stesen mana yang perlu memainkan peranan utama terhadap rancangan membina negara-bangsa dan selebihnya turut dilakukan stesen penyiaran lain. Berdasarkan pemerhatian, TV3 ada sediakan program ke arah itu, tetapi Astro hanya sebahagian kecil saja. Kita juga perlu lihat semula program sama di TV8 dan TV9.

Astro dilihat sebuah stesen penyiaran yang kerap memaparkan adegan yang keterlaluan seakan tiada tapisan. Adakah akta sedia ada tidak diguna untuk menyekat tindakannya itu?

Akta lama ialah Akta Komunikasi. Akta itu digunakan ketika diberikan lesen kepadanya, tetapi sekarang akta itu sudah dimansuhkan dan beralih kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kini kita sedang menyusun perundangannya supaya Astro juga tertakluk kepada undang-undang baru Komunikasi dan Multimedia. Sebelum ini mereka dilihat bertindak sesuka hati. Tapisan dalaman itu dilihat tidak begitu berkesan sehingga banyak juga adegan mencolok mata dan aksi kurang bermoral terlepas. Oleh itu, kita mahu nilai masyarakat sentiasa terjaga dan dipertahankan.

Ketika ini program RTM lebih bersifat terbuka berbanding dulu, seperti rancangan Blogs?

Kita galakkan masyarakat memberi pendapat dan tidak menghalang mereka memberi pandangan kritis, cuma perlu berasaskan kepada kebenaran. Jika ia tiada fakta, mereka berdepan dengan undang-undang berkaitannya. Mengadu-domba masyarakat menerusi ungkapan atau persembahan dianggap salah. Malangnya penguatkuasaan undang-undang itu tidak begitu berkesan kerana tidak ditekankan ke arah itu. Saya mahu industri penyiaran dan penguat kuasa melaksanakan kaedah betul. RTM tetap menjadi penyalur maklumat kerajaan dan landasan itu perlu kekal.

Evolusi teknologi maklumat seperti internet bergerak pantas dan seakan tidak dapat dikawal sehingga menjadi saluran alternatif berbanding stesen penyiaran?

Kita tidak dapat mengelak evolusi teknologi bergerak begitu pantas. Secara purata, hampir 5,000 blogger aktif di negara ini. Kita tidak dapat menahan mereka daripada melahirkan pandangan. Cuma masyarakat wajar melihat kenyataan sebenar dan tidak hanya bersandarkan kepada kenyataan dan pandangan bloggers di laman web. Daripada blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hingga kepada pihak lain, mereka adalah blogger. Kita tidak akan membuat apa-apa sebab kita tidak boleh dan mampu menapis atau menghalang mereka. Cuma pandangan mereka perlulah membina dan bukan berunsur fitnah, memutar belit fakta. Jika ada pihak tersinggung, kita ada undang-undang berkaitannya. Jumaat lalu, saya menemui 40 bloggers dalam majlis suai kenal dan saya akan terus berjumpa supaya mereka memainkan peranan ke arah kebaikan, selain memberi kritikan dan pandangan mengenai sesuatu isu. Kita juga sedang memantau bloggers yang merosakkan fakta kenegaraan.
Aliran songsang buku politik fitnah bentuk budaya penulisan tidak sihat
Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar
rencanabh@bharian.com.my

PENGHASILAN buku politik yang lebih terarah untuk menyerang personaliti dengan kaedah mengaibkan serta berbaur fitnah bukan saja menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat, malah mendapat perhatian serius institusi Raja-Raja Melayu.

Kebimbangan yang dilahirkan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini mengenai kecenderungan segelintir penulis yang mementingkan keuntungan jangka pendek dengan melacur penulisan mereka dengan menjadikan kumpulan atau individu tertentu sebagai sasaran, perlu dihentikan.

Jika kita melihat sejarah penulisan buku politik tanah air, nama penulis antaranya, Syed Hussein Al Attas (SH Alattas) atau Pak Habib, Subky Latiff, Mokhtar Petah, M Sayuti Omar, Datuk Khalid Jaffry dan Yahya Ismail banyak menghasilkan buku politik yang sebahagiannya mempunyai pengaruh tersendiri di kalangan pembaca.

Biasanya buku politik muncul setiap kali menjelang pilihan raya umum dan cukup ketara sebelum dan ketika menjelang Perhimpunan Agung Umno yang menjadi tempat lambakan buku politik untuk tatapan ahli Umno dan peminat, terutama ketika pemilihan kepemimpinan tertinggi Umno. Buku politik pada 1980-an dan 1990-an banyak mencetuskan polemik politik di kalangan pemimpin dan ahli, sama ada Umno atau pun Pas, namun corak penulisan pada masa itu masih lagi boleh diterima masyarakat kerana penulisnya masih mematuhi norma penulisan.

Walaupun penulisan Pak Habib misalnya, agak kontroversi dengan penghasilan buku yang mencetuskan polemik yang pada sesetengah pihak menganggapnya 'merapu', namun bukunya mendapat perhatian masyarakat. Antara bukunya ialah Siapa Lawan Siapa (Challenger) (1987), Musa Derhaka (1986), The Five Hundred Million Dollarman (1997) dan Mahathir Konspirasi, Anwar Reformasi (1998); Sunnah Nabi Muhammad SAW VS Sunnah Mahathir Mohamad DK (1998). Buku yang dihasilkan itu banyak mengundang perbahasan panas sehingga melariskan jualan buku sehingga mencecah 20,000 hingga 30,000 naskhah.

Begitu juga Sayuti yang turut menghasilkan bukunya, Siapa Pencabar Anwar (1998); Talqin untuk Mahathir (1998); Nostalgia Bersama Al-Arqam (1998) dan Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa (1998).

Walaupun penulisan mereka boleh dianggap panas pada zamannya tidak mengundang banyak masalah, kecuali buku SH Alattas yang menyeretnya ke mahkamah oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam atas dakwaan fitnah melalui buku Musa Derhaka. Mahkamah mengarahkan SH Alattas membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Musa berhubungan tulisan yang dianggap fitnah itu.

Selain SH Alattas, penulis Khalid Jaffri (Allahyarham) menerusi buku kontroversi, 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM turut diseret ke mahkamah atas dakwaan fitnah oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah Tinggi pada 2005 memerintahkan penulis membayar ganti rugi RM4.5 juta kepada Anwar kerana memfitnahnya.

Jelas sejak sekian lama, penulis buku politik berdepan dengan tindakan mahkamah berhubung unsur fitnah yang berbaur di dalam penulisan mereka, namun masih ada penulis yang terus mengekalkan integriti sebagai penulis politik yang berwibawa dan dihormati semua pihak.

Namun kebelakangan ini, corak penulisan politik lebih terarah kepada berbentuk serangan peribadi yang melampau dengan tujuan menjatuhkan pemimpin politik. Kita nampak penulisan berkenaan bermula daripada penulisan di dalam internet dan blog yang ternyata tidak bertapis sifatnya. Jika sebelum ini, penulis media cetak berdepan dengan pelbagai undang-undang penerbitan, penulis di media maya terlepas kongkongan berkenaan, sehinggakan sesiapa saja tidak terlepas daripada sasaran baik bersifat objektif atau sebaliknya tohmahan dan fitnah.

Dalam pada itu, isu politik kini dibincangkan setiap hari dalam blog atau berita portal yang memperlihatkan perubahan isu setiap masa bukan lagi berminggu, malah perkembangan isu berubah dalam tempoh 24 jam. Ini menyebabkan penulisan buku politik tidak boleh menggunakan kaedah lama lagi kerana ia dianggap basi dan ketinggalan zaman. Bagi penulis yang lebih bersifat 'penulis politik upahan' isu yang menjamin pasaran perlu dicari untuk menarik perhatian pembaca.

Biasanya, hal berkaitan seks, salah laku, penyelewengan menjadi agenda penting dalam penghasilan buku, terutama membabitkan pemimpin politik yang menjadi sasaran. Walaupun ia bersifat fitnah yang boleh mengundang dakwaan di mahkamah, penulis tidak mempunyai pilihan kerana itu saja yang boleh menarik perhatian pembaca kerana yang lainnya sudah banyak dibincangkan di dalam blog atau berita portal.

Malangnya, aliran songsang ini semakin membimbangkan kerana ia boleh membentuk budaya penulisan tidak sihat, menyuburkan fitnah, kurang beretika, malah sanggup mengetepikan fakta dan seterusnya membawa pengaruh negatif dalam perkembangan minda rakyat. Tulisan berbentuk fitnah bukan boleh meruntuhkan reputasi, maruah dan harga diri individu sehingga terpinggir daripada masyarakat.

Pengerusi Akademik Buku Malaysia, Dr Ilias Zaidi, berkata penulisan buku politik seperti yang ada di pasaran sekarang boleh dianggap 'pembunuhan peribadi dan profesion individu yang terkena fitnah'. Katanya, budaya fitnah secara begini semacam sudah jadi asam garam kehidupan masyarakat Melayu terkenal dengan perangai hasad dengki sementara masyarakat pula lebih gemar membaca bahan seperti ini.

"Buku politik kini lebih mirip kepada unsur fitnah berbanding terbitan 60-an, 70-an, dan 80-an, yang dapat dijadikan rujukan akademik. Memang ada buku politik yang baik kerana menggunakan pendekatan dan teori akademik tertentu," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nazrin berhubungan fitnah buku politik, baru-baru ini.

Ilias berkata, teguran Raja Muda Perak itu memang tepat dan patut disambut baik penulis seluruhnya secara positif dengan hati terbuka, dengan percikan dan kesedaran jiwa keislaman. ajaran Islam menyifatkan budaya dan perbuatan menyebar fitnah itu sebagai dosa besar.

Katanya, ABM mengharapkan kelahiran buku politik yang bermutu tinggi serta dapat dipertanggungjawabkan dengan menekankan tema Malaysiana dan isu semasa yang berkaitan demi manfaat pengilmuan Islam khalayak khusus orang Melayu.

"Jika ada tesis dan disertasi sesuai, boleh dirombak menjadi buku umum. Pembinaan bangsa menurut gagasan 1Malaysia menuntut kelahiran buku politik umum seperti ini," katanya.

Sementara itu, seorang penulis buku bebas, Zamri Mohamad, berkata hanya segelintir penulis buku politik yang bertindak sedemikian, ia bukan mewakili majoriti penulis di negara ini secara keseluruhannya.

"Penulis politik dulu menulis atas dasar fakta dan berpegang teguh kepada idealisme ketika menulis buku politik dan tidak menulis atas tertentu, sepatutnya ia menjadi ikutan penulis buku sekarang," katanya.

Buku politik yang dianggap picisan dan tumbuh bermusim perlu dihentikan, sebaliknya usaha dan galakan perlu dilakukan untuk menghasilkan buku politik yang bukan saja diterima umum sebagai khazanah penting buku negara, malah ia menjadi pendorong lebih banyak buku berkualiti tinggi dihasilkan, terutama dalam bahasa Melayu.
Minda Pengarang: Strategi betul, berkesan mampu pikat semula belia sertai Pemuda


PERUBAHAN yang dilakukan Pergerakan Pemuda Umno bagi mengubah persepsi masyarakat, selain menarik golongan muda bersama dengan sayap itu perlu mendapat dokongan padu seluruh ahli Umno daripada pucuk kepemimpinan tertinggi sehinggalah ke akar umbi. Sokongan itu penting bagi membolehkan pergerakan yang kini dipimpin Khairy Jamaluddin keluar daripada kemelut yang dihadapi sekarang, iaitu kehilangan sokongan generasi muda yang lebih bersikap kritikal terhadap kepemimpinan negara. Selepas lebih setahun berdepan pelbagai isu dan cabaran, terutama selepas kegagalan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu, Pemuda Umno mengorak langkah untuk berubah secara menyeluruh dengan mengambil pendekatan lebih terbuka dan dinamik. Lima rukun diperkenalkan iaitu Pemuda berprinsip, 'inclusive' (merangkum semua), proaktif, relevan dan bersatu, meletakkan anjakan paradigma baru Pemuda yang perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi menarik sokongan generasi muda merentasi kaum. Ia selaras dengan pendekatan yang diambil Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk merealisasikan 1Malaysia. Dengan mengambil kira lima pendekatan strategi itu, Pemuda Umno perlu berusaha keras untuk menarik golongan muda menyertai atau bersimpati dengan Umno kerana masa yang ada cukup singkat menjelang pilihan raya umum akan datang. Kita sedar Khairy berdepan dengan laluan sukar bagi menarik minat golongan muda yang sejak kebelakangan ini semakin menjauhkan diri daripada pergerakan itu, selepas kumpulan pembangkang menggunakan pendekatan sederhana untuk mempengaruhi mereka, terutama ketika di institusi pengajian tinggi. Malah, suasana politik yang semakin terbuka sekarang menyulitkan lagi usaha mendekati kumpulan berkenaan.

Namun ia bukan sesuatu yang tidak boleh diubah. Melalui strategi yang betul dan berkesan, Khairy boleh menarik golongan ini mendekati semula sayap Pemuda. Malah, menerusi penubuhan 28 biro, sekretariat dan unit, sekiranya perancangan dan strategi betul, Pemuda mampu mendekati golongan berkenaan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Pada masa sama, kesatuan dalam Pemuda perlu mantap bagi mengelakkan sikap berpuak-puak yang selama ini membelenggu sayap itu. Pendekatan lama yang menyebabkan golongan muda menjauhi Pemuda perlu dibuang jauh-jauh, jika lima prinsip ini ingin dijayakan dengan cemerlang. Persoalannya, adakah Khairy dan kepemimpinan baru Pemuda mampu untuk melaksanakannya selepas cukup selesa dengan keadaan yang selama ini menyebabkan hubungan renggang antara mereka dengan generasi muda? Sebenarnya, Khairy dan barisan kepemimpinan Pemuda tidak mempunyai banyak pilihan, selain kembali kepada asas mendekati generasi muda untuk memperoleh kembali sokongan akar umbi yang selama ini semakin menghilang. Kita berharap dan yakin semangat diperoleh daripada Khemah Kerja Perdana Pemuda Umno di Janda Baik, Bentong, Pahang minggu lalu, dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk membuka perspektif baru sayap penting pelapis kepemimpinan Umno. Dalam pada itu, Umno Pusat perlu memberi peluang seluasnya kepada Pemuda untuk bergerak melaksanakan strateginya, selain membantu dari segi moral dan material supaya apa dijanjikan Khairy dan anak buahnya tercapai.