ISU-ISU AKHBAR CINA

ISU-ISU AKHBAR CINA

AKHBAR: China Press
Ruangan: Perbincangan Umum (ms A4)
Tarikh: 10 Ogos 2009 (Isnin)
Tajuk: Memimpin negara dengan melihat gambar
(Nota: Rencana ini bukan daripada pandangan akhbar China Press)

DALAM telefon bimbit Najib ada tersimpan gambar bersejarah mengenai kemerdekaan. Tiap-tiap hari beliau melihat gambar itu untuk mengingatkan diri sendiri betapa pentingnya Hari Kemerdekaan. Demi menjaga perpaduan rakyat, kita juga tidak boleh lupa akan jasa nenek moyang.

Ketika seseorang melakukan sesuatu hal dengan tekun dan takut melakukan kesilapan, selalunya dia akan menggunakan cara sentuhan jiwa untuk mengingatkan diri sendiri.

Seperti juga seorang murid yang rajin, dia akan menulis nota di atas kad yang kecil dan selalu membacanya; perbuatan Najib pun tidak kurang sama seperti budak sekolah rendah.

Rakyat bersatu padu merupakan perkara yang penting bagi sesebuah negara, ia lahir dari hati dan hinggakan sedang makan dan tidur pun boleh teringat.

Tetapi Najib masih menggunakan cara tradisional untuk mengingatkan dirinya terhadap semua hal ini. Nampak sangat beliau memang mengambil berat terhadap perpaduan rakyat.

Jikalau ingin memimpin negara dengan sempurna, serta suka sangat melihat gambar, seharusnya jangan asyik melihat gambar Hari Kemerdekaan sahaja; kenapa tidak lihat gambar-gambar yang berkenaan dengan rasuah, keamanan, kesesakan lalu lintas dan hak asasi manusia.

Muatkan terus ke dalam telefon bimbit dan boleh dilihat tiap-tiap masa. Memang Najib prihatin tentang semua perkara ini.

Yang makan rasuah, bolehlah diletak gambar stadium runtuh, pelabuhan yang terbengkalai, pegawai kerajaan yang didakwa, kediaman mewah Zakaria dan Khir Toyo. Biarkan gambar-gambar yang menyakitkan mata ini memperkuatkan lagi semangat untuk mencegah rasuah.

Daripada segi keselamatan negara pula, kes-kes ragut, samun dan rogol yang berlaku setiap hari, letak gambar mangsa yang berlumuran darah dan mereka yang menjadi mangsa – apabila dilihat akan menimbulkan kemarahan. Semua ini harus dibanteras tanpa berlengah.

Mengenai jalan raya dijadikan tempat letak kereta, keadaan yang sesak di stesen bas, gambar keadaan seperti itu pasti dapat memberi semangat kepada bahagian yang tertentu untuk memperbaiki lalu lintas seperti di Kuala Lumpur.

Begitu juga dengan hak asasi manusia yang mudah ditangani seperti kes Beng Hock, kes Kugan, perhimpunan secara besar-besaran. Keadaan seperti ini memang menggerunkan. Kehendak rakyat dapat memberitahu beliau, apa yang sebenarnya yang mereka inginkan.

Di negara ini, perkara yang perlu diselesaikan terlalu banyak, Najib boleh gunakannya untuk mengingatkan dirinya supaya menjadi seorang Perdana Menteri yang baik.

Selain daripada gambar-gambar yang difokuskan, ada lagi gambar-gambar mengenai pendidikan, sektor awam, agama dan budaya, semuanya boleh membuatkan beliau menjadi lebih sibuk lagi.

Namun begitu, jika hanya beliau seorang sahaja yang menghayati gambar-gambar tersebut tidak mencukupi.

Walau betapa proaktif dan pandai membuat keputusan dengan arif, jika orang bawahan tidak mendengar arahan, ikrar yang bombastik tidak akan kesampaian.

Bekas Perdana Menteri kita tidak mempunyai kebiasaan melihat gambar di dalam telefon bimbit beliau, tetapi sama seperti Najib tidak henti melaungkan supaya membanteras rasuah, menjaga keselamatan negara dan mengatasi masalah sosial.

Bbeberapa tahun telah pun berlalu, namun semua masalah menjadi semakin serius dan tiada perubahan, membuatkan orang merasa ragu. Adakah bekas Perdana Menteri merupakan seorang yang suka berimaginasi sahaja?

Najib sewajarnya memberi arahan kepada orang bawahannya melihat gambargambar yang sama seperti apa yang beliau lihat supaya mereka mempunyai hasrat yang sama seperti beliau.

Jika tidak, kalau sebanyak 1,000 keping gambar setiap hari pun yang beliau lihat tidak berguna.

Akhirnya orang pasti akan berkata dan curiga bahawa beliau melihat gambar-gambar itu semua hanyalah untuk mengisi masa yang terluang.

Terjemahan LOH JIT SENG

0 comments: